Tuesday 10 May 2011

AWAS…DHPP Sebenarnya Ejen DAP


Berhati-hati dengan kumpulan yang kononnya berbaik dengan orang Islam tetapi apabila berkuasa mereka orang pertama yang mendesak agar orang Islam dipinggirkan.

Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu dikatakan akan menggempur kawasan yang mempunyai ramai pengundi bukan Islam bagi menarik sokongan mereka terhadap Pas.

Kawasan mana yang mereka maksudkan itu?

Walaupun tidak din

yatakan tetapi sudah pasti kawasan bandar – Kuala Terengganu, Cukai, Dungun dan Jerteh.

Kita kena beritahu orang Melayu dan Islam, mereka ini talibarut DAP sebenarnya, bukan penyokong PAS.

Mereka bergerak melalui PAS untuk ‘berselindung’ dan ‘pura-pura menyokong orang Islam’.

Hati-hati! Gerakan DHPP yang baru ditubuhkan akan dirasmikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 21 Mei depan dan pastinya mereka akan cuba membuktikan kepada Hadi bahawa mereka juga ada pengaruh.

Jika ada DAP atau parti lain seperti PKR, pasti mereka tidak akan mengundi PAS tetapi untuk sementara mereka rela bergerak dan tunduk kepada serban Hadi.

Pengerusinya, Dr B Chandaran berkata kelmarin, gerak kerja itu bertujuan untuk menghadapi persiapan pilihan raya umum yang dijangka berlangsung bila-bila masa sahaja.

Menurutnya, usaha itu sedang giat dijalankan terutama membabitkan kaum Cina dan India bagi memastikan mereka bersama-sama menyumbangkan kerusi kepada pembangkang.

“Kita (DHPP) sejak dahulu sentiasa bersama dengan Pas. Kita akan gempur untuk memenangkan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

B Chandran tidak menolak bahawa kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN akan terus merudum kerana parti itu dianggap bersifat perkauman yang akan mengikis kepercayaan dalam kalangan kaum-kaum lain, khususnya bukan Melayu.

Kalau pemimpin DHPP itu meletakkan UMNO dan BN sebagai perkauman, DAP itu apa?

Bukankah parti itu mementingkan kaum Cina dan bukan Melayu serta antiMelayu dan antiIslam?

Monday 9 May 2011

Hikayat Hang Alias Dengan Sumpah Laknatnya…

Ini cerita sedap.

Cerita ini kalau tersebar ke seluruh Malaya pun tak pa. Ini mesti ada bloggernya di Kuala Lumpur yang minat!

Dalam kesibukan orang memperkatakan mengenai cabaran bersumpah gara-gara video seks antara Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbul pula satu hikayat sumpah laknat di Marang.

Lebih kurang Hikayat Marang itu berbunyi begini:

‘Alkisah pada mesyuarat Bahagian Marang baru-baru ini ada seorang pemimpin tinggi UMNO Bahagian Marang bernama Hang Alias Abdullah hadir dengan berkobar-kobar ke mesyuarat berkenaan.
Hang Alias ini, seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang pernah menjadi peguam dan mempunyai pejabat guamannya di Jalan Pejabat Kuala Terengganu telah meminta ahli mesyuarat untuk mengusulkan agar Bahagian menjadikan isu sumpah Anwar-Eskay sebagai usul.

Dia ialah ADUN Alor Limbat dan bercita-cita tinggi mahu jadi Menteri Besar. Pernah tempah baju kata satu hikayat.

Maka dengan semangat itu, bagaikan seorang panglima Hang Alias berusaha mempengaruhi mesyuarat dan beliau dengan penuh yakin mahukan agar Anwar bersumpah bahawa dialah pelaku seks dalam satu video yang sedang hangat dipertontonkan kepada rakyat Malaysia sekarang.

Tup…tup, tiba-tiba seorang kuatnya berdiri dan juga dengan lagak panglima mencabar Hang Alias. Apa katanya?:

“Kalau Hang mahu Anwar bersumpah laknak, Hang juga kena sumpah laknat.”

“Pasai apa?” tanya Hang Alias.

“Pasai hang dok jadi antara orang dalam kumpulan yang menghantar SMS Ugut Bunuh dengan menuduh SUSK Menteri Besar melakukannya. Aku cabar Hang sumpah laknat yang Hang tak buat…” tegur panglima kecil itu.

Apa jadi hikayat itu seterusnya?

Wajah Hang Alias bertukar biru, Bukan merah padam tapi biru ketu…malu…malu…malu.

Hang Alias tak menjawab dan membiarkan saja usulnya itu tidak ternahas dan tidak menjadi usul sampai habis.

Nasib baik sekadar cabar bersumpah laknat kerana usul Anwar.

Bagaimana kalau diminya bersumpah laknat kerana ada affair dengan bini orang dan kebetulan wanita itu pun orang kuat UMNO di Marang dan suaminya pun pernah jadi orang berpengaruh di Marang.

Apa hal? Nak dengar Hikayat tu?

Ada juga katanya Hikayat mengenai cap ibu jari palsu Ladang Rakyat. Nak Dengar?

Nanti dulu, kita main hikayah mengenai sumpah laknat ini dulu.

Bersambung….