Saturday 30 January 2010

RAKYAT BANGKIT BILA SULTAN DIHINA

Seorang juruteknik komputer sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban pada 29 Januari 2010 atas pertuduhan menghina institusi kesultanan dan rakyat Johor menerusi blog adukataruna.blogspot.com pada 22 Januari lalu.

Khairul Nizam Abdul Ghani, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam. Pertuduhan adalah mengikut 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Jika didapati bersalah dia boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Terdapat lima isu yang menarik dalam kes ini ;

1. Khairul berjiwa besar, sanggup memohon maaf secara terbuka

2. Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan Johor dihina !

3. Apakah isu ini tidak berlaku di negeri lain ?

4. Perlu contohi Khairul , sanggup memohon maaf secara terbuka

5. Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Isu (1) Khairul berjiwa besar, sanggup memohon maaf secara terbuka

Beliau telah memohon maaf secara terbuka dalam blognya dengan menyatakan setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya beliau memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran beliau berkenaan dengan artikel yang disebutnta sebagai di luar norma kemanusiaan .

Dengan tegas beliau mengaku memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia umumnya, warga Johor khasnya atas keterlanjuran beliau serta berjanji akan memperbaiki tingkah laku dari masa ke semasa dan seterusnya menarik semula artikel yang diakuinya luar norma kemanusiaan itu dari blog beliau sebagai tanda beliau akui kesalahan yang dilakukan beliau.

Isu (2) Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Apabila sahaja entri menghina Sultan diangkat ke blog beliau pada 22 Januari 2010, rakyat menjadi marah dan ada yang membuat repot polis. Hasilnya beliau ditangkap.

Penangkapan dan penghadapan kepengadilan oleh pihakberkuasa mungkin tidak besar kesannya kerana perbicaraan memakan masa diluar jangkauan perkiraan kerana memakan masa yang lama. Banyak perkara-perkara teknikal akan melambatkan perbicaraan dan keputusan.

Kadangkala OKT jatuh sakit bila dekat dengan hari perbicaraan. Kadangan-kadang OKT masuk wad pada hari perbicaraan dan macam-macam lagi perkara teknikal boleh berlaku.

Yang telah pasti dalam kes ini ialah kebangkitan dan kemarahan rakyat Malaysia dan Johor khususnya apabila Sultan dihina.

Amat ketara apabila ada blogger yang sanggup mengikuti jejak Khairul sampai ke Kelantan dan melapor dalam blognya di mana Khairul berada sehingga tertangkapnya Khairul.

Lebih menyerlah lagi kebangkitan rakyat apabila Khairul memohon maaf secara terbuka dalam blognya 23 Januari 2010, terdapat 891 rakyat masuk ke blog berkenaan menyampai komen yang mengutuk blogger muda ini atas keterlanjuran menghina Sultan.

Ditambah pula terdapat bakyak lagi komen daripada rakyat yang mengutuk perbuatan Khairul pada banyak blog yang membangkitkan isu yang sama.

Antara komen yang diterima beliau :-

Mussolini says


Saturday, January 23, 2010 6:34:00 PM GMT+08:00


senang ja hang no...dah cerca orang mati lepaih tu buat muka toya mintak maap.rasanya tak ikhlas pon permohonan maap tu


kalo semua benda boleh selesai dengan mintak maap,baik tutup segala balai polis,mahkamah dan penjara di malaysia


kadang2 manusia bodoh neh,bila kena hukuman baru dia masuk dek ajaq sikit otak tu.kalo dak dia tak reti adab bercakap


hang tunggu la polis mai ambik hang kat rumah tu.gerenti ada rakyat johor yang buat laporan polis


apa2 hal pon....balai cerita


tak mustahil kerabat diraja negeri johor akan failkan saman terhadap hang jugak


kerana pulut santan binasa


kerana mulut badan binasa


Anonymous says


Saturday, January 23, 2010 7:36:00 PM GMT+08:00


wey mat kau ni ada 2 otak.....


satu otak kau kat kpala......


satu lagi otak kau kat kpala lutut...


tapi skang yg kau pakai ni otak kat kpala lutut kau......


suka2 kau je hembus......


hormat la ckit.......


kau 2 sape yg bleh ckp mcm 2.....


aku ni walaupun bkn org johor tapi bila ada org berckp mcm ni aku pun melenting gak.....


eloknya kau sedekah kan al-fatihah....


bknnya sedekahkan kata2 yg mcm org xberakal.......


kalo kau lps kat dunia skali pun tapi kat akhirat menjawab la kau ngan ALLAH S.W.T........


kali pertama la aku jumpa org yg paling xberguna untuk bangsa, agama dan negara mcm kau ni.......


Anonymous says


Saturday, January 23, 2010 8:32:00 PM GMT+08:00


haha.tak tau ke hukum derhaka kat raja hukum pancung.tu zaman dulu la.skrg pndai2 la ko jwb.habis hancur hidup ko sbb tulis benda yg xde faedah.tu la cakap jgn ikut emosi.kan dah kena.bari nak menyesal.haha


Aduka Teruna Pengkhianat Bangsa! says


Saturday, January 23, 2010 8:35:00 PM GMT+08:00


Terlajak kereta buleh diundur, terlajak kata memang binasa lah kau Aduka Taruna!


Lebih baik kau merayu disumbat dalam penjara sekarang daripada dibelasah separuh mati oleh Rakyat Tuanku Sultan Johor!

(lawati blog berkenaan untuk melihat komen berkenaan, juga terlalu banyak komen dalam blog-blog lain yang mengupas isu ini)

3. Apakah isu ini tidak berlaku di negeri lain ?

Blogger Hambali mengemukakan persoalan bagaimana dengan kes blogger lain di Perak, Selangor dan Terengganu yang bukan sahaja menghina malah mempertikaikan setiap keputusan Sultan mereka?

Apakah kes seperti Aduka Teruna ini tidak berlaku?

Sewajarnya rakyat di negeri-negeri yang Sultan mereka menerima malu bertindak bagi membolehkan mereka yang menghina dan mempersoalkan keputusan Sultan atau Raja mereka bertindak bagi membawa mereka yang
Dalam kes di Terengganu umpamanya, ada blogger tertentu yang bukan sekadar mempersoalkan keputusan Tuanku Mizan Zainal Abidin tetapi dalam tulisan sesetengah blogger, ia turut mempunyai unsur menghina?

Tuanku Mizan bukan sekadar Sultan, baginda juga Yang DiPertuan Agong.

Apakah tiada rasa hormat hanya kerana menyokong pihak tertentu dalam kemelut politik Terengganu yang menyebabkan ada tulisan sedemikian?

Lalu teringat saya kepada satu entri Datuk Noh Omar dalam blognya bertajuk “ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN !!!

Apabila beliau mengatakan adat Melayu, orang Melayu di Malaysia sewajarnya faham bahawa adat inilah yang menjadi ‘pengawal’ kepada tindak-tanduk orang Melayu selama ini.

Persoalan lain ialah apakah orang muda Melayu sekarang tidak tertakluk kepada perkara ini?

Dan jika ada Melayu yang tidak ‘beradab’ dan membelakangkan adat Melayu, bukankah mereka ini sedikit sebanyak sudah menderhaka kepada Sultan mereka?


Isu (4) Perlu contohi Khairul , sanggup memohon maaf secara terbuka

Dalam kes di Terengganu, mereka yang terbabit tidak mencontohi Khairul, tidak memohon ampun kepada Sultan dan mohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas keterlanjuran perbuatan mereka. Malahan mereka meneruskan tindakan provokasi terhadap Sultan dengan menentang MB pilihan Sultan.


