Saturday 30 October 2010

Mubin Sahkan Idris Jusoh Dalang Konspirasi SMS Ugut Bunuh


Cikgu Mubin (Abdul Mubin Ismail) – (layak ke di panggil Cik gu?) dalam entri blognya 14 Mei 2009 berkata: “Ini adalah perancangan daripada Deris Jusoh dan Deris Jusohlah dalangnya.” Tambah Mubin lagi “Kalaupun (ulang : kalaupun) nak dikatakan sms itu sebagai satu konspirasi terancang oleh Deris Jusoh and the geng untuk memalukan dan menurunkan Mat Said - apa salahnya?


Mubin seterusnya menulis “ ..... sms ugutan berkenaan yang dijadikan alasan untuk '10 budak hitam' tidak menghadiri sidang DUN seterusnya dianggap sebagai konspirasi mereka yang sengaja dibuat (dengan sms berkenaan) bagi menjatuhkan kepimpinan Mat Said sebagai MB Terengganu.

Isu SMS Ugutan Bunuh ini merupakan satu perancangan yang teliti yang mana  Mubin telah secara terancang menulis rentetan peristiwa sebelum, semasa dan selepas peristiwa berkenaan dalam blognya.


Dalam entri pada 18 April 2008, Mubin masukan salinan laporan penuh isu sms ugutan bunuh yang disedia dan ditandatangani oleh Alias bin Abdullah pada 14 April 2009 atas kapasiti SU Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu yang mempunyai banyak keraguan.

Alias melaporkan pada para 3. a) “Pada 13hb April 2009 lebih kurang pukul 11.25 mlm YB Dato Rosol bin Wahid ADUN Ajil telah menerima sms ugutan bunuh dari telefon bernombor +31234567890 yang berbunyi “baik jgn teruskn niat YB, YB tak sayang nyawa?” (Laporan Polis K. Berang 647/09)”. Tetapi mengikut salinan log yang dicetak daripada handphone Rosol sebagai lampiran kepada laporan tercatat SMS berkenaan diterima pada Isnin, 13 April 2009 jam 8.25 pagi.

Dalam laporan akhbarnya Rosol mengesahkan nombor ini dihantar melalui komputer. Nombor +31234567890 merupakan kod dari Negara Belanda. Walau bagaimana pun memang benar mengikut keterangan di Mahkamah nombor ini memang terdapat dalam log sms blast daripada keterangan saksi bernama Hazwan.

Menurut Hazwan semasa kejadian Rosol guna handphone yang berdaftar dengan Maxis yang mempunyai system keselamatan yang tinggi dilengkapi dengan “spam filter” yang menghalang daripada mempamirkan nama atau nombor penghantar yang dipalsukan. Oleh itu Rosol menerima nombor random yang dikeluarkan oleh komputer melalui sistem sms blast milik syarikat Hazwan.

Persoalannya, macam mana Rosol tahu dia sms terima daripada computer ? Siapa yang bagi tahu Rosol ? Menghairankan lagi bagaimana Rosol boleh dakwa dia terima sms itu daripada Wan Ahamad ?

Alias melapor pada para 3. b)” Pada tarikh yang sama lebih kurang pukul 11.21 malam, YB Abd Halim bin Jusoh ADUN Permaisuri telah menerima sms ugutan yang sama kandungan daripada telefon bimbit bernombor 0199158369 yang dipercayai milik Wan Ahmad bin Wan Muda, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Terengganu. (Laporan Polis K.Terengganu No.003286/09). “ Tetapi Halim pada sidang akhbar yang boleh dilayari pada youtube di Buletinonline.Net menyatakan beliau mengesan nombor yang diterima milik Wan Ahamd setelah beliau membuat semakan kepada buku diary kerajaan negeri. Perkara ini bercanggah salinan log yang dicetak daripada handphone Halim dalam laporan Alias turut melampirkan catatkan sender ID daripada handphone Halim sebagai “Hj W Ahmad SUSK MB <+60199158369>."

Lebih menghairan lagi, walaupun Ketua Polis Terengganu memberi jaminan bahawa Terengganu selamat, mereka teruskan tindakan memulau sidang Dewan Undangan Negeri pada pagi 14 April 2008. Walaubagaimanapun kerana takutkan arahan PM mereka masuk terpaksa masuk juga sidang Dewan Undangan Negeri pada sessi petang.

Lagi menghairankan walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib pada 15 April 2009 dan Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan mengesahkan bahawa Wan Ahamad ketika itu Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar tidak melakukan kerja ‘gila’ itu.

Berita Harian Online (15 April 2009) melaporkan komen Najib berikut: – "Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, ugutan bunuh yang diedarkan kepada tiga daripada ADUN terbabit melalui sms adalah tidak sahih. “Mereka dapat SMS tetapi SMS tak berpunca daripada pejabat Menteri Besar, maka tidak ada kesahihan.

Sinar Harian (23 April 2009) pula melaporkan: "Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan pula berkata, polis telah mengenal pasti bahawa SMS itu bukannya dihantar oleh pegawai kanan di pejabat Menteri Besar seperti yang dilaporkan sebelum ini."

Namun kumpulan ini masih tidak berhenti menghentam Wan Ahmad dalam ceramah, kenyataan akhbar dan blog mereka.

Mubin dalam blognya jelas memfitnah bukan sahaja Wan Ahmad malahan Dato’ Shukri Dahlan Ketua Polis serta pihak istana juga difitnahnya (sila linat entri Mubin pada 14 April 2009)

Pada 27 Oktober 2010 kes SMS Ugutan Bunuh yang menjadi prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu tiba-tiba meletup nama Derih Jusoh dalam isu sms ugutan ini.

Apa yang menarik ada empat laporan iaitu Bernama (klik sini), blog ini, teganuku dan hambali1 yang ditulis cara berlainan tetapi menyebut Datuk Seri Idris Jusoh - bekas Menteri Besar Terengganu.sebagai aktor penting dalam isu ini.

