Tuesday 30 November 2010

SMS Menteri Besar Letak Jawatan – Apakah Idris Jusoh juga Anugerah Tuhan kepada Terengganu?

Oleh Zamzuri Damanhuri (www.citra-bangsa.blogspot.com)
Ahad, 28 November 2010

MEMBACA blog http://hambali1.blogspot.com/ hari ini membuatkan saya rasa perlu ada satu siasatan atau ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja apakah yang sebenarnya ada dalam benak (otak) mereka yang tidak habis-habis menyerang Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Atau, adakah keputusan Istana Terengganu untuk tidak melantik semua Datuk Seri Idris Jusoh selepas PRU 12, Mac 2008 yang lalu suatu kesilapan kerana Idris Jusoh dianggap oleh mereka yang menyokongnya sebagai ‘anugerah Tuhan kepada Terengganu’?

Di Kuala Lumpur, ramai yang bercakap Idris sudah dilantik menjadi Ketua Penerangan Umno Malaysia menggantikan Datuk Ahmad Maslan. Ada juga yang mengatakan disebabkan Idris ini pakar strategi, dengan dibantu bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Dr. Ramzi sudah dilantik menjadi Pengarah (IT) pilihan raya Malaysia – dengan kerjasama ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam.

Apa yang hebat Idris ini di mata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Kalau dia hebat sangat, kenapa Sultan Terengganu tidak mahu dia dilantik semula menjadi Menteri Besar Terengganu?

Datuk Seri Mohd Najib perlu tahu, Idris ini budak Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Datuk Seri Mohamad Zin Mohamad, Datuk Idris Harun dan beberapa lagi orang Tun Abdullah tersingkir sebaik sahaja Najib angkat sumpah menjadi PM.Sepatutnya Idris kena sama. Sedikit sebanyak apa yang berlaku di Terengganu dan mungkin memberi saham kepada keputusan PRU 12 yang menjunam, barangkali ada kaitan dengan apa yang berlaku di Terengganu sewaktu Idris menjadi MB.

Malangnya, Najib dan Muhyiddin mudah sangat terpengaruh dengan kertas kerja Idris. Di kalangan orang Umno, mereka tahu Idris seorang ‘kaki jual kertas kerja’. Bukan sedikit Ibu Pejabat Umno kena bayar dengan Idris untuk membuat lapuran kawasan-kawasan yang berpotensi menang dan berpotensi kalah.

Sebenarnya, BN Terengganu menang dalam PRu 11, Mac 2004 bukan kerana pengaruh atau strateji yang disusun Idris. Kalau ada orang yang bercakap itu adalah gerak kerja atau idea Idris, ia suatu pembohongan. Idris sendiri tidak perlu berbohong dengan cerita kemenangan BN di Terengganu menumbangkan PAS kerana strateginya. Mustahil, tanpa kerja kuat ketua-ketua bahagian di Terengganu, BN Terengganu boleh menang semula.

Idris layak untuk menjadi Ketua Umno Bahagian Besut! Ini jelas kerana tiada siapa di Terengganu cemburu dengan apa yang sudah Idris lakukan di Besut. Malahan, jika Idris mahu dirikan Ibu Pejabat MARA di Besut, jika mendapat keluluasan PM dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal, pun orang Terengganu tidak cemburu.

Jika Najib sudah tahu yang Idris bukan penyokongnya sejak azali lagi dan Najib boleh melihat balik rekodnya, berapa kali beliau dijemput ke Terengganu sepanjang Idris menjadi MB, sudah boleh diukur bagaimana kuatnya Idris mengampu Tun Abdullah hingga menafikan langsung hak Najib untuk ke Terengganu.

Begitu juga Muhyiddin. Janganlah kerana ada proposal yang tebal dibawa oleh Idris bertemu dengannya, dia terus bersetuju dengan idea dan strategi Idris. Umno berjaya dan kuat sebelum ini bukan kerana strategi dan kertas kerja Idris. Idris boleh membuat kertas kerja dan proposal serta menyusun strategi untuk Besut dan tidak lebih dari itu.

Tetapi, jika ada orang termasuk PM dan TPM yang terpengaruh dengan kertas kerja, proposal dan cerita Idris, ini merupakan satu kesilapan besar. Termasuklah ada orang yang mula percaya bahawa Najib sudah mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong nama Idris untuk menjadi Menteri Kewangan tetapi ditolak, juga bukan cerita benar.

Orang-orang Idris, tidak tahulah termasuk Din Adam, Dr. Ramzi dan Datuk Rosol atau tidak memang terlalu yakin dengan kebolehan Idris mencipta tamadun – tetapi orang yang dah biasa kena temberang dengan Idris, hanya ketawa dari jauh.

Najib boleh menghantar spy dan penyiasat ke Terengganu. Berjumpalah dengan beberapa bekas Pegawai Kerajaan Negeri yang terkorban dan teraniaya di tangan Idris ketika dia menjadi Menteri Besar. Siang dan malam mereka mendoakan agar Idris juga ‘terkorban’ sebagaimana mereka dikorbankan oleh Idris.

Kalau ada pun yang suka lagi kat Idris, hanyalah Geng 10 atau 10 Budak Hitam yang tidak cukup akal dan tidak sempurna akalnya. Mereka tidak rasa bersalah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mereka juga tidak berasa bersalah memfitnah dan memburuk-burukkan kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said.

Di Terengganu, Umno tidak bergolak. Tetapi sengaja dinampakkan sebagai bergolak hanya kerana mereka yang membuat onar ini mahu menampakkan bahawa Datuk Seri Ahmad Said tidak mampu menjadi Menteri Besar.

Di Terengganu, BN tidak ada masalah. Tetapi beberapa orang ADUN yang merupakan penyokong tegar Idris mencipta masalah hingga menampakkan BN di Terengganu tidak aman dan tidak tenang. Inilah yang menyebabkan PM dan TPM terpengaruh hingga menukarkan Datuk Seri Ahmad Said dari menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin pula, melantik orang-orang yang memusuhi Datuk Seri Ahmad menjadi orang-orang penting di kelilingnya. Sebelum dia mengadakan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri, Idris Jusoh dirujuknya berkali-kali seolah Idris itu Umno Terengganu dan Umno Terengganu itu Idris Jusoh.

Ini bukan cerita kosong. Ini kenyataan Hishammuddin sendiri. Banyak kali Hishammuddin keluarkan kenyataannya dalam akhbar, “saya sudah bercakap dengan Datuk Seri Idris dan boleh dikatakan setiap hari saya berhubungan dengan Datuk Seri Idris…” yang ketika itu berada di luar negara, kononnya pergi kursus tetapi ada orang yang bercakap, Idris mungkin mengatur strategi.

Idris boleh terus mengetuai Umno Besut. Itulah yang paling layak. Jadi, untuk Terengganu, PM dan TPM usahlah banyak membuang masa, melayan budak-budak jahat dengan cerita-cerita buruk mengenai Datuk Seri Ahmad Said.

Tarikh Pilihanraya Umum sudah tidak jauh lagi. Jika Datuk Seri Ahmad tidak diberikan kepercayaan dan sokongan dari Kuala Lumpur untuk mengemudikan Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, mana mungkin beliau mempunyai cukup masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan BN di Terengganu dengan lebih cemerlang lagi dari keputusan PRU 12 yang lalu.

PM dan TPM, tolaklah jauh-jauh budak-budak jahat, tidak kiralah budak-budak itu tinggi atau rendah ukurannya kerana mereka tidak cukup akal hingga menyebabkan Umno dan BN di Terengganu kelihatan sentiasa bergolak dan berkocak – padahal, mereka yang menyebabkan keadaan bergolak dan berkocak.