Mereka sebelum ini sanggup menghantar memorandum kepada pihak istana menyatakan bantahan mereka terhadap Sultan yang menggunakan kuasa yang sah seperti termaktub dalam Perlembangaan Negeri 1911 dan pindaan 1948, sebagaimana yang telah disahkan oleh Dato' Seri Utama bahawa Perak, Terengganu dan Perlis, Sultan mempunyai kuasa tradisi dan mempunyai kuasa mutlak melantik MB.


Isu (5) Kebangkitan rakyat. Rakyat bangkit apabila Sultan mereka dihina !

Rakyat Terengganu marah apabila tindakan keterlaluan kepada Raja mereka apabila  ratusan ribu rakyat keluar menyambut kepulangan Tuanku Mizan pada 30 Mac 2008. Dilapangan Terbang Sultan Mahmud sahaja lebih lima puluh ribu rakyat termasuk pegawai kerajaan berkumpul. Manakala sepanjang jalan dari lapangan terbang ke tapak endurence park di Setiu, puluhan ribu lagi rakyat menunggu di sepanjang jalan !

Ini bukti rakyat bangkit bila Sultan dihina. 'Rakyat Dan Raja Berpisah Tiada'. Rakyat Terengganu berdiri teguh di belakang Tuanku Al-Sultan !


Puluhan ribu rakyat menyambut ketibaan Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi menyatakan sokongan rakyat terhadap keputusan Tuanku melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu serta mengutuk tindakan pihak yang tidak bertanggung jawab menghina intitusi Kesultanan Terengganu.

Kuasa rakyat kuasa keramat, contohi lah tindakan Aduka Taruna yang, sanggup memohon maaf secara terbuka atas keterlanjuran beliau kepada Sultan,  walaupun pada masa ini masih  belum dapat diterima oleh rakyat kerana suasana masih panas.

Rakyat  Malaysia  cinta kedamaian, .  Kes Aduka Taruna, Isu Perlantikan MB Terengganu, Perlis dan Perak telah memberi jawapan sebenar kepada pengertian asas perlembagaan "Demokrasi Berparlimen Dan Raja Berpelembagaan' serta Kedaulatan Sultan !

Hentikan lah tindakan  tindakan provokasi yang menyinggung Sultan dan mengundang kemarahan rakyat !Jangan pentingkan diri sendiri, hormatilah kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

Elaklah daripada menerima 'tulah' . Tulah membawa maksud satu balasan atau akibat yang akan diterima oleh mereka yang menderhaka kepada Sultan. Kepada generasi lama mereka amat faham dan amat gerun dengan 'tulah' ini. Sebab itu lah mereka tidak derhaka kepada Sultan.

Friday 29 January 2010

IDRIS TIPU NAJIB, FITNAH WAN AHAMAD

Peristiwa yang melanda negeri Terengganu pada 14 April 2009 mengemparkan dunia dan rakyat Malaysia khasnya terkejut dan cemas apabila membaca berita bahawa keselamatan 10 Wakil Rakyat Barisan Nasional Terengganu  yang diketua Idris terancam kerana ugutan SMS nyawa mereka akan melayang. Mereka menjadi panik dan cemas sehingga takut untuk hadir ke sidang DUN sessi pagi dan pada sebelah malamnya  TV3 melapurkan mereka semua berkumpul dan berehat dibilik hotel.
’ 
Dato' Seri Najib telah menghubungi Ahmad Said bagi mendapatkan maklumat kedudukan perkara. Ahmad menafikan sekerasnya sms berkaitan dihatar oleh Setiausaha Sulit Kanan beliau Haji Wan Ahamad Wan Muda. Ahmad memberi  alasan bahawa pegawai beliau memiliki ijazah undang-undang dari United Kingdon, pasti tidak akan buat kerja sebodoh ini.

Seterusnya Najib memberi jaminan kepada Ahmad akan mengarahkan Idris dan pengikutnya memasuki semula sidang Dewan Undangan Negeri yang sedang berjalan.

Selaras dengan itu , laporan Berita Harian Online (15 April 2009)memetik,  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.”

Seterusnya Najib mengarahkan Idris dan pengikutnya segera kembali kepersidangan Dewan Undangan Negeri yang berjalan. Pada sessi sebelah petang persidangan Dewan Undangan Negeri Idris dan pengikutnya kembali  seperti biasa kepersidangan dewan . Kerana mematuhi arahan Najib mereka terpaksa memasuki sidang walaupun tanpa mengambil bahagian, hanya menyepi.

Walaubagaimanapun, pada sessi petang sidang Dewan, nampak keadaan di Dewan biasa sahaja tanpa masalah keselamatan. Tidak kelihatan Unit Tindakan Khas, Polis Komando yang berkawal. Tidak kelihatan juga kereta perisai dan sebagainya berkawal. Hakikatnya keadaan di Dewan amat selamat !

Pada 18 April 2009, idris mengadakan ceramah di Jertih mengulas isu tidak hadir sidang dewan ini kepada pengikut-pengikutnya  menerangkan beliau masuk semula sidang dewan sessi setelah mendapat jaminan keselamatan daripada pihak polis.Tidak disebut  sedikit pun menyebut campurtangan Najib !

Sebaliknya, dalam ceramah Idris memberi  tahu bahawa beliau telah memberitahu Perdana Menteri bahawa adalah jelas dan tidak perlu was-was bahawa sms ugutan ini datang daripada telefon bimbit Wan Ahmad, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.

Idris lagi perkara ini jelas dengan mengulangi beberapa kali perkataan jelas serta tidak ada kekeliruan apabila pada keesokan hari itu Wan Ahamad membuat repot polis bahawa telepon bimbit beliau hilang.

Dalam ceramah berkenaan Idris  telah  memberitahu bahawa  Rosol, Arifin dan Halim terima sms yang berbunyi “ baik jangan teruskan niat YB. YB tak saying nyawa “  pada 13 April 2009 yang dihantar oleh  SUSK MB dengan menyebut namanya sekali.

Apa yang menarik dalam ceramah tersebut, Idris mampu menerangkan secara teknikal perjalanan sms berkenaan. Katanya bagi yang menyimpan rekod nama Tuan Haji Hamad dalam telefon , apabila kita cetak akan jelas terpapar namanya. Bagi yang tidak menyimpan rekod, akan keluar nombor 0199158369.

Komen : Inilah sebesar-besar penipuan yang telah dibuat oleh  Idris  kerana Haji Wan Ahamad tidak pernah pun samasekali membuat repot polis bahawa telefon bimbit beliau hilang. Ini juga satu-satu fitnah yang besar Idris kepada Haji Wan Ahamad.

Dato’ Seri Najib perluh mengambil kira penipuan Idris ini terhadap kesan dan implikasi yang telah berlaku dalam politik Terengganu akibat fitnah ini.

Isu ini telah berjaya menjatuhkan Ahmad Said dari kerusi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Ingatlah  firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:
Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Surah Al Buruj ayat 10, pula menyebut “sesungguhnya orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat , maka bagi mereka azab jahanam dan bagi mereka azab neraka yang membakar.”


Berikutan peristiwa di atas Jabatan Agama Islam Terengganu telah menyediakan teks khutbah bertajuk bahaya fitnah dan telah disampaikan pada solat jumaat seluruh Terengganu pada 8 Mei 2009 sebagaimana berikut :-

Marilah kita sama-sama beriman dan berusaha dari masa kesemasa mempertingkatkan keimanan ke hadrat Allah s.w.t. dengan menjunjung tinggi segala titah perintahnya dan menjauhi segala larangan. Maka muga dengan keimanan, ketaatan dan ketakwaan itu akan membahagiakan kehidupan kita di duniadan memberi keselamatan di akhirat kelak.