Saksi terbaru yang merupakan kakitangan bawahan kepada Idris dan Ramzi di Ibu Pejabat UMNO mengatakan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang menyuruh beliau menggendalikan aplikasi penghantaran SMS Ugut Bunuh berkenaan. Dalam sms Romzi kepada saksi itu meminta dia dan bosnya dilindungi oleh saksi. Oleh itu kita boleh membaca siapa Dr Ramzi dan hubungannya dengan Idris dalam isu ini.

Perbicaraan pada 26 dan 27 Oktober 2010 telah bertukar rentak, yang menjadi fokusnya bukan lagi Ahmad Ramzi atau Wan Ahmad, tetapi Derih Jusoh yang menjadi tumpuan. Peguambela bermati-matian cuba mempertahankan Idris Jusoh dalam prosiding Mahkamah yang sepatutnya menyelamatkan Ramzi sebgai OKT tetapi bertukar kepada Derih Jusoh.. Ramai pemerhati menjadi tertanya-tanya kenapa Peguambela membela Derih Jusoh tidak Ahmad Ramzi ?

Berdasarkan fakta diatas, Pendakwa Raya pasti memanggil Derih Jusoh sebagai saksi penting dalam perbicaraan akan datang. Jadi adillah tidak Romzi, Rosol, Halim, Zakaria dan Alias sahaja yang hadir memberi keterangan di Mahkamah. Derih Jusoh juga perlu memberi keterangan bagi membantu Ramzi.

Entri dalam blog ohsedapnya.blogspot.com mengulas “Yang menarik, selepas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh – Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir disoalsiasat dan hasilnya menjurus ke arah beliau ‘turut terlibat’ dengan penghantaran SMS itu, mahkamah dikejutkan pula dengan nama baru ‘ Idris Jusoh’ di sebut dalam mahkamah, seolah-olah ‘terlibat sama’. Pendedahan di mahkamah mengenai penggunaan sms blast menunjukkan Idris bijak menggunakan teknologi mutakhir – blast sms – untuk kempennya. Namun menyedihkan sedikit jika kemudahan itu jika terserlah digunakan untuk ‘menyerang Ahmad Said’ melalui SMS Ugut Bunuh.

Blog berkenaan mengulas lagi “Lainnya kes di mahkamah yang membicarakan “SMS Ugut Bunuh’ yang kini berlangsung mulai semalam hingga esok (26 hingga 28 Oktober 2010).Salah seorang saksi utama, Datuk Wan Ahamad Wan Muda tidak perlu hadir pun di mahkamah kini kerana perbicaraan memasuki fasa pertanyaan untuk kumpulan yang bertanggungjawab menghantar SMS berkenaan.Semalam ketika perbicaraan disambung, Wan Ahamad berada di London dan dijangka pulang hari ini. Dia mengikuti lawatan kerja yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah”.

Mencari Kelibat Wan Ahamad....2


Sambungan semalam

Pada bahagian pertama penulis ada menyebut apakah Wan Ahamad yang ‘berdiam diri’ ketika ini kerana mengatur strategi.

Kalau strategi – strategi apa? Menjatuhkan Menteri Besar Terengganu seperti pernah dilakukan 10 Budak Hitam? Tak mungkin…Sebagai orang pernah digelar ‘MB No.2” oleh Abdul Mubin Ismail, Wan Ahamad tidak mungkin derhaka kepada Datuk Seri Ahmad Said.

Atau Wan Ahamad sedang menjalankan kajian atau merenung semula apa yang melanda dirinya?

Sedikit kemungkinan. Ini kerana sejak kembali dari melanjutkan pelajaran dan dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri awal tahun ini, Wan Ahamad nampaknya memberikan tumpuan penuh kepada kerja-kerja pengurusan.

Tapi ada ke masa untuknya melihat ke belakang, termasuk meneliti laporan akhbar-akhbar seperti Berita Harian, Sinar Harian atau Utusan Malaysia yang banyak memperkatakan mengenai dirinya.

Malah, Wan Ahamad tidak berpuashati dengan beberapa laporan dalam Berita Harian dan Sinar Harian yang menurutnya ‘fitnah’ dan sengaja diadakan untuk memburukkan imejnya.

 

Apa tujuan memburukkan imejnya? Menurut Wan Ahamad kalau buruk imejnya, buruklah imej Menteri Besar.

Sejauh ini siapakah mereka yang beliau banyak memperkatakanya. Kalau tidak silap penulis, ada dua tiga orang lain, selain Mubin yang Wan Ahamad turut ‘kecil hati’.

Salah seorang daripada mereka itu ialah pemberita Berita Harian, Baharom Bakar. Entahlah apa yang ditulis Baharom menyebabkan Wan Ahamad kecil hati.

Ternyata walaupun Wan Ahamad tidak menyatakan mengenai perasaan dan keadaan dirinya yang ‘duka lara’ akibat dituduh penghantar SMS Ugut Bunuh tetapi beliau pernah menyatakannya secara ‘berdokumen’ dan rasmi di mahkamah.

Mungkin juga beliau berdiam diri kerana tertekan dan cuba ‘melupakan’ edpisod mengenai peranannya selama ini?

Biarpun beliau akhir-akhir ini tidak lagi dikecam dan dikritik sebagai “MB No2” namun ada lahi pihak yang sinis dan memandang serong terhadapnya.

Mubin turut mempersoalkan penganugerahan gelaran kepadanya seolah-olah Wan Ahamad tidak selayak Din Adam atau Rosol. Lantaklah apa Mubin nak cakap tetapi ia anugerah daripada Sultan sebagai meniktiraf sumbangannya.