Monday 29 November 2010

UMNO Terengganu!!! Kebathilan Yang Didendang...

http://politikputramerdeka.blogspot.com/(Isnin, 2010 November 29)

Macam macam hal di Terengganu ni...kita ingatkan geng deris sudah tidak berkeliaran menggonggong pelbagai cerita buruk MB tok mad said, rupanya umpama duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan mereka ini yang amat berbangga dengan panggilan 10 budak hitam yang begitu biadap terhadap Sultan Terengganu dalam isu Menteri Besar suatu ketika dulu rupanya masih segar menyemarakkan sentimen kebencian dan merosak keharmonian perpaduan dikalangan ahli UMNO Terengganu.

Weii...UMNO dah tiada masa berbalah! UMNO sudah kesuntukan masa bertelagah! terimalah Qadaq dan Qadar Allah. Apa jua yang ditentukan pasti ada hikmah! suatu ketika kita meneraju, suatu ketika yang lain kita diteraju! Apa yang penting Kapal kita tetap melayari lautan luas yang cukup bergelora....jangan kita pula menebuk Kapal sendiri!!!

Jangan dicontoh sikap Anwar Ibrahim!!! kalau suatu ketika kita berjaya mencipta sejarah mengungguli pentadbiran kerajaan negeri dengan jayanya maka biarlah sejarah molek dan cantik ini tetap terpelihara dengan baik dan jangan pula tangan sendiri yang merosakkannya!!!

Cukuplah!!! Esok malam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual berlangsung dan dikhabarkan akan ada keputusan perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri negeri... Disebut nama yang kuat untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu menggantikan YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien ialah YAB Dato Menteri Besar Terengganu iaitu Tok Mad Said. Kalau itu berlaku....TERIMALAH!!! Terimalah dengan hati terbuka! buktikan kita berpolitik untuk Agama, Bangsa dan Negara bukan demi tembolok dan mabuk kuasa!!!

Sahabat blogger Semasa Terkini di citra-bangsa.blogspot.com dan Saudara Hambali di hambali1.blogspot.com ada mengupas isu politik semasa di Terengganu yang menarik untuk dibaca bagi melihat bagaimana kebathilan demi kebathilan sedang rancak didendangkan...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Posted by PUTRA MERDEKA at 20:05

Letak Jawatan? Ahmad Said Masih Menteri Besar

Datuk Seri Ahmad Said hari ini masih Menteri Besar, walaupun ada pelbagai SMS mengatakan beliau akan meletakkan jawatan petang semalam.

SMS itu sengaja dihantar dan disebarkan semakin hampirnya mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan malam ini selepas ditangguhkan malam Jumaat lalu.

Malah beliau dijadual hadir malam ini walaupun hingga petang ini mempunyai jadual ketat kerana pertandingan kapal layar Piala Pertabalan.

Yang mampu kita lakukan ialah menunggu keputusan MT malam ini sama ada Ahmad Said dilantik semula ke jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Apa pun, baca dulu entri dalam blog hambali abdul latiff (http://www.hambali1.blogspot.com/) semalam:

AHMAD SAID LETAK JAWATAN MB TERENGGANU HARI INI?


“SalamYB. Maaf mengganggu. Sy dapat info bhw esk ptg ada perjumpaan MB dgn semua ADUN. Ada maklumat diterima bhw terdpt rombakan BPUNT dan kemungkinan juga MB akan meletak jwtn. Cuma nak confirmation dd YB.”

Ini adalah SMS yang diforwardkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu pukul 21:46 (09:46) malam semalam kepada saya.


Apa yang terkandung dalam SMS ini amat jelas bahawa subjek pentingnya ialah:


1. Ada perjumpaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan semua ADUN;

2. Rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) dan;

3. Kemungkinan Menteri Besar akan letak jawatan.


Saya berminat untuk mulakan perbincangan dengan perkara ketiga iaitu kemungkinan Menteri Besar akan meletakkan jawatan.


Tetapi sebelum itu, ingin diberitahu di sini bahawa yang SMS ini asalnya dihantar oleh ‘pegawai penyiasat’ yang jelas beliau sendiri tidak pasti dan mahukan pengesahan daripada YB tersebut.

Oleh kerana YB berkenaan juga tidak tahu ‘hujang pangkal’ mengenai perkara ini, beliau pula meminta penjelasan atau maklumat daripada saya.

Berbalik kepada perkara letak jawatan ini, saya rasa SMS seperti ini sudah lebih sepuluh kali dihantar oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengganggu pentadbiran Ahmad Said.

Malah, beberapa kali Ahmad Said sudah menjawab isu ini dengan mengatakan beliau menunaikan amanah parti dan istana. Selagi tidak diarahkan sama ada oleh Sultan Terengganu atau parti yang mendapat perkenan istana beliau tidak akan melakukannya.

Ini jelas kerana Ahmad Said dilantik menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh bukan kerana beliau melobi atau mencalonkan diri sendiri seperti sesetengah ADUN Terengganu lakukan sebelum ini, sebaliknya kerana ditakdir beliau dipilih daripada ADUN-ADUN yang menang pilihan raya umum lalu.

Ahmad Said ketika pentadbiran Idris atau ketika berlakunya krisis tidak bertindak seperti sesetengah ADUN di Terengganu yang menyatakan ‘mereka adalah layak’, ‘wajar dilantik’ atau ‘mampu menggantikan Ahmad Said’ menjadi Menteri Besar.

Berita angin yang ditiupkan kononnya Ahmad Said bakal diganti bermula selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu apabila BN kecundang dan ramai yang meletakkan kesalahan di bahu Ahmad Said. Jika kita ingat kembali, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Razak ditugaskan menjamin BN menang di Kuala Terengganu dengan kerjasama UMNO dan BN Negeri.

Kebetulan ketika itu Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri adalah Ahmad Said, maka beliau mahu dijadikan kambing hitam.

Sedangkan banyak faktor menyumbang kepada kekalahan berkenaan yang kebanyakannya tidak ada kena mengena dengan Ahmad Said mahupun Najib.

Juga pada pilihan raya itu tiada pengarah khusus ditugaskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).

Selepas peristiwa berkenaan, SMS mengatakan Ahmad Said akan ditukarkan hampir berlegar setiap dua atau tiga bulan sekali. Secara khusus antara peristiwa besar yang dikaitkan dengan pengunduran, perletakan jawatan atau Ahmad Said ditukar selain selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah:


1. Peristiwa penghantaran SMS Ugut Bunuh terhadap tiga ADUN pada April 2009;

2. Pemulauan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh ADUN BN selepas tersebarnya SMS berkenaan;

3. Selepas Ahmad Said ‘diturunkan pangkat’ oleh Presiden UMNO apabila Datuk Seri Hishamuddin Hussein dilantik sebagai Pengerusi BPUNT;

4. Sinar Harian pada 28 Februari 2010 melalui satu analisis mengatakan Ahmad Said diminta lepaskan jawatan pertengahan Mac. Akhirnya pada 13 Mac 2010, Hishammuddin meminta pihak media tidak diperalatkan untuk menimbulkan persengketaan;

5. Pertengahan tahun ini kononnya Ahmad Said gagal menghadap Yang DiPertuan Agong di Jerman;

6. Terbaru sebelum SMS semalam ialah kononnya Tuanku Mizan Zainal Abidin murka dengan Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada majlis keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong selepas mengambil bahagian dalam pertandingan kuda lasak Piala Sultan awal bulan ini.