Kita mengakui bahawa kita sekarang berada dizaman serba moden, dan tidak mustahil akan datang, kita temui zaman yang lebih canggih lagi. Banyak peralatan baru yang talah diciptakan seperti kemajuan ICT dan komunikasi, akibat dari perkembangan minda manusia yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Walau bagaimanapun disebalik kemunculan alat-alat canggih , timbul pula perkara-perkara negative yang betentangan dengan jaran islam sekiranya tidak digunakannya secara betul seperti budaya fitnah dan penyebaran khabar angin melalui kemudahan peralatan tersebut 

Muslimin sidang Jumaat sekalian,

Penyebaran maklumat mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang, seperti kemudahan khidmat pesanan ringkas sms laman web dan e-mail yang membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk diambil manfaat daripadanya seperti penyebaran ilmu, pendidikan, maklumat dan seumpamanya telah disalahgunakan seperti menyebarkan fitnah dan khabar angina. Maka sebagai langkah keselamatan pihak berkuasa, telah menetapkan peraturan kepada semua pemilik kad prabayar hendaklah didaftarkan.

Islam mengigatkan kita agar berwaspada dan berhati-hati terhadap sesuatu berita atau perkhabaran yang diterima, sama ada melalui seseorang, media cetak, media elektronik seperti televisyen, internet dan sebagainya, supaya tidak mudah dipercayai sebelum diperiksa terlebih dahulu kebenarannya, lebih-lebih lagi orang yang membawa berita itu orang fasik. 

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-hujrat ayat 6:
Maksudnya: “wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menetukan) kebenaran, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”

Muslimin sidang jumaat sekalian diantara akibat buruk yang akan berlaku disebabkan perbuatan fitnah ialah:
Pertama: menyebabkan hilang pahal disisi Allah setiap amal baik yang telah dilakukan.
Dosa menyebarkan fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebarkan fitnah juga menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis diakhirat nanti.

Kedua: menjejaskan kehormatan orang yang difitnah
Imam Razali dalam kitabnya ihya’ ‘ulumu al-din menjelaskan bahawa perbuatan membocorkan rahsia orang lain, mengakibatkan terjejasnya kehormatan dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain, dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Larangan mencari-cari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam ayat 12 surah al-hujrat :
Maksudnya: “dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan keaiban orang lain.”

Ketiga: Allah dan rasul mengharamkan perbutan mengumpat dan fitnah.
Dalam islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu, tidak mahu ia disebarkan kepad orang lain. Inikan pula menyebarkan berita tidak benar. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda bermaksud: adakah kamu semua mengetahui apakah ribah (mengumpat)? Sahabat menjawab: kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenangi. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya? Lalu rasulullah bersabda lagi: “jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya.”

Keempat: boleh menyebabkan berlakunya pembunuhan, perang saudara dan seumpamanya. Umat islam tentu tidaklupa pada sejarah yang menyebabkan kepada kematian khalifah ketika kerajaanislam dimadinah saidina ibni affan, yang berpunca daripada fitnah yang disebarkan oleh kumpulan ekstrimis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan saidina ali dan zaman selepasnya. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan kerajaan bani umayyah malah sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan melayu Melaka, tidak terkecuali kerana fitnah. Maka islam memandang fitnah adalah sangat berbahaya. 

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-baqarah ayat 191:
Maksudnya: “dan fitnah itu adalah lebih besar bahayanya dari pembunuhan.”

Muslimin yang dihormati Allah sekalian,

Mungkin orang yang melakukan fitnah merasa senang hatinya kerana berhasil dan mengenai sasaran orang yang fitnahnya, sebaliknya orang yang kena fitnah betapa pahitnya penderitaan yang ditanggungnya.

Dapatkah kita bayangkan betapa pahitnya perasaan yang ditanggung oleh siti aishah isteri rasulullah s.a.w. yang bergelar ummul mu’minin (ibu sekalian orang yang beriman) yang telah difinah oleh Abdullah bin ubai (seorang munafik) yang menyebarkan berita dusta kepada orang-orang islam dengan mengatakan: siti aishah berlaku curang, mengadakan hubungan sulit dengan sahabat nabi yang bernama safwan bin mu’atal selepas berangat pulang daripada peperangan bani mutolak

Cuba kita bayangkan bagaimanakah perasaan, kita dan keluarga, berdepan dengan situasi seperti itu apabila isteri yang sangat taat kepada kita dituduh telah belaku curang?.

Abdullah bin ubai ketua munafik itu senang hati, kerana fitnah yang ditaburnya sudah sampai dikalangan muslimin, sama asa dipercayai atau pun tidak berita tersebut, namun usaha dan niat jahat Abdullah bin ubai gagal dan tidak Berjaya kerana Allah sentiasa berada dipikah yang benar .

Muslimin sidang jumaat sekalian,

Allah s.w.t. sekali-kali tidak akan membiarkan baginda rasulullah s.a.w., lemah dalam kepimpinan dan perjuangan, disebabkan berita palsu dan fitnah ketua munafik itu. Lalu Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang menyatakan, bahawa berita itu adalah tuduhan semata-mata, dan menyatakan kesucian siti aishah. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-nur ayat 11-13:
Bermaksud: “sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang sangat dusta dari segolongan kamu itu, janganlah kamu menyangka buruk bagi kamu, bahkan baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang diantara mereka akan mendapat hukuman sesuai dengan apa yang mereka lakukan.

Muslimin yang dimuliakan Allah sekalian,

Marilah kita berganding bahu, bersatu padu memulihkan keadaan dengan membuangkan budaya suka fitnah-menfitnah dan tuduh-menuduh yang hanya akan merugikan umat isalm. Suburkanlah budaya saling sayang menyayangi, hormat-menghormati dan segala sifat mahmudah dalam kehidupan kita agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat yang berpanjangan dari Allah S.W.T.

………… bersambung.

Thursday 28 January 2010

Buletinonline Kena Semak Semula Fakta Posting 27/1/2010

Buletinonline posting 27 Januari 2010 bertajuk Hishamudin tak mahu terima memorandum,  melaporkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diberitakan tidak mahu menerima satu memorandum yang mahu diserahkan kepadanya.
Menurut sumber, memorandum tersebut mahu diserahkan oleh kumpulan yang menyokong bekas Ketua Pemuda Umno, Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak). 

Namun, Hishamuddin memberikan alasan, beliau tidak mahu menerima memorandum itu kerana menurutnya, beliau tidak akan melayan sebarang karenah serta perkara remeh-temeh yang boleh membawa kepada perpecahan.



Sebaliknya, rancangan penyerahan memorandum tersebut pun sudah cukup untuk menunjukkan bahawa telah ada perpecahan dikalangan ahli dan penyokong Umno dalam DUN Batu Burok.

Difahamkan, penyokong-penyokong kuat Mat Kerak tidak berpuas hati atas tindakan tidak mengekalkan Mat Kerak sebagai Penyelaras DUN Batu Burok.

Oleh itu mereka mengharap supaya selaku Pengerusi Perhubungan, Hishamudin dapat mendengar dan menyelesaikan hajat mereka.
Rasanya  laporan ini salah kerana Mohd Sabri Alwi (Mat Kerak) , Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu juga dilantik oleh Ketua Bahagian sebagai Pengerusi Penyelaras UMNO DUN Batu Buruk mengambil tempat Dato' Che Mat Jusoh yang memegang jawatan itu pada penggal lalu.