Sejauh ini tidak jelas kelibat Wan Ahamad tetapi dengan perkembangan akhir-akhir ini di Mahkamah Sesyen yang menyerlahkan nama bekas Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr Ahmad Ramzi dikaitkan dengan penghantaran SMS Ugut Bunuh, Wan Ahamad mungkin lega.

Apapun, Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri Besar, itu pernah memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 26 April lalu, bahawa beliau dan keluarga tertekan selepas difitnah menghantar Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berunsur ugutan kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Beliau juga terkejut apabila didakwa menghantar SMS berbunyi “Baik YB jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?”, kepada Tiga ADUN 13 April tahun lalu.

Wan Ahamad menyatakan beliau tertekan, terkejut dan menafikan pembabitannya dalam penghantaran SMS tersebut di mahkamah, bukan kedai kopi. “Saya rasa terkejut bila orang tuduh saya hantar SMS itu, tambahan pula ia mendapat liputan meluas di media massa. Anak-anak dan isteri saya stress (tertekan) kerana berita itu, tetapi saya suruh mereka bersabar dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya,” katanya ketika dipanggil menjadi saksi dalam kes perbicaraan Dr Ramzi yang menghadapi empat tuduhan berhubung ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga ADUN tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.

Dr Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Bagi kesalahan itu, Dr Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tertekan tetapi apakah yang boleh dilakukan oleh Wan Ahamad? Beliau hanya mampu meminta isteri dan anak-anaknya bersabar dengan berita yang tidak benar itu.

Wan Ahamad sudah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghantar SMS berbau ugutan itu kepada ADUN berkenaan menggunakan telefon beliau.

Lagipun, beliau hanya mengetahui mengenai fitnah yang dilempar kepadanya melalui seorang kakitangan kerajaan, Haji Wan Lotfi Wan Ismail, pada 14 April iaitu sehari selepas SMS tersebut dihantar.

Beliau membuat laporan polis selepas itu kerana namanya dikaitkan di dalam blog (blog siapa lagi kalau bukan Jarang Anak Melayu) dan tuduhan itu tidak benar.

Wan Ahamad tidak berdaya untuk melakukan cara lain – hanya mahkamah tempat beliau menyatakan perasaan dan kebenaran.

Jika demikian tekanan yang dialaminya akibat tuduhan dan namanya dikaitkan dengan SMS Ugut Bunuh berkenaan, apakah Wan Ahamad akan membiarkan sahaja orang yang membuat fitnah dan membuat tuduhan menyebabkan beliau tertekan.

Penulis beranggapan Wan Ahamad memang ‘mendiamkan diri’ tetapi beliau tidak berdiam diri sebaliknya akan muncul dengan ‘wajah baru’ yang akan mengejutkan banyak pihak – khususnya yang membuat tuduhan dan fitnah terhadapnya.
TIDAK PERCAYA TUNGGULAH!

Friday 29 October 2010

Mencari Kelibat Wan Ahamad…1


Di mana Haji Wan Ahamad Wan Muda, kini bergelar Dato’?

Kenapa beliau kini tidak lagi dikecam dan dikritik sebagai “MB No2”? Apakah peranan Wan Ahmad tidak lagi penting kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said?

Kelibatnya tidak lagi menjadi penting dan Abdul Mubin Ismail, blogger yang menyokong Din Adam (Datuk) dan Kumpulan 10 (kini katanya tinggal tiga atau empat) ahli sahaja, juga jarang memperkatakan mengenai Wan Ahamad.

Suatu ketika, iaitu pada awal 2009, publisiti terhadap Wan Ahamad mengatasi Ahmad Said di Terengganu kerana perkara-perkara berikut:

1. Beliau dikatakan sebagai orang berpengaruh dan ‘Budak Tingkat 16’ yang mengawal Menteri Besar;

2. Beliau dikatakan mempengaruhi Menteri Besar dalam kerajaan untuk menempat dan melakukan pertukaran lebih 60 orang pegawai pekhidmatan negeri Terengganu (TCS) termasuk beberapa pegawai tinggi berkuatkuasa Januari 2009 - lima hari sebelum penamaan calon dan 16 hari sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.

3. Beliau juga bertanggungjawab terhadap penyusunan semula TCS Terengganu pada awal 2010 termasuk perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru;

4. Sebagai ‘Budak Tingkat 16’ dan Menteri Besar ‘No 2’ Wan Ahmad begitu berpengaruh dan mencampuri urusan politik Terengganu;

5. Wan Ahmad ‘bertanggungjawab’ menghantar SMS Ugut Bunuh yang menyebabkan pemulauan terhadap persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada April 2009;

6. Wan Ahmad bertanggungjawab menentukan kawasan balak yang dinaugerahkan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak tertentu;

7. Wan Ahamad tidak pergi melanjutkan pelajaran di England, sebaliknya ‘menyorok’ di Terengganu;

8. Banyak lagi boleh disebut jika merujuk kepada blog Abdul Mubin Ismail dan berita serta rencana dalam Berita Harian dan Sinar Harian pada awal tahun 2009 lalu.

9. Menentukan pemberian projek dan peluang kepada pihak tertentu;

10. Beliau ialah penjaga kroni Ahmad Said; dan

11. Beliau bukan sekadar berpengaruh terhadap Menteri Besar tetapi Exco dan orang politik juga dikatakan ‘takut’ dan ‘tunduk’ kepada beliau.

Malah, sejak akhir-akhir ini, Wan Ahamad sebagai saksi perbicaraan Datuk DrAhmad Ramzi yang dituduh menghantar dan mengugut dalam kes SMS Ugut Bunuh bagaikan tidak penting lagi.

Malah, pada prosiding terbaru – dua hari pada 26 dan 27 Oktober lalu - di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu Wan Ahamad tidak pun kelihatan.

Khabarnya dia di Eropah ketika itu kerana lawatan kerja – malah keluarganya pun tidak nampak dan tidak mengambil kisah lagi mengenai perbicaraan itu.