Bagi Ahmad Said, beliau sudah lali dengan SMS sebegini dan yang mampu dilakukan ialah mendamba diri kepada Allah yang menentukan nasibnya. Bagi MB Terengganu ini beliau berpegang kepada ketentuan Allah dan jika ditakdirkan hari ini atau esok beliau terus menjadi Menteri Besar itu adalah amanah dan jika sebaliknya beliau menerima dengan tangan terbuka dan penuh redha.

Perlantikan dan pertukaran Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hanya boleh dilakukan oleh Presiden UMNO.

Walaupun disebut akan berlaku pengumuman pertukaran yang akan dibuat oleh Najib pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO (MT UMNO) malam esok (30 November) tetapi hanya Najib sahaja yang tahu.

Persoalannya siapakah Ahmad Said untuk memanggil ADUN UMNO untuk mengadakan mesyuarat. Untuk apa?

Apakah kerana kecewa kerana sesuatu sebab umpamanya sekiranya tidak dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu Ahmad Said terlalu kecewa?

Ahmad Said bukan jenis orang politik macam itu. Ahmad Said tidak mengkhianati ketua dan perjuangan. Ketika Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad diserang, Ahmad Said adalah orang di barisan hadapan mempertahankan Menteri Besar Terengganu itu ketika itu.

Dan jika pun tidak memegang jawatan UMNO Negeri, Ahmad Said yang menjadi Ketua UMNO Bahagian Kemaman tetap boleh memberikan sumbangan.

Lagipun jawatan Menteri Besar bukan boleh ditukar-tukar begitu sahaja.

Ahmad Said memegang amanah dan tidak boleh melepaskan amanah hanya kerana beliau digugurkan daripada PBUNT.

Kepercayaan istana dan sokongan rakyat yang semakin kuat terhadap gaya pemerintahannya yang berslogankan MERAKYATKAN PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN perlu dipertahankan.

Dan kalaupun berpuluh lagi datang SMS mengatakan beliau akan meletakkan jawatan, Ahmad Said tidak hairan.

Yang pasti ia bukan datang daripada pembangkang tetapi mungkin daripada kalangan orang UMNO sendiri.

Lagipun, SMS sebegini tidaklah sehebat SMS Ugut Bunuh. SMS ini yang sedang dalam proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu lebih serius.

Bukan sekadar ia SMS yang cuba mencemarkan nama bekas Setiausaha Sulit Kanannya yang tempiasnya kelak akan dirasai oleh Ahmad Said.

Tetapi SMS itu menyebabkan berlakunya sabotaj bersejarah dan terulung dalam konteks UMNO dan Barisan Nasional apabila ADUN memulaukan sidang DUN Terengganu. Apakah cara ini akan menjadi ikutan di negeri lain jika wakil rakyat BN tidak bersetuju dengan Menteri Besarnya?

Mungkin kerana tidak ada hukuman atau tindakan terhadap kumpulan ADUN BN yang melakukan perbuatan sabotaj itu, SMS mengatakan Ahmad Said akan meletak jawatan terus berlaku.

Mungkin ada pihak dalam UMNO atau Putrajaya seronok melihat apa yang berlaku di Terengganu.

Persoalannya bagaimana jika suatu hari Ahli Parlimen UMNO/BN yang mengambil contoh apa yang dilakukan oleh ADUN UMNO/BN Terengganu melakukan sabotaj atau cara serupa terhadap Perdana Menteri atau Timbalannya?

Saya tidak mampu meramal dan memberikan jawapan sama ada ia akan berlaku atau sebaliknya tetapi yang jelas precendent sudah ada.

UMNO Pusat serta Putrajaya sdah ‘menghalalkannya’ kerana mereka yang mensabotaj sidang DUN itu 'bebas' daripada sebarang hukuman.
11/29/2010 04:03:00 AM tag Ahmad said, Gugur, SMS

Mengenai ada perjumpaan beliau dengan semua ADUN Barisan Nasional hari ini, ia tidak benar sama sekali kerana pengesahan daripada Setiausaha Sulit Kanannya, Encik Azman Ghani dan Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Ab Hamid, Ahmad Said akan mempunyai dua mesyuarat penting hari ini iaitu Mesyuarat Jemaah Lembaga KETENGAH dan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Tasik kenyir kali ke 3.

Pada sebelah malamnya Menteri Besar akan menghadiri Majlis Makan Malam Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).

Dan esok (30 November 2010) Menteri Besar akan ke Acara Pelayaran Coronation Cup (Piala Pertabalan). Laporan media sebelum ini menyebut Tuanku Mizan akan menyertai acara ini.

Perkara yang juga menarik dalam SMS semalam ialah rombakan PBUNT. Sungguh pelik bagaimana mereka yang menghantar SMS itu boleh mengaitkan perkara ini.

Sunday 28 November 2010

Rombakan Kabinet, MT UMNO Dan Idris Jusoh


Mingguan Malaysia semalam bertanya ‘Jadikah rombakan?’

Kenyataan Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak bahawa tiada rombakan Kabinet pada ketika ini, tidak menghentikan spekulasi mengenainya. Jika diamati kenyataan Perdana Menteri itu, beliau hanya menafikan rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat.

Namun beliau tidak menolak sama sekali kemungkinan rombakan akan tetap dilakukan. Jika bukan dalam masa terdekat iaitu beberapa hari atau seminggu dua ini, persoalannya bila?

Apakah ia akan menjadi kenyataan Disember atau Januari. Persoalan yang lebih menarik ialah siapakah dan berapa menteri yang terlibat sama ada bertukar kementerian mahupun digugurkan. Apa pula kejutan yang mungkin berlaku.

Jika Awang Selamat merasakan yang menarik siapa dan berapa menteri terlibat, Teganukini lebih berminat dengan cerita yang disebarkan oleh pihak yang terus memperjuangkan Datuk Seri Idris Jusoh supaya diberikan kedudukan lebih baik selepas digugurkan menjadi Menteri Besar Terengganu.

Kes Idris tidak jauh bezanya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar meroyan dan sudah menjadi ‘gila’ untuk teruskan misinya ke Putrajaya. Idris pula selepas digugurkan (dipecat oleh Tuanku Mizan) sebagai Menteri Besar semakin menggila untuk dapatkan jawatan di Pusat.

Idris tahu pintu untuknya di Terengganu sudah tertutup rapat, apalagi Yang DiPertuan Agong akan kembali menjadi Sultan Terengganu Jun depan.

Mahu tidak mahu dia hanya mempunyai peluang di peringkat Pusat.

Akibat kedudukan ini, jika penyokong Anwar ‘dirasuk hantu’ untuk menghantar Anwar ke Putrajaya, penyokong Idris pula melobi gila untuk membolehkan Idris diperkenankan oleh Najib untuk menjadi Menteri atau juga kedudukan baik dalam parti.

Di kalangan wartawan di Terengganu, sudah ada pihak yang berbisik kepada mereka bahawa Idris akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu sementara Datuk Seri Ahmad Said hanya kekal sebagai Timbalan.

Beberapa wartawan memberitahu Teganukini, cakap-cakap di kalangan orang UMNO ini sudah diperkatakan banyak wartawan.

Mereka mengatakan Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan Idris lebih mampu membawa kemenangan kepada UMNO/Barisan Nasional (BN) berbanding Ahmad Said pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ini kerana Idris mempunyai track record melalui Gelombang Biru memenangkan Terengganu dan mengulanginya pada pilihan raya umum ke 12 (2008) lalu.

Selain itu Idris lebih berpengalaman dengan kerja-kerja pilihan raya, termasuk di Galas baru-baru ini.

Namun, rasanya Idris bukan sekadar Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Cakap-cakap dari Ibu Pejabat UMNO menyatakan perkara lebih besar.