Jawatan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian, yang merupakan jawatan parti yang diwujudkan pada zaman Wan Mokthar lagi dan tidak ada dalam perlembagaan parti.
Isu jawatan Pengerusi Penyelaras ini telah disensasikan bagi menjatuhkan Ahmad Said oleh kumpulan penentang.
Setelah sms ugutan bunuh dihantar pada April tahun lalu. Terdapat satu tulisan dalam blog mubin yang bawahnya disebut Alias sebagai penulisnya juga membangkitkan isu ini yang menyelahkan Ahmad Said, sedangkan Pengerusi Penyelaras dilantik oleh Ketua Bahagian dan tidak kena mengena dengan Ahmad.

Isu yang dibangkit dalam blog berkenaan juga merupakan perkara-perkara yang dimuat dalam memorandum kumpulan penentang yang dihantar kepada Najib sebagai alasan untuk pecat Ahmad. Walau bagaimanapun nasib masih menyembelahi Ahmad kerana pagar istana kecil masih lagi utuh walau pun pernah digoyah ADUN penentang dan difitnah dalam blog mubin.

Isu berbangkit apabila Dato' Dr. Pok Rosli tidak melantik Din Edam sebagai Pengerusi Penyelaras DUN Bukit Besi. Tidak boleh dipersalahkan kepada Dato'  Dr Pok  Rosli juga perkara ini , kerana Din menentang Pok Li merebut jawatan Ketua Bahagian Dungun.Suasana ketegangan pertandingan masih terasa, jika dilantik pun, pasti Din tidak dapat bekerjasama dengan Pok Rosli. Oleh itu Pok Rosli ambil jalan selamat, serahkan sementara jawatan berkenaan kepada YB lain, bila keadaan dah sejuk serah kembali kepada Din.

Sebelumnya pertandingan Ahmad Said telah secara peribadi  nasihat Din supaya berfikir sematangnya sebelum buat keputusan bertanding kerana kesannya panjang walaupun tuannya "pendek",. Walau bagaimana pun Din berkeras juga untuk bertanding dengan alasan mempunyai peluang 60 peratus menang.

 Kumpulan penentang sepatutnya berjiwa besar dan mempelajari dari sejarah. Pak Lah yang pernah kalah dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pun satu masa dulu  pernah dipecat oleh PM dari jawatan Menteri Pertahanan. Menurut cerita , surat pemecatan diterima semasa chair meeting penting dan terpaksa tangguh meeting berkenaan kerana menghormati surat pemecatannya.

Sama halnya dengan Rosol Wahid, kalah menentang  Rozi dalam jawatan Tibalan Ketua Bahagian Hulu Terengganu. Rosol dalam satu rakit dengan Cikgu Mohd Nor yang menentang TePutera bagi jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.



Sementara suhu pertandingan masih panas, Tengku Putera Biasalah melantik orang lain terlebih dahulu ke jawatan Pengerusi Penyelaras DUN Ajil. Kini suasana sudah sejuk, jawatan berkenaan telah di kembalikan semula kepada Rosol.


Ternyata Tengku Putera tidak berdendam kepada Rosol, walaupun Rosol tidak mengesyorkan nama Tengku Putera kepada Idris sebagai calon PRU 12.

Wednesday 27 January 2010

ADAT MELAYU PANTANG DERHAKA KEPADA SULTAN (2)



Mengapa kedaulatan Raja-Raja Melayu mula menyerlah hari ini ?


Daulat berasal daripada perkatan Arab, iaitu `daulah'yang bererti kerajaan/negeri. Daulat juga dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa politik tertinggi seseorang sultan. Ia juga bererti kekuasaan dan kewibawaan seseorang Sultan yang memerintah dan kebahagiaan kepada Sultan yang memerintah.

Atas kedaulatan, Sultan mempunyai kuasa dan wibawa untuk memerintah dengan berkesan. Sultan adalah tunggak untuk menyatupadukan rakyat danSultan akan mengamankan dan memakmurkan negeri.

Kedaulatan Sultan menyebabkan rakyat mengikut dan menjalankan titah Sultan dengan taat setia dan sesiapa yang engkar  titah Sultan dalah menderhaka.


Secara  zahir kedaulatan diukir melalui penggunaan bahasa khusus  oleh Sultan dan kerabat iaitu `bahasa dalam'. Contoh : gering, titah, patik, santap, beradu dan sebagainya, disamping penggunaan alat kebesaran di Raja.

Daulat selalu dipadankan dengan tuanku. Jadinya daulat tuanku. Tulah pula ialah perkataan yang dimaksudkan sebagai balasan akibat menderhaka kepada sultan. Itu pada pandangan saya.


Mengikut Noh Omar,adat melayu pantang derhaka kepada sultan !!!  Orang Melayu hendaklah berpegang kepada ‘Adat Melayu pantang derhaka kepada Sultan’. Berlaku biadap sehingga boleh membawa kemurkaan kepada Baginda Sultan adalah perbuatan derhaka yang menjadi pantang larang kepada kalangan masyarakat melayu kerana ia merupakan sebesar-besar jenayah dalam Negeri Melayu.


Oleh itu kebiadapan dan penderhakaan rakyat terhadap Raja-Raja Melayu perlu dihentikan dan semua rakyat di negara ini harus tunduk dan taat kepada Sultan dan Raja dengan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi.


Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari !948 juga telah mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Raja-raja Melayu telah diberikan semula hak-hak utama, kuasa dan bidang kuasa ke atas negeri mereka masing-masing seperti sebelum perang.


Kini kedaulatan Raja digubal dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri. Antara kedaulatan Sultan ialah :-


Mengikut Dato’ Seri Utama Rais Yatim dalam berita minggu 8 Mac 2009 , seseorang Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong mempunyai tiga kuasa besar yang tidak boleh diganjak mengikut Perlembagaan. Pertama, melantik seseorang Perdana Menteri mengikut perkara 43 (2a) Perlembagaan Persekutuan. Kedua, sama ada bersetuju atau tidak bersetuju membubarkan Parlimen dan ketiga, menguruskan perkara berkaitan hak-hak keistimewaan atau pun adat istiadat Melayu dan yang berkaitan dengan agama Islam. Ketiga-tiga kuasa mutlak ini juga ada pada Raja Melayu atau Sultan di negeri-negeri.

Ini dapat diperkuat lagi dengan kenyataan "Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri,"  oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.

 Kedaulatan in  inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.


Kedaulatan yang sama juga apabila Sultan Mizan Zainal Abidin mengampuni pekenan melantik Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.


 1)Boleh tidak mengikuti nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar untuk membubarkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri seperti pernah berlaku di Terengganu, Kelantan dan Perak. Tetapi ada limitnya bila selepas tempuh lima tahun dewan undangan negeri atau parlimen akan terbubar dengan sendirinya.


2) Boleh melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar daripada kalangan Ahli yang partinya mendapat kerusi dalam DUN atau Parlimen .