Persoalannya, apakah Wan Ahmad takut menghadapi masyarakat kerana kecaman yang hebat terhadapnya?

Atau sejak menjadi Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) selepas dinaikkan pangkat daripada Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar, Wan Ahmad terlalu banyak menumpukan kepada kerja pentadbiran?

Yang pasti beliau tetap pegawai kerajaan.

Atau apakah Wan Ahmad ini diam-diam berisi dan mengatur strategi. Kalau strategi - apa benda yang beliau sedang rancangkan?

Atau beliau tertekan dan cuba ‘melupakan’ edpisod mengenai peranannya selama ini?

Bersambung

Wednesday 27 October 2010

Saksi Sahkan Dr Ramzi Terbabit Dalam Kes SMS Ugut Bunuh


Tidak mengapalah saksi pada perbicaraan SMS Ugut Bunuh di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam (27 Oktober 2010) menafikan menggunakan aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) ada menghantar SMS Kempen Majlis Tertinggi Umno seperti yang terdapat dalam telefon tertuduh kes itu.

Ia tidak penting sangat kepada perkembangan politik Terengganu. Tetapi sedikit sebanyak daripada maklumat itu menunjukkan Datuk Seri Idris Jusoh menggunakan kakitangan Ibu Pejabat UMNO untuk membantunya berkempen bertanding Ahli Majlis Tertinggi.

Malah Idris ternyata bijak menggunakan teknologi SMS untuk berkempen.

Yang penting daripada prosiding dua hari – kelmarin dan semalam (26 dan 27 Oktober 2010) semakin menyerlahkan bahawa Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir terlibat dengan penghantaran SMS Ugut Bunuh jika berdasarkan keterangan saksi berkenaan.

Sama ada Dr Ramzi yang menghantarnya belum diketahui tetapi yang sah beliau mengarahkan pembelian aplikasi berkenaan!

Siapa saksi dimaksudkan?

Dia ialah pemilik akaun aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebut dalam mahkamah yang digunakan untuk menghantar SMS Ugut Bunuh kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.
Namanya ialah Nor Irwan Zainal Abidin, 32, yang pada prosiding semalam menafikan telah menggunakan akaun aplikasi SMS miliknya untuk menghantar dua pesanan daripada "pejuang Umno" bertajuk "wahai perwakilan yang budiman" dan "ada yang bakar jambatan dan tak suka k".

Bagaimanapun, beliau bersetuju bahawa SMS berkenaan dihantar menggunakan aplikasi yang sama.

Nor Irwan berkata demikian pada perbicaraan kes Dr  Ramzi yang didakwa mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid.

Semalam, beliau memberitahu mahkamah akaun aplikasi SMS yang digunakan untuk menghantar mesej berbaur ugutan itu didaftarkan menggunakan namanya setelah diminta berbuat demikian oleh Dr Ramzi.

Bermakna Dr Ramzi yang mengarahkan beliau menyediakan kemudahan atau aplikasi berkenaan.

Dr Ramzi, bekas setiausaha politik Datuk Idris Jusoh, yang ketika itu Menteri Besar Terengganu, didakwa melakukan perbuatan tersebut di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, Datuk Ramzi didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April 2009 lalu, di E 726 Kampung Kubang Parit., Kuala Terengganu.

Dr Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi Adun, Abd Halim Jusoh (Adun Permaisuri) dan Datuk Rosol Wahid (Adun Ajil) antara pukul 11.21 dan 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ahmad Ramzi mengancam untuk mendatangkan kematian kepada ketiga-tiga Adun berkenaan.

Dia turut didakwa memfitnah bekas setiausaha sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahamad Wan Muda, yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, dengan menghantar SMS ugutan itu melalui nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid, sementara Dr Ramzi diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz.

Sementara itu TeganuKita melaporkan, Ketua Bahagian Siasatan dan Pemeriksaan Digi Telecommunications Sdn Bhd Mohd Faiz Ong Abdullah, 47, turut memberi keterangan berhubung akaun Digi bernombor 016-9388800, milik Dr Ramzi.

Mohd Faiz, 47, memberitahu mahkamah DiGi tidak mengetahui isi kandungan SMS akaun pelanggannya, manakala mesej pula hanya disimpan selama tujuh hari sebelum dimusnahkan.

Mohd Faiz disoal balas mengenai rekod kegunaan akaun Dr Ramzi antara 13 hingga 21 April 2009.

Menurutnya, kandungan mesej yang dihantar pelanggan melalui sistem yang diaplikasikan syarikatnya, hanya disimpan selama tujuh hari dan dimusnahkan selepas tempoh tersebut.

Mohd Faiz yang berbaju kemeja kelabu, tampil sebagai saksi kes ugutan bunuh menerusi SMS berkata mulai 13 April hingga 21 April 2009, terdapat mesej yang dihantar melalui sistem yang diaplikasikan syarikatnya digunakan oleh pelanggan berdaftar dengan nama Ahmad Ramzi Mohamad Zubir menerusi nombor 016-9388800.

Ditanya mengenai sistem waktu yang diaplikasikan syarikatnya, dia menjelaskan sistem yang digunapakai adalah berdasarkan `standard’ waktu Malaysia.

Jelasnya lagi, pelanggan menggunakan nama pendaftaran , Ahmad Ramzi turut mengirim beberapa SMS kepada nombor 019 kepunyaan Celcom pada 20 April 2009. Bagaimanapun berdasarkan sistem Digi, tiada sebarang nombor penerima SMS dicatatkan tetapi hanya terdapat catatan unit per SMS yang dihantar di mana caj 10 sen dikenakan bagi setiap SMS.

Pada tarikh yang sama pada jam 4.39 petang, pelanggan yang sama turut mengirim satu SMS ke nombor Celcom. Kemudiannya satu SMS lagi dihantar juga ke nombor Celcom pada jam 7.05 petang, diikuti satu lagi SMS ke nombor Celcom pada jam 10.37 malam.