Idris dikatakan akan menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Setiausaha Agong sekiranya Tengku Adnan dilantik sebagai Menteri pada rombakan Kabinet yang akan dilakukan Perdana Menteri tidak lama lagi.

Walaupun ada calon lain disebut-sebut, namun nama Idris dikatakan paling menonjol. Sekali lagi nama Najib dan Muhyiddin dikaitkan dengan Idris – orang kepercayaan mereka berdua.

Kedudukan Idris yang begitu menyerlah di mata kedua pemimpin tertinggi UMNO ini sebenarnya kerana kedua-duanya tidak melihat implikasi daripada perbicaraan kes SMS UGut Bunuh yang sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Daripada keterangan saksi sejauh ini, banyak pihak kini mempercayai bahawa orang yang menghantar SMS itu sah bukan bekas Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar, sebaliknya adalah Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar iaitu Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohd Zubir.

Dan jika Dr Ramzi didakwa selepas ini dan Idris dijadikan Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu atau juga Setiausaha Agung UMNO, Idris akan menjadi liabiliti kepada parti.

Sudah pasti kedudukan Idris itu akan menjadi sasaran kempen pembangkang untuk pilihan raya umum akan datang. Mahukah UMNO mengambil risiko ini?

Najib dan Muhyiddin jangan berani bermain api. Bukan sahaja tangan mereka akan terbakar tetapi nasib orang Melayu dan Islam juga akan punah ranah jika perlantikan Idris dibuat pada ketika Dr Ramzi semakin terserlah penghantar SMS Ugut Bunuh itu.

Najib dan Muhyiddin tersilap besar jika mengambil kira sejarah Idris ketika memimpin Gelombang Biru.

Hakikatnya di Terengganu, apa sahaja yang disebut runtuh dan ranap, ia adalah pembinaan ketika Idris menjadi Menteri Besar. Meletakkan Idris kembali di puncak kuasa akan menyebabkan pembangkang, khususnya PAS akan bersorak gembira.

Juga Idris yang menjadi ‘tangan ghaib’ di belakang ADUN yang memboikot sidang DUN Terengganu April 2009 sudah ditolak ramai pemimpin dan ahli UMNO Terengganu sendiri.

Menaikkan kembali Idris umpama Najib dan Muhyiddin ‘meletakkan pisau di leher’ mereka sendiri.

Jadi, Najib dan Muhyiddin fikirkanlah. Jangan ingat Terengganu sahaja bergolak tetapi UMNO Malaysia dan kerajaan BN juga akan bergolak jika terlalu taksub dengan orang yang bernama ‘Idris Jusoh’ ini.

Yang terbaik ialah hantar dia jauh-jauh ke Eropah atau Amerika Syarikat kerana dia mendakwa dia bijak dan yang lain semua ‘cap Ayam’.

Biar dia main politik antarabangsa dan cuba menyelamatkan Malaysia daripada dikritik gara-gara tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina dan mencerca Malaysia di luar negara.

Kita lihat bagaimana Idris berdepan dengan bekas bosnya kerana Idris ketika era Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, adalah pengikut setia pemimpin yang sedang berdepan dengan kes ‘liwat’ kedua itu!

Sunday 21 November 2010

Ahmad Said Pengerusi, Idris Timbalan?

Bahagian Kedua/Akhir


Datuk Seri Idris Jusoh dikatakan akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri – jawatan yang pernah disandangnya ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang seketika jawatan itu apabila PAS memerintah Terengganu.

Walaupun Idris hanya Timbalan tetapi Abdullah memberikan ‘sepenuh kuasa’ kepada Idris untuk mentadbir UMNO dan politik Terengganu ketika itu. Bertuahnya Idris!

Kini Idris dikatakan akan mendapat semula jawatannya dan mungkin beliau akan ‘bertuah’ sekali lagi.

Persoalannya, apakah tidak ada orang lain sehebat Idris di Terengganu untuk menjawat Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu.

Tidakkan Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Ketua UMNO Hulu Terengganu), bekas Timbalan Menteri dan pemimpin UMNO yang berpengalaman atau Datuk Jidin Shafie (Ketua UMNO Setiu) yang juga bekas Exco mampu memegang jawatan berkenaan?

Kenapakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Najib Razak begitu tertarik dengan Idris sehingga memberikan ruang begitu besar kepada Ketua Bahagian UMNO Besut ini?

Apakah jika benar Datuk Seri Ahmad Said dilantik Pengerusi Perhubungan UMNO, Idris akan digunakan untuk ‘mengimbangi kuasa’ Menteri Besar Terengganu itu?

Bekas Menteri Besar Terengganu, dikatakan dilantik sebagai Pengarah Teknologi Maklumat (IT) Pilihan Raya Malaysia oleh UMNO dianggap sesuatu yang sukar dipercayai, kerana kebiasaannya, jawatan itu secara lazimnya disandang oleh Timbalan Presiden Umno, yang juga orang nombor dua dalam negara, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. (baca di sini)

Lebih mengejutkan, secara senyap-senyap Muhyiddin sudah menurunkan kuasa dan tugasnya itu kepada Idris, kerana yakin Idris yang digugurkan dari jawatan Menteri Besar Terengganu secara tidak terhormat, mampu menjalankan tugas itu dengan berkesan, sekaligus mampu menyejukkan hati Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap Idris.

Ada sumber memberitahu, Muhyiddin memang mudah kagum dengan ‘konsultan’. Kelebihan Idris pula, yang dikatakan mendapat pendidikan dari beberapa sekolah di Universiti Oxford memang mampu membawa cerita ‘konsultan’ hingga menyebabkan Idris mampu merampas kembali Terengganu daripada tangan PAS pada pilihan raya umum ke Sebelas 2004 lalu.

Selepas Najib mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri, heboh orang UMNO bercerita kononnya, nama Ahmad Shabery Cheek tercicir dari senarai menteri kabinet Najib, sebaliknya nama Idris dikatakan antara yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong.

Cerita ini boleh jadi betul dan boleh jadi tidak kerana kumpulan yang menyokong Idris di Terengganu, memang pandai dari segi psiwar . Itulah sebabnya, apabila berlaku isu penghantar sms bernada ugutan kepada tiga wakil rakyat (Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu), orang yang ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah ialah bekas Setiausaha Politik Idris dan orang kepercayaan Idris hingga hari ini, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohammad Zubir.

Di sebalik ‘keupayaan luar biasa’ Idris yang begitu dikagumi Muhyiddin dan Najib, apakah kita tidak melihat isu SMS Ugut Bunuh bagaimana orang kuat Idris – Dr Ahmad Ramzi – kini semakin jelas sebagai ‘penghantar SMS Ugut Bunuh’ kepada beberapa ADUN di Terengganu berdasarkan keterangan saksi pada beberapa prosiding di mahkamah akhir-akhir ini?

Lihat apa kata saksi-saksi berikut:

1. Salah seorang saksi dalam prosiding di mahkamah berkaitan ‘SMS Ugut Bunuh’ - Nor Irwan Zainal Abidin memberitahu mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu pada 26 Oktober lalu, beliau mengesyaki Dr Ahmad Ramzi terlibat dalam penghantaran SMS Ugut Bunuh yang menjadi isu politik di Terengganu. Ia berdasarkan kepada SMS berikut:

“Selagi boleh tolong cover aku n big bos. Aku rasa ada yang nak kenakan big bos krn isu MB ni. Aku akan cover kau, don't worry! TQ” - Demikian bunyi SMS yang diterima oleh Nor Irwan Zainal Abidin daripada Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir pada 7.05 petang pada 20 April 2009.