 Tiga artikal berikut adalah berkaitan  :-


 Agong diberi kuasa untuk tolak bubar dewan oleh PM! - (mSTAR)
Isnin Februari 11, 2008


SAYA bergegas menghubungi Profesor Dr. Abdul Aziz Bari untuk mendapat penjelasan lanjut kenapa Perlembagaan memberi kata putus kepada Yang Di Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.
Pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu menjelaskan, Perlembagaan Malaysia mengambil iktibar dari pengalaman di Komanwel sejak lebih 100 tahun yang lalu dan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa adalah tidak bijak untuk memberi hak mutlak kepada kerajaan yang memerintah untuk membubarkan dewan.
Dr. Abdul Aziz menambah bahawa sebab mengapa ia tidak bijak ialah kerana pilihan raya mengambil masa, memakan biaya dan mengganggu pentadbiran negara jika ia terlalu kerap diadakan.
Dengan kata lain, tegas beliau, Yang Di Pertuan Agong diberi amanah untuk menimbangkan sama ada pembubaran yang bermakna pilihan raya itu perlu untuk kebaikan negara.
Suruhanjaya Reid bagaimanapun katanya, mengakui adalah tidak mungkin untuk menyenaraikan keadaan-keadaan di mana permintaan untuk membubarkan dewan oleh Perdana Menteri boleh atau perlu ditolak.
Beliau yang saya minta perjelaskan lebih lanjut berkenaan isu ini menegaskan bahawa Suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid itu sekadar menyerahkan soal pembubaran dewan kepada kebijaksanaan baginda.
Dr. Abdul Aziz menyatakan bahawa untuk mengetahui sebab-sebabnya, beliau telah membaca pelbagai buku undang-undang dan artikel jurnal yang memuatkan kajian dan analisis dari pelbagai negara Komanwel.
“Agak jelas bahawa kuasa budi bicara itu adalah salah satu dari keadaan di mana baginda perlu memainkan peranan proaktif selaku agen semak dan imbang perlembagaan,” tambahnya lagi.
Bagaimanapun Pensyarah Undang-Undang UIAM ini, mengingatkan bahawa Yang di Pertuan Agong tidak boleh membubarkan Dewan Rakyat sesuka hati; baginda cuma diberi kuasa untuk menolak permintaan membubarkan dewan oleh Perdana Menteri jika itu perlu dan wajar.
Dr. Abdul Aziz yang pakar dalam isu-isu Perlembagaan itu juga mempertegaskan bahawa kuasa Yang di Pertuan Agong itu hanya relevan sebelum Dewan Rakyat mencecah usia lima tahun kerana di kala itu dewan akan terbubar dengan sendirinya secara automatik.
Berdasarkan pengalaman seluruh Komanwel antara sebab-sebab mengapa permintaan membubarkan dewan ditolak ialah apabila pembubaran diminta tidak lama selepas pilihan raya; contohnya dua tahun selepas pilihan raya.
“Atau di dalam keadaan daftar pemilih belum siap dan banyak masalah. Pernah berlaku di sebuah negara di mana Gabnor-Jeneral menolak pembubaran dewan ketika ramai pengundi tidak berada di dalam negara,” tegasnya lagi.
Dr. Abdul Aziz menyimpulkan bahawa pengalaman di Malaysia setakat ini ialah kerana kerajaan boleh dibentuk tanpa pilihan raya dan ia baru sahaja diadakan.
“Ini yang berlaku di Terengganu pada 1962. Ketika itu kerajaan negeri dibentuk oleh PAS yang memenangi pilihan raya negeri pertama pada 1959. Bagaimanapun Umno berjaya membeli Adun PAS menyebabkan kerajaan yang dibentuk oleh PAS goncang.
“Dalam keadaan itu Sultan menolak permintaan untuk membubarkan dewan kerana jelas pihak Umno boleh membentuk kerajaan dengan adanya Adun yang cukup setelah mereka berjaya mempengaruhi Adun PAS menyeberang ke pihak mereka”.
Keadaan di Kelantan pada 1977 sedikit berbeza. Ketika itu Dato Mohamed Nasir – Menteri Besar PAS yang ditunggangi oleh Umno – tumbang kerana diundi tidak percaya oleh Adun PAS.
Jadi jelas Dr. Abdul Aziz lagi, PAS mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan. Pemangku Raja ketika itu – Tunku Ismail Petra – menolak permintaan Mohamed Nasir untuk membubarkan dewan kerana ia jelas tidak perlu.”
Kerajaan negeri dibentuk pada 1974 selepas pilihan raya kebangsaan. Dalam insiden di Kelantan itu, jelas beliau ada beberapa perkara yang penting yakni:
(1) Menteri Besar tumbang kerana undi tidak percaya ia tidak boleh memohon pembubaran dan
(2) Sebagaimana di Terengganu kerajaan masih boleh dibentuk tanpa melalui pilihan raya.
Oleh kerana Umno mati akal dan ia meminta Kerajaan Pusat mengisytiharkan darurat di Kelantan yang membawa kepada pilihan raya negeri 1978 dan berjaya membentuk kerajaan buat pertama kali sejak merdeka.
Mengenai penolakan di Sabah pada 1994 pula, Pensyarah UIAM itu menegaskan, ia sama dengan apa yang berlaku di Terengganu di mana Umno berjaya melumpuhkan Kerajaan PBS melalui taktik yang serupa.
Dalam keadaan tersebut tidak sukar bagi Yang di Pertua Negeri untuk menolak permintaan membubarkan dewan oleh PBS.
Selain keadaan-keadaan itu banyak lagi suasana yang memberi alasan untuk Yang di Pertuan Agong menolak permintaan membubarkan Dewan Rakyat.
Dr. Abdul Aziz berkata beliau setuju dengan cadangan BERSIH yang menyeru baginda menolak permintaan Perdana Menteri.
“Ini kerana kita boleh menunggu sehingga April atau Mei 2009 apabila Dewan Rakyat mencapai usia lima tahun dan terbubar sendiri,” ujarnya lagi.
Beliau berpendapat Yang di Pertuan Agong boleh menggunakan budibicara baginda di bawah Perkara 40(2)(b) itu bagi mempastikan pilihan raya yang bebas dan adil khususnya “dalam mempastikan wujudnya daftar pemilih yang bersih dan tidak diragui”.
Kesimpulannya, Dr. Abdul Aziz berkata, segala-galanya terpulang kepada Yang di Pertuan Agong untuk berbuat sesuatu.
Tetapi, beliau sendiri mengakui, ini semua bergantung kepada kekuatan peribadi dan komitmen baginda.
Sebab itu, katanya lagi, Perlembagaan mewajibkan baginda berikrar dengan lafaz wallahi, wabillahi dan watallahi sebagaimana yang diwajibkan oleh Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
“Yang DiPertuan Agong sebagai seorang Islam akan diminta bertanggung jawab di akhirat nanti,” tegasnya mengakhiri sembang-sembang berkenaan isu Perlembagaan dengan saya!

Apabila Agong Berkuasa Penuh Melantik Perdana Menteri
©
The Malaysian Insider
oleh Zulkifli Sulong

MAC 5 — "Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.

Kuasa inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Ia juga berlaku di Perlis. Walaupun Abdullah, melalui suratnya mahukan Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi MB, namun Datuk Mat Isa Sabu yang diperkenankan oleh Raja Perlis.

Selepas Mac 2009 nanti, Abdullah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Inilah janji beliau dan ia diulangi lagi baru-baru ini.

Selepas beliau meletakkan jawatan, sebagaimana dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik siapa sahaja yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Tidak boleh. Baginda mesti melantik ketua parti iaitu Najib?" kata seorang anggota Parlimen Umno kepada saya. "Dalam kes Terengganu berbeza kerana Idris bukan ketua parti," tambah ahli Parlimen dari Umno berkenaan lagi.

Jia benar apa yang dikatakan beliau itu, bermakna tidak benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.