Ketika menjawab sama ada terdapat gangguan atau kerosakan pada sistem itu sepanjang 13 April 2009 hingga 14 Mei 2009, Mohd Faiz menjelaskan bahawa tiada sebarang gangguan dan tidak menerima sebarang aduan pelanggan mengenai kerosakan pada sistemnya sepanjang tempoh itu.

Menjawab soalan peguambela sama ada dia boleh mengesahkan bahawa SMS itu dihantar oleh tertuduh, Mohd Faiz memberitahu dia dapat mengesahkan SMS itu dihantar Dr Ramzi sebagai pelanggan yang berdaftar dengan syarikatnya berdasarkan beberapa rujukan termasuk sistem rekod, preview dan bil.

Sejurus kemudian, mahkamah berhenti rehat dan bersambung pada sebelah petang kerana telefon bimbit yang digunakan sebagai bahan bukti kes dan mengandungi SMS itu perlu dicaj semula selepas peguambela mengemukakan kepada mahkamah untuk memeriksa kandungan SMS dalam telefon itu.

Pada prosiding sebelah petang saksi Nor Irwan berkata ketiga-tiga telefon yang dirampas tidak mempunyai kandungan SMS yang dihantar.

Peguambela: Adakah kamu ingat nombor mana yang dihantar.
Nor Irwan: Saya tidak ingat nombor mana yang dihantar kepada Dr Ramzi.

Peguambela: Adakah kamu menghubungi Inspektor Hazwan untuk mendapat nombor password
Nor Irwan: Saya tidak ingat.

Peguambela: Beberapa kali kamu menghantar SMS blast?
Nor Irwan: SMS blast dihantar sebanyak empat kali, dua diterima dan dua lagi gagal diterima.

Peguambela: Adakah kamu bertanya sama ada terima atau tidak kepada Dr. Ramzi tentang SMS yang dihantar.
Nor Irwan: Dr. Ramzi memberitahu tidak terima.

Peguambela: Saya cadangkan setuju atau tidak, saya cadangkan SMS tersebut tidak boleh diterima kepada handphone penerima sekiranya tidak dimasukkan angka 6 di hadapan.
Nor Irwan: Setuju, penerima tidak dapat terima SMS jika tidak dimasukkan angka 6 di hadapan.

Peguambela: Berapa kandungan kredit yang terdapat dalam akaun SMS.
Nor Irwan: Tidak ingat kandungan kreadit, tetapi lebih 5 ribu SMS yang masih boleh dihantar.

Peguambela: Selain kepada empat nombor itu, ada nombor lain yang dihantar?
Nor Irwan: Tidak ada

Peguambela: Apakah kandungan SMS itu dan sila baca
Nor Irwan: Penghantar, `Calon MT nombor 5, kandungan Gelombang Biru! Dato’ Seri Idris Jusoh, Penghantar, `Calon MT nombor 5, kandungan Gelombang Biru! Dato’ Seri Idris’ dan dihantar pada 26 Mac 2009 jam 11.56 pagi

Peguambela: Ia dihantar melalui SMS blast?
Nor Irwan: Setuju

Peguambela: Berapa jumlah setiap kali dihantar.
Nor Irwan: 2 ribu SMS melalui blast.

Peguambela: Apakah tugas kamu ketika MT
Nor Irwan: Membantu kempen MT menggunakan sistem SMS blast.

Peguambela: Sila baca kandungan SMS ini (sambil menghulur telefon)
Nor Irwan: Penghantar, Penjuang UMNO, kandungannya, `Wahai para pewakilan yang budiman, tarikh pada 24 Mac 2009 jam 2.20 pagi.

Peguambela: SMS satu lagi?
Nor Irwan: Penghantar, Penjuang UMNO. Kandungannya, `Ada yang bakar bendera dan tidak setia ok’

Peguambela: Ada berhubung dengan Hazwan.
Nor Irwan: Inspektor Hazwan cadang nak berjumpa dengan saya dan bukannya saya yang nak jumpa dia. Saya tidak tahu tujuan itu untuk menahan saya.

Peguambela: Ada orang temankan
Nor Irwan: Saya cari orang untuk temankan.

Peguam bela: Berapa hari kamu kena tahan
Nor Irwan: Eam hari

Peguam bela: Setuju atau tidak, saya cadang bahawa kamu memberitahu maklumat hanya untuk dibebaskan.
Nor Irwan: Tidak setuju, saya bagi maklumat untuk melengkapkan siasatan pihak berkuasa.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ishak Yusoff dan Nur Azimul Azami.

Perbicaraan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid akan disambung pada 9 Nov ini.

Tuesday 26 October 2010

Ye, Ye...Nama Deris Dah Naik di Mahkamah

Laporan SMS Ugut Bunuh oleh Halim dan Pak Ya Paka

Mana mungkin nama Idris Jusoh (Deris) boleh disebut dalam perbicaraan SMS Ugut Bunuh?

Kenapa mahu kaitkan beliau yang ‘bersih’ dan tidak terlibat langsung dengan kes ini.

Jahat jika ada yang mengaitkannya.

Salah tu jika sebut nama Deris. Tidak betul sama sekali…Tidak, Tidak, Tidak. Mubin Ismail Jarang Anak Melayu pun akan marah. Jangan babitkan Deris. Dia tidak bersalah. Yang salahnya Wan Ahamad Wan Muda. ‘Dia ini punca segala-galanya”.

Mubin sudah tulis banyak bagaimana SMS Ugut Bunuh ini dihantar ke Rosol, Pak Ya dan Halim (yang kini menunaikan haji – apakah sudah jumpa Wan Ahmad? Nak tahu tanyalah Halim sendiri).

Katanya Halim melalui FBnya minta maaf kepada semua orang sebelum ke Mekah. Tapi ada ke tidak dosanya dengan Mat Said dan Wan Ahmad. Dah minta maaf ke?

Walau Mubin atau siapa saja – termasuk bosnya Din Adam – tidak mahu disebut dalam mahkamah tetapi mungkin sampai masa Mubin juga AKAN DIHERETKAN DI MAHKAMAH. Tak Percaya tungguuuuuuuuuuu…

Yang pasti nama Deris kini disebut sudah dalam mahkamah sebagai antara yang terbabit dengan SMS itu.

Sebelum ini Setiausaha Politiknya dikaitkan dalam kes ini dan ada 4 tuduhan terhadapnya dan paling menarik dengan Wan Ahmadlah.

Kita tunggu perkembangan hari ini, apa lagi yang akan didedahkan oleh Nor Irwan.

Siapa Nor Irwan ini?

Beliau mempunyai kelulusan Diploma Penilaian Harta Tanah lulusan Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur yang menjalankan bertugas sebagai Pegawai Kerani, bahagian Teknologi Maklumat di Pejabat UMNO Malaysia.

Beliau menjalankan tugas membaik pulih komputer rosak dan mengenalpasti masalah komputer dengan merujuk kepada mereka yang lebih senior kerana dia hanya seorang pekerja separa mahir.
Dia bertugas secara sukarela membantu kempen MT kepada Deris bagi mendapatkan maklumat mengenai data-data keahlian UMNO dan turut bersetuju dengan pendakwa bahawa dia terlibat dalam politik UMNO.

Nor Irwan tinggal di Seri Kembangan adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO. Beliau menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Deris sendiri dan Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Deris.

Saya petik entri daripada Unit Komunikasi Kerajaan Negeri Terengganu untuk lebih jelas prosiding semalam:

Perbicaraan kes ugutan bunuh menerusi SMS

Oleh: RUSLAN ABDUL RAHMAN

Dalam perbicaraan “Ugutan bunuh melalui SMS’ yang bersambung pada hari ini (26 Oktober), mahkamah diberitahu bahawa penggunaan aplikasi SMS atas nama Nor.Irwan Zainal Abidin (seorang pegawai kerani di Pejabat Umno pada 2009) adalah digunakan untuk tujuan kempen calon pertandingan Majlis Tertinggi bagi pihak calon bernama Dato’ Seri Haji Idris Jusoh.

Nor Irwan yang tinggal di Seri Kembangan ketika disoal pihak pendakwa pada sesi perbicaraan pagi ini memberitahu pada masa itu beliau adalah setiausaha kerja kepada sekretariat Pemulihan UMNO.

Dinyatakan kepada mahkamah, tugas beliau adalah menyediakan minit mesyuarat, tempahan bilik mesyuarat, makluman kepada ahli mesyuarat dan persiapan mesyuarat berkaitan sekretariat pemulihan UMNO itu.

Ditanya pihak pendakwa, Mohd.Irwan memberitahu beliau bertanggungjawab kepada tiga orang pegawai atasan iaitu Setiausaha Kerja UMNO Malaysia ketika itu, Datuk Husaini Hashim, Pengerusi Sekretariat Pemulihan UMNO, Dato’ Seri Idris Jusoh dan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohd.Zubir selaku Pegawai Khas Dato’ Seri Idris.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim, M.Bakri Abd. Majid. Pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami manakala Dr.Ahmad Ramzi diwakili peguambela Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abdul Rahman.

Ditanya penglibatan beliau dalam kes ini, Nor.Irwan berkata Dr.Ramzi meminta beliau membantu kempen pemilihan Majlis Tertinggi UMNO 2008-2011 yang mana Dato’ Seri Idris Jusoh merupakan salah seorang calon bagi mengganggotai pemilihan itu.

“Dalam kaedah berkempen Dr.Ramzi telah berikan saya satu SMS, nama dan nombor handphone untuk saya hubungi yang mana kandungan kaedah kempen menggunakan `SMS blast’” beritahunya kepada mahkamah.

Pendakwa: Apa yang diarahkan oleh Dr.Ramzi
Nor Irwan: Minta saya hubungi penama tersebut kepada nombor-nombor telefon yang telah diberikan . Minta saya hubungi Encik Hazwan untuk mendapat keterangan lanjut mengenai kaedah SMS. Selepas faham saya hubungi semula Dr.Ramzi bagi perbincangan dan Dr.Ramzi setuju untuk membeli aplikasi tersebut.

Pendakwa: Apa lagi arahan Dr.Ramzi
Nor Irwan: Bagi tujuan pembelian aplikasi, Dr.Ramzi salurkan wang RM1,000 kepada akaun saya dan saya pindahkan ke akaun yang diberikan oleh Encik Hazwan (pemilik syarikat aplikasi SMS), akaun tersebut namnya seorang wanita. RM450 untuk bayaran pendaftaran dan RM550 untuk pembelian kredit.

Pendakwa: Apakah tujuan pembelian itu?
Nor.Irwan: Tujuan pembelian tersebut adalah bagi membantu kempen pemilihan MT bagi pihak Dato’ Seri Idris Jusoh.


Pendakwa: Akaun SMS blast itu didaftarkan atas nama siapa?
Nor.Irwan: Didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Bagaimana SMS blast digunakan?
Nor.Irwan: Bagi menggunakan SMS blast kita perlukan sebuah komputer, sambungan internet, ID dan password. Kita bolehlah menghantar SMS kepada seberapa ramai yang kita mahukan. Kita juga boleh mengubah kolum penghantar. Biasa `sender’ adalah nombor handphone kita sendiri, SMS blast ini boleh diubah nama sender kepada sesiapa sahaja.

Pendakwa: Kemudian selepas itu apa yang awak lakukan?
Nor Irwan: Saya ada hantar SMS memo percubaan kepada handphone Dr.Ramzi dan handphone saya sendiri sebanyak dua kali. Kali pertama tidak berjaya kerana tidak dimasukkan kod antarabangsa bagi Malaysia iaitu nombor 6. Kali kedua berjaya setelah dimasukkan nombor 6 pada pangkal nombor telefon itu.

Pendakwa: Bila dihantar memo SMS percubaan itu?
Nor Irwan: 6 Mac 2009.

Pendakwa: Apakah kandungan memo SMS itu?
Nor Irwan: Memo itu berbunyi “percubaan, Dato’ Seri Idris Jusoh’. Selepas itu saya lupa password dan hubungi semula Encik Hawzan untuk bantuan password baru.

Pendakwa: Apa password baru?
Nor Irwan: DSIJ 151155. DSIJ merujuk pada Dato’ Seri Idris Jusoh, 151155 adalah tarikh lahir beliau.


Pendakwa: Kenapa letak password sebegitu?
Nor Irwan: Sebab saya risau jika terlupa lagi dan bagi memudahkan.

Pendakwa: Siapa yang arah bukan akaun itu dan tujuan apa?
Nor Irwan: Akaun ini diminta dibuka oleh Dr.Ramzi bagi membantu kempen Dato’ Seri Idris sebagai calon MT.

Pendakwa: Adakah awak maklum pada sesiapa password itu (DSIJ 151155)?
Nor Irwan: Tak maklum pada sesiapa kecuali Dr.Ramzi atas permintaan beliau sendiri.

Pendakwa: Bila diberitahu password itu kepada Dr.Ramzi?
Nor Irwan: Minggu pertama April 2009 selepas habis kempen MT. Hantar melalui SMS dan tidak maklumkan kepada orang lain selain Dr.Ramzi.


Pendakwa: Bagaimana awak dapat tahu mengenai isu ugutan melalui SMS ini?
Nor Irwan: Saya dapat tahu melalui akhbar dan siaran berita TV. Seterusnya saya mengesyaki isu ini terbabit dengan akaun yang didaftarkan atas nama saya.

Pendakwa: Tentang password DSIJ 151155 ada beritahu pada sesiapa dan tulis di mana-mana.
Nor Irwan: Tidak ada,kecuali kepada Dr.Ramzi.

Pendakwa: Ada diterangkan kepada Dr.Ramzi cara penggunaan blast SMS .
Nor Irwan: Ada. Bertempat di pejabat Dr.Ramzi pada awal April 2009.

Pendakwa: Selepas syak isu SMS itu ada hubungan dengan akaun atas nama awak apa awak buat?
Nor Irwan: Saya hubungi Encik Hazwan untuk bertemu dan bincang masalah akaun tersebut. Dr.Ramzi pun ada hubungi saya bagi tujuan agar tutup akaun tersebut dan jika ada dipulangkan baki kredit dan kalau tak ada, tak mengapa.

Pendakwa: Di mana jumpa Encik Hazwan
Nor Irwan: Di Bangi Golf Resort pada malam saya ditahan polis pada 20 April 2009.

Pendakwa: Ada terima apa-apa arahan Dr.Ramzi?
Nor Irwan: Dr.Ramzi pesan supaya lindungi beliau dan ‘big boss’

Pendakwa: Siapa ‘big boss’ ikut fahaman awak
Nor Irwan: Kata-kata tersebut ikut fahaman saya merujuk kepada Dato’ Seri Idris Jusoh.

Prosiding kemudian ditangguhkan.

Apabila prosiding disambung semula pada sebelh petang, pendakwa kemudiannya meminta barang rampasan berkaitan kes seperti dua laptop, satu computer, satu set alatan permaian video, satu moderm digi, satu destop dan satu alat pembesar suara ditunjukkan kepada mahkamah.

Hakim Tuan M.Bakri Abd Majid kemudiannya menangguhkan perbicaraan kes dan disambung hari ini 27 Oktober 2010 jam 10.00 pagi.

Monday 25 October 2010

SMS Ugut Bunuh - Sabotaj Terhadap Ahmad Said & Kerajaan BN?

http://teganuku.blogspot.com/

Perbicaraan “Ugutan Bunuh menerusi SMS” akan bersambung esok - 26 Oktober hingga 28 Oktober 2010 - yang dijangka akan mendedahkan beberapa bukti baru bahawa SMS dihantar pihak tertentu kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional (UMNO), bukan oleh Datuk Wan Ahamad Wan Muda.

Apakah relevannya perbicaraan ini dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said?

Jika terbukti Wan Ahamad tidak melakukannya maka Ahmad Said dan bekas Setiausaha Sulitnya sengaja dikaitkan dengan SMS Ugut Bunuh yang membawa kepada pemulauan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu.

Juga jika Wan Ahamad tidak melakukannya, tindakan ADUN BN daripada UMNO memulaukan DUN berkenaan tidak wajar dan tindakan sengaja berasaskan SMS yang dihantar oleh pihak tertentu yang cuba menggugat dan mensabotaj BN dan kepimpinan negeri yang diperkenan lantikannya oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Perbicaraan tiga hari sebelum ini, iaitu pada 21, 22 dan 23 September 2010 lalu di Mahkamah Sesyen menunjukkan Akaun Diguna Untuk Kes Ugutan SMS Milik Pelanggan Bernama Irwan.

Mahkamah Sesyen pada perbicaraan itu diberitahu bahawa akaun aplikasi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang digunakan untuk menghantar mesej berbaur ugutan bunuh kepada tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu diaktifkan sebelum menerima pembayaran langganan.

Pengarah Urusan Syarikat Mobile Biz Network yang memiliki aplikasi perkhidmatan OwnSms-Broadcast, Mohd Latif Kachong (gambar kiri) berkata, beliau meluluskan pengaktifan akaun untuk pelanggan bernama Irwan selepas diminta berbuat demikian oleh pemilik syarikat itu, Hazwan Abu Hassan.

Menurut Mohd Latif, pengaktifan sesuatu akaun itu sama ada belum atau telah menerima pembayaran langganan bergantung kepada budi bicara beliau.

"Hazwan meminta saya mengaktifkan akaun berkenaan untuk Irwan bagi kegunaan UMNO. Selepas mengaktifkan akaun tersebut, saya menyerahkan nama akaun dan kata laluan kepada Hazwan. Saya tidak kenal siapa Irwan," katanya ketika menjawab soalan peguam bela di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

Mohd Latif memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, iaitu setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga ADUN BN negeri itu.

Dr Ahmad Ramzi kini didakwa atas empat tuduhan menghantar ugutan jenayah menerusi SMS iaitu bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengancam mendatangkan kematian ke atas ADUN Paka, Mohd Ariffin Abdullah pada pukul 11.21 malam, 13 April tahun lalu di E726 Kampung Kubang Parit.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama ke atas dua lagi ADUN, Abd Halim Jusoh (Permaisuri) (gambar kanan) dan Datuk Rosol Wahid (Ajil) antara pukul 11.21 hingga 11.25 malam di tempat dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun.

Dr Ahmad Ramzi turut dituduh memfitnah Wan Ahamad Wan Muda, bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang kini memegang jawatan Timbalan Setiausaha kerajaan negeri dengan menghantar SMS ugutan itu menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Dr Ahmad Ramzi diwakili tiga peguam bela iaitu Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Yusoff, Ooi Chooi Gaik dan Nur Azimul Azami.

Untuk mengetahui lebih dekat perbicaraan pada 21, 22 dan 23 September 2010, lalu, sila rujuk ke entri yang disiarkan sebelum ini ( di sini, di sini dan di sini).

Wednesday 20 October 2010

Shafie DiMinta Undur Terajui UMNO Kedah...

Teganukini sudah memperkatakan isu ini sebelum ini.

Hari ini wakil Kedah mahu Shafie Afdal ditukar!

Namun, siapalah Teganukini. Entah dibaca pemimpin tertinggi UMNO blog ini atau tidak entahlah. Kalau menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini, ahli UMNO hanya wajar baca umno-online, yang lain tidak berwibawa.

Tetapi umno-online tidak akan bawa cerita seperti ini.

Persoalannya apakah perwakilan Terengganu juga akan menimbulkan perkara ini dalam ucapan perbahasan pada Jumaat ini apabila membahaskan usul – sama ada membahaskan ucapan Presiden atau juga usul ekonomi dan social atau pelajaran dan agama.

Kita tunggulah!

Menurut laporan malaysiakini, seorang pemimpin Pemuda Umno Kedah Basorri Hassan mahukan parti itu mengkaji kembali jawatan pengerusi perhubungan Kedah Datuk Shafie Apdal dan negeri pembangkang lain yang diterajui oleh bukan pemimpin tempatan.

Katanya, walaupun pemimpin berkenaan hebat dan mempunyai strategi yang baik tetapi kesibukan Shafie sebagai menteri, ahli parlimen dan naib presiden Umno menyebabkan perkara itu tidak dapat dilakukan.

"Tolong kaji balik perlantikan pengerusi perhubungan di Kedah khasnya dan di negeri-negeri pembangkang lain," kata Bassori yang juga ketua Pemuda Umno Jerai.

Berucap sebagai wakil Pemuda Umno Kedah ketika membahaskan ucapan dasar ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin, Bassori berkata walaupun mungkin ada pihak yang terguris dengan sikap berterus-terangnya itu, beliau hanya menuruti prinsip "bercakap benar walaupun pahit".


Menurut Bassori lagi, sentimen bukan orang tempatan itu setakat ini berjaya digunakan dengan baik oleh PAS yang memimpin negeri itu bagi menepis isu berbangkit, seperti masalah air.

"(Menteri Besar Datuk Seri) Azizan Razak kata, depa (Umno) nak gaduh pasal air apa, depa (mereka) bukan dok sini.

"Dan rakyat setuju," kata Bassori lagi.

Sementara itu, Shafie berkata beliau mempunyai masa yang cukup untuk membantu Umno Kedah untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.

Sambil menafikan beliau kesuntukan masa untuk ke Kedah dan menjalankan amanah selaku pengerusi Umno Kedah, beliau berkata apa yang penting ialah pemimpin di semua peringkat termasuk Pemuda berterusan turun padang melakukan gerak-kerja.

"Tidak menjadi masalah. Bukan masalah tidak cukup masa... cukup masa. Cumanya mungkin jawatan itu perlu diberikan kepada orang Kedah untuk ambil alih. Tugas saya cumalah untuk membantu.

"Saya diminta Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu Kedah. Kalau pihak pimpinan mahu kita (bantu), dengan senang hati kita akan bantu.

"Saya membantu untuk memberikan Umno (Kedah) bangkit semula supaya kita dapat merampas kembali Kedah," katanya kepada Bernama, mengulas kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno Kedah, Basorri Hassan hari ini.

Bassori dalam perbahasan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, berkata antara kekangan yang dimaksudkan perwakilan itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu sentiasa mempunyai masa yang terhad untuk menunaikan tanggungjawabnya di Kedah selain sibuk dengan tugasnya sebagai ahli parlimen Semporna dan naib presiden Umno.

Mohd Shafie juga berkata beliau tidak mempunyai masalah sekiranya diminta berundur oleh pucuk pimpinan tetapi menegaskan itu bukannya persoalan pokok yang harus dibangkitkan sekarang.

"Ini bukan tempat saya dan saya faham. Jawatan itu perlu disandang oleh orang Kedah, tapi pelantikan saya ini hanya bersifat sementara sahaja.

"Persoalannya ialah, apa yang penting ialah gerakan menjuarai kepentingan masyarakat mestilah diutamakan. Saya tidak pernah mengejar jawatan sebaliknya hanya diminta untuk membantu parti," katanya.