Nor Irwan ialah saksi kepada perbicaraan terhadap Dr Ahmad Ramzi yang merupakan bekas setiausaha politik Idris ketika menjadi Menteri Besar Terengganu, yang didakwa mengugut ADUN Paka Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh dan ADUN Ajil Datuk Rosol Wahid di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April tahun lepas.

2. Ini pula kenyataan Suhainy Ayob, Penolong Pengurus Pengurusan Maklumat Keselamatan Telekom Malaysia Berhad yang juga saksi pada prosiding pada . “Sekyen ID atau pengguna streamyx berkenaan dipunyai oleh Dato’ Ahmad Ramzi Mohd Zubir no pengenalan 720715-06-5509…pengguna ( Dr Ramzi) mula masuk pada hari Isnin 13 April 2009, masa 19.44.33 dan behenti pada hari Selasa 14.4.2009 masa 4.35.56…ini bermakna Dr Ramzi menggunakan kemudahan itu pada 13 April 2009 antara jam 7:44:55 petang hingga keesokannya 14 April 2009 jam 4.35.56 pagi.” -

Lebih mengejutkan, nama Idris turut disebut dalam perbicaraan (baca di sini) yang menggambarkan betapa jika UMNO meneruskan juga niatnya untuk melantik Idris – akan menyebabkan UMNO menanggung liabiliti berat .

Idris kini bukan sahaja sebagai ‘dalang’ kepada 10 Budak Hitam yang menentang perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar dengan membelakangi hasrat dan pilihan istana tetapi Idris juga adalah ‘perancang’ mensabotaj (baca di sini)kehadiran ADUN BN/UMNO ke persidangan DUN Terengganu, April 2009.

Apakah layak untuk dilantik orang yang mensabotaj UMNO/BN Terengganu dan pernah ‘menentang’ istana dalam perlantikan Ahmad Said sebagai Menteri Besar?

Jika Najib dan Muhyiddin berkeras mahukan Idris, alamatnya kedua-dua mereka ini sengaja mahu menggugat kekuatan UMNO Terengganu dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Jika apa-apa berlaku kepada UMNO Terengganu, yang salah bukanlah Idris tetapi Najib dan Muhyiddin.

Bersediakah mereka untuk ‘memikul biawak hidup’ seperti Idris dan manggung pula risiko untuk dipersalahkan hanya semata-mata kerana kedua-duanya kurang ‘gemar’ dengan Ahmad Said dan ‘percayakan’ Idris?

Thursday 18 November 2010

Kementerian Dalam Negeri Masih Wujudkah?

House PK (Thursday, November 18, 2010)


Isu menterbalikkan bendera, membakar bendera, memperlekehkan Lagu Negaraku, memburukkan negara di dunia luar dan banyak lagi isu isu yang dibiarakan begitu sahaja sehingga menyebabkan KDN dilebel sebagai satu kementerian yang “Dayus”.Dimanakah “King Ghaz” kedua yang diimpikan oleh segenap rakyat Malaysia sekarang?

Ghazali Shafie

Jika dinegara luar, soal kedaulatan dan kehormatan negara bererti menempa satu jalan yang sukar di putuskan, ada setengahnya sanggup mati mempertahankan kedaulatan negara.

Lihat lah betapa petriotiknya mereka, betapa sayangnya mereka pada negara dimana tanah tumpah darah mereka. Tetapi sayang seribukali sayang di Malaysia perkara ini dibiarkan begitu sahaja, sehingga kedaulatan negara dipermainkan tanpa satu tindakan yang boleh memberikan pengajaran kepada warganegara bahawa isu kedaulatan dan kehormatan buka sesuatu isu yang boleh dipermainkan.

Sebagaimana isu isu yang lalu, tindakan yang diambil hanya lah” AMARAN KERAJAAN MALAYSIA” merokok membahayakan kesihatan. Itu sahaja yang mampu dilakukan. Jika kita mendengarkan kata kata beliau, maka bergegar segala makhluk di muka bumi ini, akan tetapi hakikatnya “kosong”.


Posted by House PK at Thursday, November 18, 2010 

Baca juga komen berikut:

Anonymous said...
bro prapu, sudah tiba masanya rakan2 blogger pro UMNO lakukan kempen untuk menukar Menteri KDN ni, dan proses pemutihan secara besar besar dalam kabinet.

sampai bila lagi kita nk tunggu? aku dah xtahan. dan xtahan melihat bertapa lembab dan lemahnya menteri Islam/melayu untuk mempertahankan haknya sebagai Islam/Melayu.

November 18, 2010 6:16 PM

Anonymous said...
Kita perlu tanya dengan menteri KDN berapakah petriotiknya beliau terhadap negara atau asyik asyik hendak meminta maaf berkenaan tindakan nya. dia bukan nya seperti yang di gah gahkan malah bacul apabila penghinaan demi penghinaan dilakukan olih pembangkang terhadap sistem undang undang yang ada didalam dan di luar negeri, pengkhianat negara no 1 bebas melagukan apa sahaja yang sedap didengar olih pemimpin pemimpin barat yang benci akan negara Malaysia disebabkan iri hati mereka. peliwat tegar no wahid melakukan apa sahaja demi mengalihkan pandangan umum keatas kes liwat yang telah menampakkan kesahihan bahawa liwat benar benar berlaku dan semua bukti menunjukkan bahwa dia lah pemangsa nya dan bukan nya mangsa konspirasi.

Dari titik inilah kita harus memikirkan kedudukan dato Hisamuddin benar benar layak atau tidak menjadi Menteri KDN? Apakah dia hendak bermimpi jawatan tetapi tidak bolih menjalankan amanah yang diberikan kepada nya?

Renung renungkan lah.

November 18, 2010 6:42 PM

jalak said...
kebanyakan pekerja gomen dari parti pembangkang. jgn buat2 tak tau.

November 18, 2010 6:49 PM

Anonymous said...
Betul tu. aku paling risau kes namewee sial ni.. KDN buat diam je... tp si namewee sial ni dah buat road tour kat malaysia ni...kenapa KDN boleh lepaskan budak cina sial ni berkeliaran dalam negara kita.. mintak sangat2 jasa pihak bloggers bagi tekanan pada menteri berkenaan berkenaan kes namewee ni... boleh haru biru negara kita kalau beliau berterusan berdiam diri macam ni... rakyat nak tau ape perkembangan kes ni...

November 18, 2010 6:57 PM

blogenstarz said...
Lantik saja TS Musa Hassan bekas KPN yang lalu.Walau pun beliau tidak popular kepada sesetengah pehak,namun beliau tidak mudah menjadi LALANG atau pun KUDA kepada sesaorang.
Ketegasan beliau tidak disukai oleh ramai orang tapi PDRM banyak kejayaan.

November 18, 2010 8:11 PM

tebing tinggi said...
Kalau UMNO tidak sangup mengkorbankan pemimpin-pemimpinnya yang hanya memenohi ruang-ruang kosong dalam kabinit tetapi tidak berfungsi,maka tiada pilihan lain bagi umat melayu menjelang PRU 13 melainkan UMNO harus dikorbankan.

Biar berputih tulang,jangan sampai berputih mata.

1sekolah>1bahasa>1Malaysia

November 18, 2010 9:31 PM

Wednesday 17 November 2010

Ahmad Said Pengerusi, Idris Timbalan?

Bahagian Pertama

Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini (26 November 2010)Jumaat) dengan agenda utama dipercayai ada kaitan dengan perubahan atau rombakan membabitkan kepimpinan UMNO negeri-negeri.

Maka bermulalah cakap-cakap oleh Tukang Ramal, Tok Tilek malah ada Tok Mudim yang tidak ada kena mengenai dengan politik pun mula bercakap politik UMNO di Terengganu.