Kini, khabar angin tersebar luas kononnya Yang di-Pertuan Agong tidak berapa senang dengan bakal Perdana Menteri yang ada. Ini kerana, beliau terlalu banyak “masalah” yang belum selesai yang dipikul dan digalasnya.

Jika begitu, bagaimana kalau ada usaha dibuat untuk memberikan alternatif kepada baginda untuk memilih "orang yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat". Bukan Najib sahaja bahkan ada orang lain juga layak untuk mendapat status itu... mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat.

Inilah yang sedang hangat dibincangkan sekarang. Saya percaya inilah asasnya mengapa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan cadangan kerajaan perpaduan atau unity government beliau.

Tanpa prajudis kepada sebarang perancangan yang dibuat oleh Presiden Pas itu, pada pandangan saya, selain dari Najib, anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga layak untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Ia boleh dipertimbangkan dalam konteks kerajaan perpaduan ini.

Selepas The Malaysian Insider dan Siasah menyiarkan kenyataan Abdul Hadi tentang kerajaan perpaduan ini, Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li ini, adalah pemimpin pertama yang menyambut baik cadangan ini.

The Malaysian Insider sendiri berpandangan, Ku Li bercakap bukan untuk Umno tetapi untuk Malaysia. Beliau jelas sudah keluar dari kotak pemikiran biasa Umno.

Saya juga yakin, bukan hanya Ku Li sahaja yang berfikiran sebegitu tetapi ada ramai lagi pemimpin dan wakil rakyat Umno yang berpandangan seperti beliau. Ramai antara mereka sudah sedar, Umno sudah terlalu tertinggal dalam memahami hasrat rakyat Malaysia. Umno sudah terlalu terkongkong oleh sikap ketuanan mereka. Namun, mereka hanya diam sahaja. Mereka menunggu siapakah yang akan ke depan.

Inilah yang berlaku di Terengganu selepas 8 Mac 2008 lalu. Datuk Ahmad Said bukanlah pilihan kedua selepas Idris Jusoh untuk menjadi MB. Namun kerana dia yang berani dan sanggup, dia terpilih.

Jadi, kenapa kita tidak melihat cadangan kerajaan perpaduan ini atas prinsip ini. Sebuah kerajaan sementara yang mana semua pihak (Umno, Pas, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti politik) bersatu tenaga demi kepentingan Malaysia.

Kerajaan perpaduan ini akan meletak semula dasar-dasar negara di atas landasan yang betul demi kepentingan kita bersama yang bernaung di bawahnya. Kita beri alternatif kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat pilihan selain Najib selepas Abdullah meletakkan jawatannya.

Untuk itu, saya meletakkan, biarlah Ku Li menjadi pilihan lain selain Najib untuk menjadi perdana menteri kerajaan perpaduan ini. Di bawahnya akan ada pemimpin PKR, DAP, Pas, Umno, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain yang menjadi menterinya berdasarkan kekuatan parti masing-masing dan kesediaan mereka menyertai kerajaan perpaduan ini.

Saya percaya, kita telah membuat satu kebaikan kepada negara apabila kita memberikan pilihan kepada ketua negara kita, iaitu Yang di-Pertuan Agong, untuk membuat pilihan bukannya terpaksa memilih yang satu sahaja.

Apabila saya melontar idea ini, banyak pihak yang menyifatkan saya menjual cerita penglipurlara. Cerita lakluk, kata seorang blogger. Saya juga dituduh sebagai agen kepada projek muzakarah Pas-Umno yang tidak jadi itu. Namun, melihat kepada senario politik yang ada sekarang, saya percaya, semua adalah serba mungkin.


Peralihan Kuasa: Hanya Agong boleh lantik PM


KUALA LUMPUR – Hanya kuasa Yang Dipertuan Agong sahaja mampu memilih dan melantik seorang Perdana Menteri setelah mendapat majoriti di Parlimen. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar, Abdullah bakal mengulangi kesilapan beliau sebelum ini dengan pihak istana kerana melakukan keputusan sesuka hati. “Yang Dipertuan Agong dan majoriti parlimen sahaja mampu melantik Perdana Menteri. Abdullah tidak boleh menamakan sesiapa sebagai pengganti,” katanya. Mengulas mengenai beberapa laporan media perdana yang membayangi Najib Tun Razak bakal menggantikan kerusi beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, Mahfuz berkata, Abdullah hanya berhak berundur.


“Sekiranya beliau mahu berundur, dia boleh lakukan. Bukannyadengan membayangi Najib sebagai pengganti. Abdullah sepatutnya menyerahkan kepada bahagian-bahagian Umno untuk mencalonkan jawatan Presiden,” katanya lagi. Jelasnya, melalui percalonan di peringkat bahagian, Presiden Umno hanya boleh dipilih oleh pewakilan seterusnya menggantikan Abdullah. “Kerusi Perdana Menteri pula hanya boleh dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah mendapat mandat dari majoriti Parlimen,”katanya.


Tindakan berkenaan, sekiranya gagal, Abdullah dilihat akan mengulangi kesilapan yang sama seperti mana yang berlaku pada pilihanraya lepas di Terengganu dan Perlis. Kesilapan Abdullah ketika itu adalah melantik menteri besar, Terengganu dan Perlis tanpa mendapat perkenan pihak istana. Walaubagaimanapun pihak Istana membelakangi kehendak Abdullah, dengan melantik menteri besar yang mendapat perkenan Raja dan Sultan kedua-dua negeri berkenaan.
“Tragedi itu, menunjukan kebiadapan Abdullah serta pengikut Umno yang memprotes perkenan Yang Dipertuan Agong selaku Sultan Terengganu,”katanya yang merujuk insiden kata-kata kesat terhadap Agong sewaktu protes perlantikan Menteri Besar Terengganu. Jelas Mahfuz lagi, sebelum berundur, Abdullah sepatutnya membersihkan imejnya yang telah dicemari oleh dirinya sendiri.“Abdullah harus berundur dengan membersihkan imej beliau sebagai seorang pemimpin dan bakal bekas Perdana Menteri,” katanya.

[Ini bermakna, biarpun Najib dilihat bakal menjadi Presiden UMNO tapi belum tentu beliau berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat semua tahu apakah yang telah dilakukannya selama ini. Berbagai skandal yang menimpa beliau mencerminkan bahawa Najib bukanlah calon yang paling sesuai untuk jawatan nombor satu itu. Siapakah yang akan bersaing dengan Najib dalam hal ini. Pastinya Anwar atau pun Ku Li. Jika Ku Li menang, sudah pasti Kerajaan Perpaduan akan dibentuk dan Anwar pasti akan berada di dalam. Jika Anwar menang pula sudah pasti Ku Li turut akan berada di dalam. Maka mana satukah akan berlaku dulu, Ku Li menang menerusi UMNO atau Anwar pula menang menerusi peralihan kuasa kerajaan pusat]

Tuesday 26 January 2010

Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd Difitnah Mubin


Membaca entri blog teganuku bertajuk 'Sensasi Tapi Awas' fahamlah bahawa Mubin yang kebal itu meneruskan lagi fitnah bersirinya. Kali ini Ri-Yaz jadi mangsa.

Ri-Yaz ada lah pemilik sebuah hotel besar di Cyberjaya yang dilahirkan di zaman Tun Mahadhir meneroka Putrajaya dan Cyberjaya. Hotel ini tempat ketua negara APEX bersidang suatu masa dulu. Jika anda melawat hotel ini anda akan dapat melihat 'batu tanda' tempat ketua-ketua negara G7 merakamkan kenangan. anda dapat membaca nama besar seperti Bill Clinton, Shirat dan lain-lain lagi. Datanglah sendiri untuk melihat kenangan dan sejarah negara yang dirakamkan di Hotel berkenaan Cyberjaya.

Saya pasti fitnah Mubin ini menjatuhkan reputasi hotel ini yang juga mempunyai cawangan di Teluk Warisan, Pulau Duyong Terengganu.

Pelbagai fakta tidak tepat dilemparkan mubin kepada hotel besar ini, termasuk dikatakan membekal air zam-zam kepada kerajaan negeri Terengganu. Ternyata ini satu finah yang dasyat kepada koperat berkenaan yang pasti menjatuhkan reputasi salah satu hotel 'world class' ini.

MB dah maklumkan pembekal air zam-zam ialah satu syarikat yang berpengkalang di Madinah, Saudi Arabia dan mempunyai cawangan di Malaysia ia itu Al- Ansar.

Harap sayarikat Ri-Yaz kaji kesan fitnah ini terhadap 'Goodwill' yang dibangun bersama Mahadhir meneroka Cyberjaya.

Harap dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap fitnah yang pasti menjejaskan nama koperat besar ini.

Entri dalam blog teganuku.blogspot.com sebagaimana di bawah;
SENSASI TAPI AWAS…

Bukan suatu amaran atau ugutan kepada penulisnya seperti sms ugut bunuh tetapi tulisan ini bercirikan berfakta.

Ini memang sedap dan sensasi. Pedas dan menyeronokkan.

Kalau benar - terima kasih banyak kerana info tetapi kalau bohong, dusta dan fitnah, tunggulah balasannya di dunia dan di akhirat.

Hebatnya penulis ini ialah dia mengetahui sms berkenaan hingga yang dihantar kepada seorang yang berstatus YB Dato’ Seri (kemungkinan YB. Dato’ Seri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu).

Siapa yang feed maklumat kepadanya dari pihak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu?

Baca entri berikut yang diambil daripada sebuah blog yang sangat lantang memburukkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Untuk apa entri ini dibuat dan demi kepentingan siapa ia dibuat menjadi persoalan. Namun nama-nama yang disebut dalam entri ini menceritakan segala-galanya.

Sila baca:

YANG TERGADAI SEGALANYA

Awal pagi tadi, dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu, saya ada menerima satu salinan mesej melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang pada perkiraan saya, pengirimnya turut forwardkan sms berkenaan kepada banyak orang yang lain juga.

Saya juga tidak pasti, sama ada sms berkenaan baru sahaja ‘beredar di pasaran’ atau sudah lama/sudah beberapa hari/minggu/bulan sebelum hari ini. Agak menarik sms tu, walaupun kesahihannya belum dapat dipastikan lagi.

Mengikut apa yang terkandung dalam sms berkenaan, sms tersebut dikirimkan kepada seorang yang berstatus YB Dato’ Seri (kemungkinan YB. Dato’ Seri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu) untuk mengetahui sama ada benar atau tidak wujudnya cerita berkenaan. Saya menunggu-nunggu sms lain, terutamanya (kalau ada) sms balas daripada pihak MB Mat Said sendiri (yang dikaitkan namanya dalam sms berkenaan).

Tetapi sehingga cerita ini ditulis dan dipostingkan, tiada sebarang makluman balas perihal mahupun jawapan pasti berkaitan diterima. Insya-Allah kalau saya menerimanya nanti, akan saya postingkan lagi di sini.

Cuma dalam saya menunggu sms lain (terutamanya sms balas daripada MB Mat Said atau and the gengnya, kalau ada), saya teringat kata-kata daripada seorang kawan.

Katanya, jangan diharap nak tunggu balasan sms daripada MB Mat Said, kerana bukan dia tak layan atau malas nak taip sms atau malas nak layan sms sebegitu, tetapi kerana beliau (MB Mat Said) memang buta sms.

Dengan perkataan yang mudah disebut dan makna lebih tepat ialah ‘dok reti nak balas sms’. Telefonnya, kata kawan itu lagi sekadar untuk membuat dan menerima panggilan suara sahaja.

Lanjutan daripada itulah, makanya tanpa menunggu sebarang jawapan atau kenyataan balas atau penafian rasmi daripada MB Mat Said atau sesiapa yang dituju sms itu, saya turunkan sms berkenaan sepenuhnya (bahasa sms/ejaannya diubah mengikut ejaan penuh bahasa Melayu) :

YB Dato’ Seri, adakah sms ni benar? Salam. (Hari ini Mr Lim dari Hong Kong (pembeli sebenar tanah dan aset Pulau Besar, Merang) telah berada di Terengganu untuk apa-apa persiapan pembelian tersebut bertopengkan Syarikat Ri-Yaz Asset Sdn. Bhd., (paid up capital RM100k). Keseluruhan Pulau Besar seluas 676 ekar dijual dengan 664 ekar (daripadanya) berharga RM40 juta manakala (baki) tanah 12 ekar + (campur) hotel dalam pembinaan yang telah dilunaskan (oleh) kerajaan negeri (berharga) hampir RM30 juta + (campur) jalan yang dibangunkan dengan harga keseluruhan RM67 juta. Hari (hal) ini dikatakan dibincang dalam Exco meeting. SATU LAGI TANAH LUAS YANG SANGAT STRATEGIK AKAN TERLEPAS KE TANGAN CINA. Ri-Yaz Asset dikatakan kroni penting MB yang membekalkan air zam-zam. Saya yakin HANYA CAMPUR TANGAN TUANKU SAJA YANG MAMPU SELAMATKAN ASET PENTING INI DARIPADA KEJAHATAN MAT SAID).

Sama ada benar atau sebaliknya cerita di sebalik sms itu, seperti yang dikatakan sebelum ini – tiada yang pelik atau ajaib atau luar biasa atau mustahil pada zaman pemerintahan MB Mat Said selaku MB… kun fayakun… Itulah hebatnya MB Mat Said, MB yang kita semua sanjungi dan sayangi… Yang tergadai bukan sahaja maruah dan harta ‘redok’ negeri tetapi segalanya…

Berkait isu korma dan air zam-zam yang disensasikan oleh sisa budak hitam dalam sidang DUN yang baru lalu, Akhbar Sinar Harian dalam Selamat Tahun Barunya kepada Ahmad Said mencatatkan rasa terima kasih dan pujian daripada seorang rakyat…….’semasa menerima beg berisi kurma istemewa dan air zam-zam daripada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said… hati saya terdetik…inilah kali pertama dalam hidup saya sebagai rakyat Terengganu mendapat hadiah daripada Menteri Besar tanpa pilih kasih. Saya bukan penyokong partinya.. jadi apa-apa pun sentiasa tersisih..


Berkat hadiah ini, barulah saya mula menjejak langkah Ahmad Said .. MasyaAllah inilah satu-satunya Menteri Besar yang kerjanya untuk rakyat Terengganu.. tidak semacam pemimpin terdahulu.

Walaupun kurma itu menjadi isu besar, RM 7 juta.. namun inilah RM 7 juta dikongsi dengan kita semua.. bukan untuk penyokongnya sahaja..bagi saya kurma itu lebih bernilai dari RM20..

Terima kasih Menteri Besar.. Ahmad Said Berjaya membuktikan beliau memang Menteri Besar kita…’

Kini terbukti Ahmad Said berjaya menghidupkan hubungan beliau dengan rakyat, beliau bijak menyusun program dan mengutamakan rakyat selaras dengan mottonya ‘Merakyatkan Pentadbiran Dan Pembangunan.”

Monday 25 January 2010

MUBIN - YANG LUPA DARATAN ?

Tiba-tiba hari ini Mubin pusing 360 darjah membela Istana Terengganu, baguslah, kalau dah faham tak  ape ? Alahai,  betapa kukuhnya pagar istana untuk digoncang. Sebelum  ini pelbagai penghinaan Mubin kepada Istana Terengganu berlalu begitu saja !

Percayalah kami yang  mubin and the geng ada kekebalan. Walau nyata blog ini menghina istana, jelas Pemuda Kemaman membuat laporan Polis, tapi tindakan tidak diambil oleh pihak polis. Mungkin dilindungi seorang budak hitam yang tuannya bos kepada Polis.

Walau penjawat awam  (cikgu)dilarang menjadi penyunting dan menyembelahi mana-mana kumpulan politik tapi Menteri Pelajaran Malaysia terlalu takut kepada mubin. Tak pernah ambil tahu atau buat tidak tahu pelanggaran disiplin seorang cikgu !


Sama semasa Din Adam jadi exco dulu. Mubin ambil gaji cikgu tapi tak pergi mengajar, hari-hari duduk- duduk di Wisma Darul Iman dekat dengan  pejabat exco atau bersiar-siar dalam Bandar atau sesekali ke Bukit Besi tengok kawasan nak buat lombong. Tak tahulah pihak Audit sedar tak perkara ini. Jelas satu penipuan, ambil gaji dari pejabat pelajaran tapi tak pergi mengajar.

Hari ini mubin mensensasikan berita konon khabarnya, MB Mat Said telah dimurkai kerana lupa daratan, lupa diri, tidak mengenang jasa dan budi pihak yang menganugerahkan beliau jawatan MB itu. Kebelakangan ini, seolah-olah pihak yang menganugerahkan beliau jawatan itu (yang menyerahkan watikah perlantikan diiringi kontroversi memuncak ketika itu) seolah-olah dipinggirkan terus dan ditinggalkan dalam banyak urusan yang sewajarnya diketahui pihak berkenaan. Hakikatnya setiap hari Rabu, MB akan mengadap MPPR.

Ini satu provokasi dan sensasi bila lihat pagar istana masih utuh. Hakikatnya setiap hari Rabu jam 8.00 pagi, MB wajib mengadap MPPR menyembah kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi mendapat restu untuk dibawa ke Mesyuarat Kerajaan Negeri serta perkara-perkara berkaitan dengan pegurusan negeri.

Ternyata  sesuatu yang  disensasikan dan fitnah apabila dikatakan bajet negeri 2010 tidak dipersembahkan kepada MPPR dan disensasikan oleh Mubin dengan kata-kata bibir manisnya   tapi ……..“ mendukacitakan ialah kegagalan menyembah taklimat oleh MB Mat Said itu secara halusnya disembunyikan dengan pelbagai alasan yang tidak logik dan tidak masuk akal”. Fakta sebenar bajet diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu untuk diluluskan sebelum dibawa ke Dewan (tempat dimana sisa-sisa budak hitam melepaskan bom dan menjual ubat kurap ! bulan Disember yang lalu)


Sebelum dibincang dalam mesyuarat exco, kertas bajet itu diangkat keistana dulu, dan pagi Rabu sebelum mesyuarat exco, MB akan sembah kertas berkenaan kepada MPPR dulu.

Bukan MB Mat Said dimurkai. Tapi sisa budak hitam disifatkan sengaja mengetepikan laluan yang sepatutnya dengan mengoncang pagar istana. Mengambil tindakan dengan merentang  kain rentang berbunyi “ Kami nak pak hitam ‘natang’ . Walau bagaimanapun,  MB Mat Said ini  bijak orangnya dan disayangi rakyat dan disenangi Tuannya, selain beliau merupakan orang yang berhemah tinggi.

Benarlah seperti yang diucapkan oleh
 Dato’ Dr. Pok Seli semasa persidangan UMNO tahun lalu. Katanya, MB Mat Said bukanlah hendak sangat menjadi MB, tetapi menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan  untuk menjawat jawatan itu. Betul sekali kata Dato’ Dr Pok Seli  itu, dan hari ini, MB Mat Said benar-benar  terus bersama pihak istana dan tidak pernah Derhaka sama sekali.

Sebab itu MB Mat Said  tidak membelakangi istana sekiranya perundangan dan adat mengehendakinya.

Tolonglah gunakan frasa lain selain daripada ‘derhaka’ itu. Mungkin boleh menggunakan frasa tidak mengenang budi ke, tidak menghargai budi dan jasa ke, atau kacang lupakan kulit ke… atau apa-apa sahajalah yang sama waktu dengan frasa lupa daratan , bila diberi sepenggal jawatan tertinggi dan jawatan tinggi tapi nak lagi, walaupun Tuannya tak nak beri lagi !!!


MB Mat Said tidak  pernah lulus kawasan yang penuh dengan cengal kepada sawmill milik arwah ayahnya sendiri.  Walaupun ramai yang mengtahui arwah ayah Mat Said mempunyai sawmill yang dikenali sebagai “Said Sawmill” !!!

Kesihan baki budak hitam  kita tu. Dahlah pening memikirkan macam mana lagi nak runtuh pagar istana kecil, akhirnya pusing 360 darjah nak masuk dalam pula !

Kepada pihak istana kecil negeri , sisa budak hitam jalankan penipuan. Orang tua itu diambil jumpa bosnya konon untuk  bantu pecat MB. Lepas itu 2 budak hitam “colek” orang tua tu dari hotel Park Inn bawa ke Motel Desa bersama dengan pegawai kanan. Kesian org tua tu, walaupun dah puas beri nasihat kepada sisa pak hitam utk tidak derhaka kepada Raja tidak didengari. Akhirnya orang tua dari istana kecil yang merana di marahi  bos besarnya.


 MB Mat Said yang jujur dan baik itu memang tak pernah lupa daratan. MB Mat Said tidak lupa daratan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. Buktinya dari 18 Cuma tinggal sisa 3 budak hitam dan rakyat amat saying kepadanya!


Ternyata “Daulat” Tuanku Sultan tiada bandingnya. Menentang MB membawa implikasi Menderhaka kepada Raja, kerana MB dilantik oleh Raja.

Apa tidak ‘Daulat”, kali pertama bila budak hitam buat hal merusuh dan bawa kain rentang ‘natang’ nak buang MB tiba-tiba Majlis Tertinggi terima Ahmad sebagai MB calon istana. Bukan itu saja lebih 50,000 rakyat sambut Tuanku Mizan dilapangan terbang Sultan Mahmud tanda sokongan kepada Raja dan MB.


Kali ke 2, bila sms ugutan dilepaskan, kuasa Allah, Ramzi ditangkap dan dibawa kepengadilan dan jatuh sakit.

Kali ketiga bila Hishamuddin keluar kalam, budak hitam pun membisu dalam sidang dewan, MB hendak dibuang. Kata keramat TPM jadi pertolongan diikut dengan rutuhan stadium Sultan Mizan yang jadi penghalang, diikuti keruntuhan menara telekomunikasi, kebocoran kolam renang dan lain-lai lagi. Betapa ‘berdaulatnya’ Sultan Terengganu, alam juga jadi pembantu melindungi MB.



Tabik spring kpd Mubin, Pengarah Pelajaran takut nak ambil tindakan terhadap salahlaku mubin, menjadi penerbit, penyunting, memfitnah, aktif dalam politik. Begitu juga pihak Polis walau repot dibuat di Balai Kemaman terhadap fitnah kepada Raja, tapi tindakan tidak diambil !!!