Perkara ini menjadi bualan apabila pada Jumaat 12 November lalu, Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan (gambar kiri) Tengku Mansor menyebut mengenai perkara ini walaupun mengatakan tarikh mesyuarat sebenar masih belum ditetapkan tetapi mengesahkan isu itu akan diputuskan pada satu mesyuarat MT 'akhir bulan ini'.

''Ya, isu melibatkan perubahan kepimpinan UMNO di peringkat tertentu yang dibangkitkan oleh Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dibincangkan dalam satu mesyuarat MT hujung bulan ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh berkata, tarikh tentatif mesyuarat MT itu ditetapkan pada 26 November ini namun penetapan tarikh sebenar akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan parti.

Ketika ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Selangor disandang oleh Najib, Wilayah Persekutuan dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pulau Pinang (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), dan Kedah oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO di Selangor pula disandang oleh Datuk Seri Noh Omar, Wilayah Persekutuan (Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin), Pulau Pinang (Datuk Zainal Abidin Othman) manakala di Kedah oleh Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah.

Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO, pada 23 Oktober lalu, berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

''Saya akan maklumkan bila sampai masa, tak lama lagilah. Semua kemungkinan boleh (melibatkan kepimpinan UMNO negeri)," kata Presiden parti itu.

Pengumuman perubahan itu dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UMNO negeri khususnya di negeri-negeri yang kini bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), diterajui pemimpin tempatan.

Pada Mei lalu, Najib menggesa semua pengerusi perhubungan UMNO negeri bergerak lebih aktif dalam melaksanakan program Juara Rakyat yang bertujuan mendekati rakyat bagi memahami masalah yang mereka hadapi.

Kemudian pada Ogos, beliau memberi kata dua pula kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Sehingga ini tiada siapa mampu membaca apa yang ada dalam kepala Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak akan siapa beliau lantik di Terengganu nanti.

Yang mungkin tahu adalah mereka yang rapat dengan beliau atau ketua-ketua perhubungan UMNO negeri seperti Hishamuddin, Zaid, Shafie dan Muhyiddin sendiri.

Di Terengganu, bagi yang mahu melihat Datuk Seri Ahmad Said diberikan ruang untuk mentadbir UMNO sekali lagi lagi selepas jawatan itu ‘diragut’ daripadanya dan diberikan kepada Hishamuddin – mengatakan tiada calon lain yang sesuai selain Ahmad Said.

Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu pada 14 Jun 2008 melalui pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Tun) tetapi Najib ‘menarik balik perlantikan itu’ bagi diserahkan kepada Hishamuddin pada 24 April 2009.

Ini kerana menurut mereka, Ahmad Said tidak boleh disalahkan jika Umno mengalami kemelut atau apa-apa juga kesan terhadapnya. Lagipun yang buat onar bukan Ahmad Said tetapi kumpulan 10 Budak Hitam.

Ketika Ahmad Said mengambil alih jawatan Pengerusi UMNO Negeri selepas dilantik Menteri Besar pada Mac 2008 hinggalah Hishamuddin mengambil alihnya mulai…..Ahmad Said berdepan dengan kemelut UMNO negeri yang sengaja diada-adakan oleh puak yang menentangknya.

Tangan ghaib kumpulan ini ialah Datuk Seri idris Jusoh, bekas Menteri Besar yang perlantikannya ditolak oleh istana walaupun dipersetujui MT UMNO.

Namun, ada pendapat mengatakan dengan kedudukan di mana Ahmad Said dituduh sebagai punca ‘keretakan UMNO Terengganu’ dan ‘kekalahan pilihan raya kecil Kuala Terengganu’, Najib mungkin berfikir dua kali.

Najib juga dikatakan ‘kurang gemar’ dengan kenyataan-kenyataan Ahmad Said mengenai royalti petroleum yang dilihat Najib banyak memberikan ‘peluru’ kepada pembangkang, walaupun hakikatnya apa yang disebut atau dinyatakan oleh Ahmad Said itu adalah perkara sebenar dan semuanya benar belaka!

Persoalannya benarkah kemelut Terengganu sudah selesai dan jika selesai apakah Ahmad Said sudah diterima 10 Budak Hitam atau sebaliknya?

Namun, ada juga yang bimbang jawatan itu tiba-tiba diberikan kepada mereka yang dilihat digemari oleh Najib dan Hishamuddin di Terengganu umpamanya Datuk Abdul Rahin Said yang ketika ini adalah Bendahari UMNO Negeri yang dilantik oleh Hishamuddin.

Malah, ada yang berani menghulurkan nama Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus) dan Datuk Mohd Jidin Shafie (Ahli Parlimen Setiu dan Ketua UMNO Bahagian Setiu) yang dilihat rapat dengan Muhyiddin.

Mungkin bunyinya nakal tetapi jangan sekali-kali perkecilkan pendapat politik kerana politik itu sendiri adalah permainan sebarang kemungkinan. Dengan kata lain seperti dalam kes Ahmad Said – siapa sangka beliau terpilih menggantikan Idris sebagai Menteri Besar pada ketika ada ramalan mengatakan jika Idris tidak dilantik Rahin Said akan menggantinya.

Selain Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, yang juga menjadi perbualan ialah Timbalannya. Apakah Ahmad Said akan kekal sebagai Timbalan sahaja? Ada mengatakan ‘ya’ jika ramalan ketua bahagian tertentu akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Namun ada juga cakap-cakap bahawa Idris akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi UMNO kerana rapatnya beliau dengan Najib dan Muhyiddin.

Namun ramai yang persoalkan integriti Idris selepas semakin jelas Datuk Dr Ahmad Ramzi – bekas Setiausaha Politiknya – sebenarnya yang menghantar SMS Ugut Bunuh pada beberapa prosiding di mahkamah akhir-akhir ini.

Bersambung

Friday 12 November 2010

Telekom Malaysia Sahkan Dr Ramzi Hantar SMS Ugut Bunuh

“Sekyen ID atau pengguna streamyx berkenaan dipunyai oleh Dato’ Ahmad Ramzi Mohd Zubir no pengenalan 720715-06-5509…pengguna ( Dr Ramzi) mula masuk pada hari Isnin 13 April 2009, masa 19.44.33 dan behenti pada hari Selasa 14.4.2009 masa 4.35.56…ini bermakna Dr Ramzi menggunakan kemudahan itu pada 13 April 2009 antara jam 7:44:55 petang hingga keesokannya 14 April 2009 jam 4.35.56 pagi.” - Suhainy Ayob, Penolong Pengurus Pengurusan Maklumat Keselamatan Telekom Malaysia Berhad.


Semakin terserlah sudah bahawa tiada orang lain yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) Ugut Bunuh selain Datuk Ahmad Ramzi Mohd Zubir yang memegang kad pengenalan bernombor 720715-06-5509.

Jika sebelum ini beberapa saksi sudah menegaskan bahawa Dr Ramzi yang menyewa aplikasi penghantaran SMS kepada beberapa orang yang disebut dalam perbicaraan SMS Ugut Bunuh ini, pada 10 November 2010 (Rabu), pihak Telekom Malaysia (TM) Berhad pula Rabu lalu mengesahkan Dr Ramzi menggunakan kemudahan streamyx yang disewakan daripada pihaknya untuk menghantar SMS berkenaan.

Pada proseding yang berjalan di depan Hakim M.Bakri Abd.Majid di Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu pada 10 November 2010, Suhainy Ayob, bertugas sebagai Penolong Pengurus Pengurusan Maklumat Keselamatan di Telekom Malaysia (TM) Berhad, Malaysia mengatakan pengguna streamyx yang menghantar SMS Ugut Bunuh itu memang Dr Ramzi.

Pada prosiding Rabu itu Dr Ramzi diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad, Mohd Noor Mahmood dan Rosli Abd Rahman manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tuan Ishak dibantu oleh Tuan Azimos dan Puan Ooi.

Bagi kesalahan itu, Dr Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.


Suhainy mengesahkan daripada laporan yang diterima beliau, sekyen ID atau pengguna streamyx berkenaan dipunyai oleh Dato’ Ahmad Ramzi Mohd Zubir no pengenalan 720715-06-5509.

Apabila ditanya oleh pendakwa raya beliau berkata pengguna ( Dr Ramzi) mula masuk pada hari Isnin 13 April 2009, masa 19.44.33 dan behenti pada hari Selasa 14.4.2009 masa 4.35.56.

Ini bermakna Dr Ramzi menggunakan kemudahan itu pada 13 April 2009 antara jam 7:44:55 petang hingga keesokannya 14 April 2009 jam 4.35.56 pagi.

Kembali kepada SMS Ugut Bunuh berkenaan, bilakah ia dihantar kepada Tiga ADUN yang menerima SMS berkenaan?

Lihat dahulu pertuduhan berikut:

Mengikut pertuduhan pertama, pada 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di Kuala Terengganu, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, Adun Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.

Dr Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, Adun Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, Adun Ajil, pada 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.

Bagi ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui laman web http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.

Soalnya sekarang Suhainy bukan calang-calang saksi kerana beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau menyandang jawatan sekarang sejak 2006 lagi dan mahir berkaitan sistem komputer dan internet.

Tugas beliau sekarang di TM ialah mengurus operasi sistem aplikasi yang berkaitan dengan internet selain mengesahkan pengguna streamyx.

Suhaily juga dengan tegas mengatakan pengguna streamyx pada tempoh berkenaan ialah pemilik akaun bernama Ahmad Ramzi Mohd Zubir beralamat E726, Jalan Kubang Parit, Kubang Parit, 20050 Kuala Terengganu.

Kenapa beliau begitu yakin?

Ini kerana menurut Suhaily, setiap PC mempunyai siri nombor yang tersendiri begitu juga dengan modem dan peranti komputer yang lain. Ini kerana sistem TM hanya memberikan unik IP address kepada setiap capaian dibuat kepada internet.

Malah katanya, oleh kerana ID sama digunakan dalam dalam start dan stop time, ia tidak akan terputus setiap kali digunakan, bermakna ia digunakan sepenuh masa yang disebutkan itu oleh Dr Ramzi.

Malah nombor data yang direkodkan ialah 63.53.155.148 milik Dr Ramzi.

Kembali pada perbicaraan pada 27 April 2010 lalu, isteri dan bapa mentua Dr Ramzi menafikan ada menghantar SMS kepada tiga anggota DUN BN Terengganu.

Datin Ilia Ismail, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik dan bapanya Ismail Awang Su, 70, juga menafikan ada meminta sesiapa menghantar SMS ugutan kepada tiga Adun berkenaan.

Mereka berkata demikian semasa disoal Timbalan Pendakwa Raya Shahidani Abd Aziz pada perbicaraan Dr Ramzi, yang dituduh menghantar ugutan jenayah menerusi SMS kepada tiga Adun BN Terengganu, di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu.

Amat jelas bahawa daripada pengakuan isterinya, Dr Ramzi sahaja yang menggunakan komputer riba di rumahnya pada malam itu.

Tidakkah keterangan oleh kakitangan TM ini menyerlahkan lagi bahawa yang menghantar SMS Ugut Bunuh itu ialah Dr Ramzi semata-mata dan tidak ada orang lain selain daripada dia seorang sahaja.

Untuk bacaan lanjut mengenai perjalanan prosiding, sila klik di sini.

Thursday 11 November 2010

Perubahan Kepimpinan UMNO Negeri 26 Nov?


Utusan Malaysia  12 November 2010
Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijangka mengadakan mesyuarat pada 26 November ini dengan agenda utama dipercayai ada kaitan dengan perubahan atau rombakan membabitkan kepimpinan UMNO negeri-negeri.
Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagaimanapun berkata, tarikh mesyuarat sebenar masih belum ditetapkan tetapi mengesahkan isu itu akan diputuskan pada satu mesyuarat MT 'akhir bulan ini'.

''Ya, isu melibatkan perubahan kepimpinan UMNO di peringkat tertentu yang dibangkitkan oleh Presiden parti (Datuk Seri Najib Tun Razak) akan dibincangkan dalam satu mesyuarat MT hujung bulan ini," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh ketika dihubungi berkata, tarikh tentatif mesyuarat MT itu ditetapkan pada 26 November ini namun penetapan tarikh sebenar akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan parti.

Pada 23 Oktober lalu, Najib ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO berkata, perubahan dalam kepimpinan UMNO di peringkat tertentu akan diumumkan apabila sampai masanya supaya parti itu lebih bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum kelak.

''Saya akan maklumkan bila sampai masa, tak lama lagilah. Semua kemungkinan boleh (melibatkan kepimpinan UMNO negeri)," kata Presiden parti itu.

Pengumuman perubahan itu dikatakan bagi memenuhi hasrat perwakilan yang meminta Pengerusi Perhubungan UMNO negeri khususnya di negeri-negeri yang kini bukan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), diterajui pemimpin tempatan.

Ketika ini, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor disandang oleh Najib, Wilayah Persekutuan dipegang Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pulau Pinang (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi), Terengganu (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dan Kedah oleh Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Ketika ini jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor disandang oleh Datuk Seri Noh Omar, Wilayah Persekutuan (Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin), Pulau Pinang (Datuk Zainal Abidin Othman), Terengganu (Datuk Ahmad Said) manakala di Kedah oleh Datuk Ahmad Bashah Md. Hanapiah.

Pada Mei lalu, Najib menggesa semua pengerusi perhubungan UMNO negeri bergerak lebih aktif dalam melaksanakan program Juara Rakyat yang bertujuan mendekati rakyat bagi memahami masalah yang mereka hadapi.

Kemudian pada Ogos, beliau memberi kata dua pula kepada kepimpinan UMNO Kedah dan Perlis supaya menamatkan segala bentuk persengketaan dalaman jika mahu membina jentera yang benar-benar kuat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Politik Terengganu Selepas Ahmad Said, Peluang PAS Makin Sukar?

"Bagi saya peluang PAS dan UMNO di Terengganu tetap seimbang, cuma peluang mungkin lebih berpihak kepada BN kerana beberapa faktor. Tetapi anak-anak muda yang baru kenal politik ini masih tidak berpuashati kerana mereka begitu yakin bahawa PAS Terengganu tidak ada peluang jika PAS tidak berani berubah setelah mereka melihat kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang mirip kepada politik perdamaian dan mesra PAS."



Oleh: Shuhaimi Al-Maniri (http://kalamperantau.wordpress.com)

Beberapa orang kenalan dalam PAS minta pandangan saya berhubung dengan peluang PAS memerintah semula Terengganu selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. Satu soalan cepu emas yang sukar untuk saya jawab sebenarnya.

Saya hanya memberitahu kenalan aktivis-aktivis muda PAS berkenaan bahawa saya tidak ada data terkini dan maklumat yang tepat ketika ini berhubung dengan politik Terengganu dewasa ini kerana suasana politik sentiasa berubah-ubah.

Bagi saya peluang PAS dan UMNO di Terengganu tetap seimbang, cuma peluang mungkin lebih berpihak kepada BN kerana beberapa faktor. Tetapi anak-anak muda yang baru kenal politik ini masih tidak berpuashati kerana mereka begitu yakin bahawa PAS Terengganu tidak ada peluang jika PAS tidak berani berubah setelah mereka melihat kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang mirip kepada politik perdamaian dan mesra PAS.

Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran maklumat ini mempengaruhi rakyat Terengganu atau mereka ini terpengaruh dengan dunia maya yang berlaku dalam internet, sama ada di laman-laman sesawang (homepage) atau media jaringan sosial yang baru seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Sebagai anak Terengganu, saya juga mengikuti perkembangan PAS Terengganu secara dekat dan jauh sejak kenal erti politik pertengahan dekad 1980’an yang lalu pada ketika kebangkitan semula PAS Terengganu bersama-sama dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Malah pada satu ketika sebelum PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, saya pernah meramalkan barisan kabinet bayangan kerajaan PAS di Terengganu jika PAS diberi peluang memerintah negeri berkenaan.

Tetapi saya tidak bercadang untuk menulis semula apa yang telah saya tulis dalam kabinet bayangan tersebut. Ianya bukan sahaja menjadi kenyataan tetapi saya diberitahu seorang pemimpin kanan PAS Terengganu pada ketika itu tidak begitu menyenanginya kerana namanya tidak tersenarai.
Baru-baru ini, seorang aktivis pemuda daripada mereka yang pernah membaca tulisan tersebut bertanya kepada saya, jika PAS memerintah Terengganu semula selepas ini, siapa yang akan menjadi Menteri Besar Terengganu?

Satu lagi soalan cepu emas yang ditujukan kepada saya untuk melihat reaksi saya kerana menjelang pilihanraya yang lepas saya ada menulis sepintas lalu berhubung dengan perkara ini menyebabkan tulisan tersebut sedikit kontroversi.

Kali lagi saya minta aktivis muda berkenaan membaca kembali tulisan berkenaan dalam akhbar ini (Siasah) di mana saya tidak menyebut siapa sepatutnya menjadi Menteri Besar seperti ramalan saya terdahulu (sebelum PRU 1999) melainkan saya quote pandangan beberapa pihak di dalam dan di luar PAS yang saya dengar.

Apa yang saya mampu mengatakan pada masa ini sejarah politik PAS menunjukkan peluang memerintah kerajaan negeri sama ada di Kelantan atau Terengganu hanya diberi sekali kepada sesuatu generasi pemimpin PAS selepas sesuatu kejatuhan kerajaan PAS. Kenapa ianya berlaku, saya akan bincangkan dalam tulisan yang lain. Jika masih berminat untuk mengetahui ramalan saya bagi Menteri Besar dan barisan kabinet PAS Terengganu selepas ini, saya akan melakukannya pada masa yang sesuai.

Mungkinkah PAS Tawan Terengganu PRU ke-13 nanti?

Pada saya bukan siapa yang patut menjadi Menteri Besar yang perlu dibincangkan pada saat ini tetapi mampukan PAS kembali menguasai Terengganu seperti perkiraan mudah Haji Hanafiah Ramli, Penolong Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu.

Beliau dengan yakin menyebut PAS berupaya menambahkan 9 kerusi lagi dalam pilihanraya umum akan datang terutama yang majoriti dimenangi oleh UMNO begitu tipis disamping mengekalkan 8 kerusi yang telah dimenangi oleh PAS sekarang ini.

Dilapor dengan lapan kerusi sedia ada dan ditambah yang sudah dimenangi PAS kini, ia menjadi 17 kerusi dan membolehkan kerajaan majoriti mudah dibentuk dalam DUN Terengganu yang mempunyai 32 kerusi.

Untuk rekod, 8 kerusi DUN Terengganu yang dimenangi oleh PAS sekarang adalah Rhu Rendang (Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang), Manir (Dato’ Haji Harun Taib), Wakaf Mempelam (Haji Abdul Wahid Endut), Batu Burok (Dr. Syed Azman Syed Ahmad), Bukit Payong (Mohd Nor Hamzah), Sura (Wan Hasan Ramli), Ladang (Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar) dan Bukit Tunggal (Dr. Alias Razak)

Sungguhpun Haji Hanapiah tidak menyatakan kerusi yang akan ditawan oleh PAS Terengganu dalam pilihnraya umum akan datang, pemerhati politik menjangkakan 8 kerusi DUN dimana UMNO menang dibawah 1,000 undi menjadi sasaran PAS, iaitu Paka (344), Tepuh (430), Telok Pasu (462), Chukai (769), Rantau Abang (790) Alor Limbat (799), Jabi (804) dan Pengkalan Berangan (930).

Selain 16 dari 32 kerusi DUN berkenaan, PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) juga mensasarkan beberapa kerusi lain yang mana BN menang sekitar 1,500 undi seperti Bandar (1142), Batu Rakit (1486) dan Kuala Berang (1592).

Keadaan ini menjadikan UMNO cukup risau untuk menang mudah di Terengganu walaupun terdapat usaha memperlekeh dan menidak kemampuan PAS Terengganu meralisasikan hasrat tersebut. Ketua UMNO, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut, “PAS sebenarnya tiada kubu kuat di negeri itu” dalam sebuah akhbar harian Edisi Terengganu berbahasa Melayu baru-baru ini

Dengan hujah yang agak cemas dengan situasi yang berlaku sekarang ini, istilah kubut kuat bagi beliau adalah sekiranya PAS sentiasa konsisten memenangi sesuatu kerusi dengan majoriti besar tanpa berlaku pengurangan.

Namun berdasarkan kepada beberapa pilihanraya umum sebelum ini, keadaan ini tidak berlaku. Sebaliknya kawasan yang dimenangi oleh PAS juga menunjukkan kemerosotan majoriti undi PAS yang ketara. Beliau mengambil DUN Wakaf Mempelam sebagai contoh.

“Pada PRU 1999, di Wakaf Mempelam kita (BN) kalah dengan majoriti lebih 5,000 undi, tetapi lima tahun kemudian (2004) kita hanya kalah dengan 1,000 majoriti undi. Maknanya kalau benar ia (Wakaf mempelam) kubu kuat PAS, majoriti undi tidak akan bergerak. Ia tetap berada dalam jumlah 5,000 undi sama ada berlaku tsunami, rebut, taufan, panas atau hujan, tetapi fakta menunjukkan ada kekurangan”, katanya.

Jika hujah Wan Farid ini dijadikan asas, PAS juga boleh mendakwa sebaliknya. Analisis terhadap keputusan pilihanraya umum 2008 mendapati majoriti BN merosot dengan teruk dibandingkan dengan apa yang diperolehi oleh BN pada OPRU 2004.

Cuma PAS Terengganu tidak bernasib baik sebagaimana rakan-rakan di negeri lain yang bergantung kepada swing pengundi-pengundi bukan Melayu yang tinggi. Sebab itu pemimpin-pemimpin UMNO di Terengganu tidak boleh mendabik dada Terengganu dalam genggaman mereka pada setiap kali pilihnraya.

Apa yang pasti UMNO dan BN akan bergantung kepada “talian hayat” mereka iaitu persempadanan semula kawasan pilihanraya yang akan memihak kepada mereka. Sungguhpun sejarah pilihanraya sebelum ini (1986, 1995 dan 2004), persempadanan semula kawasan pilihanraya akan membantu UMNO terselamat di Terengganu.

Kita tunggu bagaimana rupabentuk sempadan baru pilihanraya Terengganu yang dijangka akan diadakan pada tahun ini. Apakah sekali lagi ianya akan menjadi talian hayat kepada UMNO dan BN. Jika tiada pertambahan kerusi parlimen dan DUN sekali lagi selepas 20 tahun sebagaimana persempadanan-persempadanan sebelum ini ianya adalah petanda awal kepada talian hayat UMNO dan BN di Terengganu.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah