Monday 26 March 2012

PAS Juga Beri Tanah Kepada Wakil Rakyat Ketika Berkuasa Di Terengganu



"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang. Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun...Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu..."
 - Ahmad Said.

Kerajaan Terengganu ketika ini mengamalkan dasar membenar setiap rakyat Terengganu berumur 18 tahun ke atas tidak kira siapa mereka termasuk wakil rakyat memohon tanah.

Mereka boleh diberi satu pilihan saja sama ada memohon untuk mendapatkan lot tanah pertanian ataupun untuk tapak kediaman.


Kerana itu tidak timbul sama ada dia seorang wakil rakyat atau rakyat biasa dan kerajaaan terbuka dalam soal ini asalkan memenuhi syarat ditetapkan.

Berikutan itu Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said semalam mendedahkan PAS pernah mengagihkan kawasan tanah yang luas kepada wakil rakyatnya ketika negeri ini diperintah oleh mereka antara 1999 dan  2004.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata PAS memberikan tanah pertanian kepada wakil rakyatnya yang ketika itu ada sehingga 50 hektar.

"Salah seorang yang menerima ialah wakil rakyat PAS ketika itu dari kawasan Dun (Dewan Undangan Negeri) Ladang.

"Bukan seekar dia dapat, malah dia boleh buka kebun limau di Durian Mentangau, Dungun.


Inilah sikap PAS yang mudah lupa dengan sikap rakusnya ketika memerintah negeri ini dulu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan e-Book kepada pelajar darjah empat di enam buah sekolah dalam Dewan Undangan Negeri Manir dekat Kuala Terengganu.


Sebelum ini Pesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa sebahagian besar wakil rakyat BN negeri ini diberi tanah dua hektar seorang dan mengandaikan pemberian tanah itu sebagai habuan yang mungkin nama mereka tidak disenaraikan untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Ahmad Said berkata beliau tidak faham dengan sikap PAS yang jelas sentiasa dengki dan suka memburuk-burukkan Umno/Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini sekarang.

Teganuku

Wednesday 21 March 2012

Yahudi - Hadi Semakin Menyesatkan Umat Islam

(Tajuk asal : Isu Yahudi - Hadi Tergelincir Daripada Landasan Islam Sebenar!!!!)

"Orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang...Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalaupenduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis. Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,
 - Prof Dr Mahmood Zuhdi. 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang sah pakar spin agama Islam untuk kepentingan pihak tertentu dan semakin pecahbelahlah umat Islam di negara ini.

Kenyataan terbarunya mengenai urusan perniagaan boleh dilakukan dengan Yahudi sangat tidak kena dengan suasana semasa dan dibimbangi akan memecah belah umat Islam.

Pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Prof Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, tindakan Hadi membuat perbandingan antara Yahudi sekarang dengan mereka yang hidup pada zaman Rasulullah SAW adalah tidak tepat.

Pandangan Hadi itu semata-mata bermotifkan politik dan untuk kepentingan pakatan pembangkang semata-mata.

Mahmood Zuhdi menganggap Hadi kini tergelincir dari landasan Islam sebenar dan seolah-olah menggadaikan perjuangan Islam.

Beliau hairan bagaimana Hadi yang selama ini tegas sanggup tunduk dan sokong musuh Islam, katanya.

Berikutan itu Hadi perlu memperjelaskan perkara sebenar dan tidak gentar kenyataan pemimpin tertentu yang menyokong Yahudi atau Zionis.

Sebagai ulama, Hadi perlu bercakap benar walaupun ia pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihan raya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.

Pandangan Hadi hari ini disokong Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mengatakan “Di dalam hadis ….jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW. Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Menurut Nik Aziz, adapun yang ditentang oleh Pas ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Selanjutnya Nik Aziz berkata: “Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel,”

Mahmood Zuhdi semalam berhujah, orang Yahudi pada zaman dahulu memiliki akhlak baik dan sanggup bekerjasama dengan pemimpin dan umat Islam berbanding sekarang.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berkata, Ahli Parlimen Marang itu mengeluarkan kenyataan sekadar menyedapkan mulut dan mengambil hati pemimpin tertentu.

“Apa dapat kita saksikan kini orang Yahudi membina penempatan haram selepas menghalau penduduk Palestin dari tanah air sendiri dengan bantuan Zionis.
Bekerjasama dengan Yahudi bererti menyokong Zionis,” tegas Mahmood Zuhdi.

Apapun, kita lihatlah bagaimana selepas ini bijak pandai Islam berhujah dalam konteks kepentingan politik dan  kepentingan kuasa mengenai Yahudi dan berdagang dengan  negara berkenaan.

Yang diharapkan, di celah-celah pendapat yang memening dan bercelaru itu ada hujah yang benar-benar berlandaskan kepentingan Islam semasa.

hambali1

Wahid Endut Tukang Tilik, Harapkan Rakyat Marah Kepada UMNO, Kerajaan

SAMA CANTIK, SAMA PADAN...Tukang Tilik Tengah Cari Ilham!!!!
Kalau jadi wakil rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen, jangan minta atau ada tanah.

Kalau dapat nanti ia berstatus ‘HABUAN’ dan habuan ini bunyinya negatif sekali.

Ia seolah-olah berdosa, cara tidak halal dan mungkin juga ikut cara tidak betul dan boleh lapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kita kena tanya ADUN PAS di Terengganu, mereka ada tanah ke tidak. Atau jika berpeluang, mereka mahu tanah ke tidak?

Juga pertanyaan, di kalangan yang memohon tanah dan diluluskan kerajaan negeri itu semuanya penyokong dan orang kuat UMNO kah?
 Kecoh dengan PAS, khususnya Pesuruhjaya PAS Negeri, Mohd Abdul Wahid Endut membuat kenyataan akhbar bahawa wakil rakyat BN menggunakan kedudukan sebagai pemimpin untuk mendapatkan tanah yang lebih luas daripada apa yang diberikan kepada rakyat umum.

Malah Wahid tidak menolak kemungkinan pemberian tanah itu dibuat sebagai 'habuan' kepada mereka yang akan digugurkan atau tidak disenaraikan sebagai calon nanti.
Apa punya spin macam tu. Wahid tahu ke siapa calon yang akan dipilih dan siapa akan digugurkan? Wahid sah seorang TUKANG TILIK…wauuuuuuuuu

Hakikat hari ini Wahid mengata kerajaan negeri dan menyindir Menteri Besar tetapi beliau sendiri tidak mampu menyelesaikan isu calon antara PAS, PKR dan DAP sehingga perlu menyerahkan kepada PAS Pusat untuk menentukannya.

Lagak Wahid yang serba tahu kadangkala menunjukkan sikap PAS lebih lebih berminat menyelak kain orang tetapi kain sendiri yang terlondeh dan tersangkut di kepala lulut dibiarkan.

Ahad (18 Mac) lalu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menjawab apa yang dikatakan sebagai kelulusan tanah kepada sebilangan wakil rakyat yang dibangkitkan oleh PASs hanya bertujuan mengapi-apikan rakyat.

"Dia (Pas) nak dedah apa, dedahlah. Mereka (wakil rakyat) pun rakyat biasa, rakyat Terengganu. Yang penting dia ikut peraturan (untuk memiliki tanah).

"Kita tak ada masalah pun. Dia (wakil rakyat) memohon (untuk dapatkan tanah). Bukan dia dapat secara haram atau apa. Hak rakyat, rakyat dapat. Dia (wakil rakyat) pun berjasa juga.

"Benda (perkara) ini kita (buat secara) mesyuarat kan? Dah lulus dan dapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian. Apa susahnya?
" Soal Ahmad Said.

Menteri Besar berkata, pemimpin Pas itu sebenarnya tidak memahami prosedur pemberian dan kelulusan tanah di negeri ini.

 "Rakyat Terengganu berhak dapat tanah. Umur 18 tahun ke atas dia dah boleh mohon (untuk dapatkan tanah). Kita bagi. Berapa ribu rakyat yang kita dah bagi?

Wakil rakyat ada 32 orang sahaja. Mereka pun nak tanah, nak rumah, nak buat kebun dan sebagainya.

"Jadi, kita bagilah (bila dah mohon). Bukan kita bagi 20 ekar seorang untuk setiap wakil rakyat. Di Johor pun pegawai tadbir boleh dapat 10 ekar tanah termasuk satu tapak rumah dan tapak pertanian
.” jelas Ahmad Said.

Di Terenggan, kerajaan bagi dua hektar saja tanah untuk tapak pertanian.

“Pegawai tadbir pun dapat, rakyat pun dapat. Ada salah? Tak salah. Kalau penuhi syarat buat apa kita nak tolak" soal Ahmad Said lagi.

Yang nyata, wakil rakyat juga berhak memiliki tanah berkenaan sebagaimana rakyat lain menerusi mesyuarat dan prosedur yang perlu termasuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah dan Galian.

Dalam tempoh tiga tahun sejak mengambil alih pentadbiran negeri, Ahamad Said berusaha menyelesaikan masalah permohonan dan tanah haram.

Sejauh ini kerajaan negeri sudah selesaikan lebih 9,000 kes tanah.

Malah beribu lot tapak rumah turut diluluskan untuk rakyat.

Jadi, apa tujuan Wahid sebenarnya?

Tidak lain dan tidak bukan hanya ‘mencerca’ kerajaan negeri dengan harapan rakyat marah.

Jelas PAS cuba mendapatkan sokongan melalui cara MENAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT walau apa cara sekali pun dan melaluinya diharapkan rakyat akan BERSIMPATI KEPADA PAS melalui cara putar belit yang banyak kali melencong daripada cara yang dibenarkan Islam.

Mungkin inilah antara modus operandi PAS yang disifatkan Ahmad Said sebagai ‘cara sesat PAS’ menagih sokongan untuk menang pilihan raya.

Teganuku

Nalla 'Kafir Harbi', Fasik menuduh Anwar Pengamal Biseksual?


Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu ...Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual..., "

"Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah...Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) .

“Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual...Saya panggil dia (Anwar) angkat saya pergi mahkamah, saya cerita, siapa punya bini dia angkat pergi (kondominium) Tivoli Villa, saya boleh kasi tahu itu nama keluar...
,"
demikian kata Senator Datuk KS Nallakaruppan bekas kawan Anwar selama 30 tahun semalam.

Apakah Nalla boleh anggap sebagai KAFIR HARBI dan FASIK, pembawa berita yang tidak benar dan wajar dihukum?


Fasik berasal dari kata dasar al-fisq, yang berarti "keluar" (khuruj). Para ulama mendefinisikan fasik sebagai "orang yang derhaka kepada Allah SWT kerana meninggalkan perintah-Nya atau melanggar ketentuannya."


Orang fasik adalah orang yang melakukan dosa besar dan sering melakukan dosa kecil.

Di dalam Al-Qur'an, kata fasik muncul dalam berbagai konteks. Kategori fasik boleh terjadi akibat dosa besar atau dosa kecil.

Adapun kategori kafir hanya terjadi akibat tidak beriman atau dosa besar yang memang dapat mengeluarkan pelakunya dari Islam, seperti syirik akbar, meyakini bolehnya meninggalkan shalat fardhu lima waktu dan dosa-dosa lain yang memenuhi syarat untuk menjadikan pelakunya kafir.

Jadi, orang fasik belum tentu kafir, tetapi orang kafir sudah tentu adalah fasik. Sebahagian ulama mazhab Syafi'i menyatakan bahawa seseorang dapAt dikatakan tidak fasik (adil) apabila kebaikannya lebih banyak dari kejahatannya dan tidak terbukti bahawa ia sering berdusta.

Allah SWT telah berfirman, yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan teliti (tabayyun) agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Q. S. Al-Hujuraat: 6)

Nalla mungkin dianggap fasik oleh pemimpin dan penyokong PAS, apa lagi dia bukan Islam. Tanya Ustaz Badrolamin di atas kategori mana Nalla ini berada.



Selain itu dalam kategori kafir mana pula Nalla ini? Kafir Harbi atau Kafir Zimmi.

Namun jika mengikut ayat di atas ‘Periksalah dengan Teliti (Tabayyun) itu, bukankah Allah meminta kita menyiasat, bukan terus menolak atau menepis hanya kerana dia kawan kita, dia berjemaah dengan kita atau kerana dia yang kita agung-agungkan untuk dijadikan Perdana Menteri?

Nalla, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Malah, Nallakarupan mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang. "Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau?




Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? " tanya Nalla.

Yang pasti, Anwar tidak berani saman Nalla kerana bimbang Nalla mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

Ditanya apakah sebabnya beliau 'muncul' semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar 'pusing' Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

Dengan pendedahan terbaru ini Anwar menjadi ‘pusing’ dan pemimpin PAS khususnya Hadi dan Musyridul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan menjadi ‘pusing’.

Untuk pemimpin PAS lain yang berfahaman Anuarisma pastinya mereka akan ‘pusing’ satu Malaysia untuk mengatakan Nalla PEMBOHONG.



Tetapi selidiklah dan jika benar  undurlah daripada bersepakat dengan Anwar.

Kuasa dan kedudukan melalui cara yang salah bukan segala-galanya dalam perjuangan kerana jika Anwar memang benar seperti disebut oleh Nalla, dia TIDAK LAYAK dan TIDAK AKAN DIRESTUI ALLAH untuk jadi Perdana Menteri!

Dan kita sebagai orang yang menyokong bermati-matian sanggupkan terbabit dengan perkara-perkara MUNGKAR walau sekecil mana pun?


Ahmad Said Tanya Apa Sumbangan ADUN Wakaf Mempelam?


“Setakat ini, apa yang wakil rakyat PAS ( Haji Abdul Wahid Endut) beri?

Ada Abdul Wahid Endut dapat peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dibawa (pembangunan) ke kampung.. kawasan dia?

Apa yang dia dapat..hanya elaun sahaja.. Ahli Parlimen lagi..Adun lagi”

Demikian ditegaskan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, pada sidang media selepas mengagihkan e-Book kepada murid Tahun Empat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)  Wakaf Mempelam, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, kelmarin (18 Mac).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Hashim Mohd Zin dan PPD Wakaf Mempelam, Wan Mahyuddin Wan Ngah.

 “Saya tawarkan dahulu 1,000 unit rumah (mampu milik)..Lepas itu kita tengok macam mana, biar (BN) menang dulu.

DUN ini sudah 33 tahun kalah. Kalau tidak mahu berubah, tidak akan berubah. Terpulang kepada orang di DUN Wakaf Mempelam untuk menentukannya, “ katanya.

Beliau berkata, permintaan bagi membangunkan 2,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu hanya akan dilaksanakan sekiranya BN kembali memenangi kawasan itu pada PRU Ke-13 nanti

 “Sebab itu Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno melantik Pegawai Pembangunan (PP) DUN bagi menjaga kebajikan penduduk termasuk di DUN Wakaf Mempelam.

“Kalau kita hendak biarkan, kita biar begitu sahaja tanpa perlu melantik PP DUN. Bagaimanapun, kita mengambil tanggungjawab itu,” katanya sebagai mengulas pelbagai kebajikan dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri di DUN Wakaf Mempelam termasuk usaha membangunkan 1,000 unit rumah mampu milik di kawasan itu tidak lama lagi.

Berikutan itu Menteri Besar mahu penduduk di kawasan yang dimenangi pembangkang perlu menilai semula bahawa segala pembangunan dan prasarana yang tersedia dan bakal dilaksanakan hanya mampu dibangunkan kerajaan BN.

Dengan perkataan lain, pembangkang tidak akan mampu memenuhi keperluan dan kehendak rakyat tempatan berbanding BN.

 Ahmad Said menjelaskan, kerajaan negeri melantik Pegawai Penyelaras DUN  bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan yang dimenangi PAS tetap terbela dan mendapat perkhidmatan terbaik.

Sehubungan itu, lapan DUN yang dikuasai pembangkang mempunyai PPD masing-masing iaitu Datuk  Wan Hisham Wan Salleh (Ladang); Datuk Che Mat Jusoh (Batu Buruk); Datuk Rosli Mat Hassan (Sura); Yusof Awang Hitam (Manir); Ismail Nik (Bukit Tunggal); Nik Dir Nik Wan Ku (Rhu Rendang) dan Wan Mahyuddin Wan Ngah di DUN Wakaf Mempelam, diberi tugas memikul tanggungjawab itu.

Tegas Ahmad Said, kerajaan BN mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan melantik PPD berkenaan, bagaimanapun ada segelintir rakyat tidak menghargai setiap pembangunan dan kebajikan yang dilaksanakan itu.

Menurutnya, bagi memastikan segala agenda pembangunan lancar, penduduk sepatutnya tidak lagi menyokong kepimpinan pembangkang yang terbukti gagal menjaga kebajikan penduduk walaupun sekian lama menguasai satu kawasan, sepertimana PAS yang sudah 33 tahun memenangi DUN Wakaf Mempelam.

Tanah - Dakwaan PAS Terpercik Ke Muka Sendiri...


Pas Terengganu barangkali terlupa bahawa di masa mereka berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.

Orang yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir.

Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang.

Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.

Beberapa hari lepas Pas Terengganu membuat dakwaan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.

Bagaimana pun bila ditanya secara lengkap oleh pemberita sewaktu sidang media berkaitan, beliau gagal menjelaskan, sebaliknya berkata tanah berkenaan yang didakwa kebanyakan di kawasan pantai Terengganu.

Sebenarnya dengan dakwaan itu akan percik ke muka sendiri kerana zaman Pas berkuasa di Terengganu kejadian ini berlaku secara berleluasa


Tanah yang diberikan kepada Dr.Sulaiman ialah Lot PT 914, Mukim Rassau, Daerah Dungun dengan katogeri penggunaan tanah ialah pertanian. No fail: PTG.TR.02/15/0105.

Oleh itu, Pas perlu ingat, pepatah Melayu,mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!!

Teganukita

Sunday 18 March 2012

"Layarilah, Carilah Negara Mana Beri e-Book Secara Percuma.." - MB

Terengganu merupakan negeri pertama di dunia yang mengagihkan e-book secara percuma kepada pelajar sekolah rendah seluruh negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Haji Ahmad Said meminta penduduk negeri ini supaya melayari internet dan mencari negara mana di dunia ini yang memberi e-Book secara percuma kepada pelajar selain dari kerajaan negeri Terengganu.


“Murninya perjuangan kerajaan Umno, walaupun dimaki dan dicaci dengan pelbagai tuduhan dan gelaran, kita tetap beri tanpa mengira fahaman politik,” katanya di majlis Penyerahan e-Book Pelajar Tahun Empat Dun Bukit Tunggal di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal, petang semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman; Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd Zin dan Pengawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Haji Ismail Nik.

Menteri Besar berkata, sehingga akhir tahun lepas 92,326 pelajar tahun Empat hingga Enam sudah menerima alat bantuan pelajar berkenaan daripada kerajaan dengan kos kira-kira RM92 juta.

Katanya, kalau dicampur dengan tiga bulan pertama tahun ini kira-kira 100,000 pelajar sekolah rendah sudah menerima e-Book, bermakna lebih RM100 juta telah dibelanjakan dalam usaha memastikan mereka cemerlang dalam pelajaran sejak program ini diperkenalkan sejak empat tahun lalu.

“Kalau nak fikirkan pasal kritikan parti pembangkang apa pun kita tak boleh buat, semuanya salah dan tidak berfaedah bagi pandangan mereka, tapi BN sebuah kerajaan bertanggung jawab berkorban apa saja demi kecemerlangan generasi akan datang,” katanya.




Seramai 271 pelajar Tahun Empat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal (152), SK Pulau Duyong (46) dan SK Bukit Tumboh (73) menerima e-Book yang disampaikan Menteri Besar bersaksikan ibu bapa masing-masing petang semalam.

Wednesday 14 March 2012

Isu G10BH - Saman Sahaja Portal Rasmi PAS Kerana Fitnah...


Terkejut juga membaca apa yang ditulis oleh teganuku dalam posting kelmarin yang memperkatakan mengenai pertemuan Geng 10 Budak Hitam (G10BH).

Terkejut bukan apa, apakah mereka masih melakukan perbuatan yang sama seperti tahun 2009 atau tidak ada kena mengena dengan perkara itu.

Kata teganuku : "Cerita banyak tak guna. Tuduhan ini berat dan bagaikan cubaan melaga-laga! Spin ke, apa ke…itu tidak penting lagi! Apa yang perlu sekarang ialah kenyataan terbuka 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ini bahawa apa yang ditohmahkan itu tidak berlaku. Dengan kata lain ia TIDAK BENAR dan BOHONG  semata-mata. Malah jika perlu boleh saman sumber berita berkenaan."

Pendapat teganuku itu benar belaka. Hanya yang TOLOL dan BANGANG yang tidak tahu membaca politik UMNO Terengganu sahaja yang mengatakan apa yang ditimbulkan oleh teganuku itu sebagai melampau atau 'tidak mengambil kira musim pilihan raya akan datang.

Kenapa demikian?

Sudah jelas berita yang dibawa oleh media rasmi PAS Terengganu ini tidak benar. 

Menurut beberapa rakan, kumpulan yang diketuai oleh Datuk Rosol Wahid itu berbincang untuk perjalanan ke Kedah sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak. Tidak ada kena mengena sama ada menyokong Datuk Seri Idris Jusoh atau sebagainya. Itu SPIN PAS TERENGGANU yang sedang lemas sahaja. 

Jadi sah sudah laporan di dua blog ( sini dan sini), bahawa pertemuan 23 Februari lalu, kira-kira jam 9 malam, di sebuah hotel dalam bandaraya Kuala Terengganu, itu tidak ada kena mengena dengan G10BH.

Kerana itu teganuku mahukan kesemua mereka yang HADIR itu mengambil tindakan sewajarnya. Apakah bentuk tindakan itu?

Pertamanya, membuat sidang media menafikan FITNAH PAS itu;

Kedua, menjelaskan bahawa G10BH sudah lama tidak wujud dan sengaja diada-adakan oleh PAS untuk menunjukkan UMNO Terengganu masih berkrisis;

Ketiga, buat repot polis mengenai FITNAH berkenaan;

Keempat, mendesak blog rasmi PAS meminta maaf secara terbuka kerana FITNAH; dan

Kelima, jika mereka enggan, SAMAN sahaja.

Kumpulan itu tidak wajar membiarkan PAS membuat FITNAH sewenang-wenangnya kerana rakyat akan percaya dengan fitnah pembangkang itu.

Adalah wajar kumpulan itu melakukannya SEGERA kerana terbukti beberapa individu itu pernah membuat laporan polis mengenai SMS UGUT BUNUH. Mereka berani hingga memboikot persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sedangkan membuat lima perkara di atas amat mudah.

Jadi kenapa tunggu dan berlengah, BERTINDAKLAH segera.

Malah, lebih afdal jika kesemua mereka melakukan satu lagi perkara, iaitu sambil menafikan menyatakan sokongan padu mereka kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Rasanya tidak sukar dan LAKUKANLAH SEKARANG!

Fariz Musa Bengang Dengan PAS Yang Tamak

 

Semakin hampir kepada rundingan pembahagian kerusi antara komponen pakatan pembangkang, semakin kalut pula mereka.

teganuku hari ini melaporkan ‘Adegan Bedil Membedil Antara PAS dan PKR, DAP Esok?’ sempena mesyuarat untuk tujuan pembahagian kerusi antara PAS, PKR dan DAP.

Di sebalik itu, baca laporan ini dengan teliti:

Terengganu PKR information chief Fariz Musa has asked the state PAS to contest in all 32 state seats “if they considered themselves great”.

Fariz said the state PAS could take on Barisan Nasional if it felt it had the strength to face the coalition in the general election.
“If PAS thinks PKR’s desire to contest some seats will affect its efforts to regain the state, then it should not involve PKR (in the elections),” he said in a report in Sinar Harian.
He said it was better for Terengganu PAS to contest all the seats if they felt they were superior and if they saw PKR as being a liability.

Fariz said several state PAS leaders were crude in their statements when they spoke about the state PKR’s intention to contest in 11 state and three parliamentary seats.

“There is no need to discuss to have a consensus on the distribution of seats between PKR and PAS. On behalf of PKR, I want to thank PAS for the remarks which were hard-hitting and humiliating.
“They can take all (the seats),” he said.

Fariz stressed that PAS had not been able to embody the spirit of co-operation in Pakatan Rakyat as it questioned PKR’s ability to contest the seats in the state.

“The leaders are under the impression that they are the pillars of the Opposition in the state and that they have better support at the grassroots level than PKR,” he said.

Fariz said it was not a crime for any party to contest a state or parliament seat in the state based on “political wisdom”.

Maknanya bukan sahaja PAS bedil PKR tetapi PKR juga kini membedil PAS!

Itulah wisdom pembangkang sebenanya! Tidak aka nada tolak ansur.

Tuesday 13 March 2012

Kenyataan Ahmad Said 'PAS Ajaran Sesat' Tepat & Benar - Zubir Embong



Saya merujuk kepada kenyataan Y.A.B. Dato’ Seri Menteri Besar mengenai bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

Kenyataan Y.A.B. ini adalah kenyataan yang mengulas kedudukan PAS sebagai parti politik. Kedua, modal yang digunakan oleh PAS dalam perjuangan politik di negara ini adalah Islam.

Tetapi Islam yang dinyatakan oleh PAS ini adalah satu kenyataan yang bersifat untuk mencari keuntungan dengan memperalatkan Islam.

Oleh kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Islam itu tidak berketepatan dengan ajaran al-quran dan juga ajaran Rasulullah s.a.w. maka dengan sebab itulah kenyataan Y.A.B. Menteri Besar bahawa PAS sebagai parti ajaran sesat adalah tepat dan benar sekali.

Sebab apabila sesuatu ajaran dalam Islam itu direka yang tidak terdapat di dalam kitab Allah iaitu al-quran dan juga sunnah Nabinya, maka kenyataan mengenai Islam itu dianggap sebagai satu bida’ah dan bida’ah itu merupakan sesuatu kesesatan dan kesesatan itu balasannya adalah neraka.

Rasulullah s.a.w. menyebut mengambil maksud bahawa sebenar-benar "pertuturan itu adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah Rasulullah s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah rekaan di dalam agama dan setiap rekaan itu merupakan suatu perkara bida’ah dan bida’ah merupakan suatu kesesatan dan kesesatan itu adalah di dalam neraka jahanam".

Maka dengan sebab itu contoh seperti PAS mengatakan halal untuk seseorang memutuskan silaturrahim hanya kerana berdasarkan pandangan politik yang berbeza.

Orang yang menyokong PAS boleh memutuskan silaturrahim dengan orang yang menyokong Barisan Nasional dan ini tiada di dalam Islam.

Dan yang kedua, mengharamkan sembelihan orang-orang Islam yang menjadi penyokong Barisan Nasional dan yang ketiga mengharamkan perkahwinan orang-orang Islam yang Imamnya yang menikahkan itu bukan daripada golongan yang menyokong PAS.

Ini di antara contoh-contoh hukum yang direka oleh pemimpin-pemimpin PAS bagi menarik perhatian dan sokongan umat Islam di negara ini.

Atas hal yang demikian kenyataan yang dikemukan oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu bahawa PAS adalah parti ajaran sesat amat benar dan tepat sekali.

Friday 9 March 2012

PAS Sudah Halakan 'Meriam' Untuk Bedil PKR

 “Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini...”  - Azman Shapawi.


Semakin terserlah sudah PKR dan PAS yang berusaha ‘tidur sebantal’ tetap gagal dan masing-masing juga terus bermimpi lain-lain.


Malah masing-masing juga kini saling tuduh menuduh bahawa di kalangan mereka ada yang mahu ‘makan banyak sedangkankan benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.


 PAS melihat PKR bernafsu besar sementara PAS pula dilihat ‘terlalu tamak’ dan mahu memegang kuasa ‘bersendirian’.

Kalau di Kedah, PAS sama PAS ‘bertembung’ sesama sendiri dan sehingga kini ‘kemelut politik’ PAS Kuala Kedah yang membawa krisis kepada pentadbiran negeri belum selesai-selesai.
Penstrukturan semula barisan Exco dan jawatan yang akan diagihkan akan menyebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak akan pening sekali lagi


Malah Jawatankuasa Pemandu yang akan ditubuhkan pun dipersoalkan oleh banyak pihak termasuk sekutu pakatan pembangkang iaitu PKR dan DAP yang melihat seolah-olah PAS Pusat mahu mendominasi pentadbiran negeri.

Apa yang berlaku di Kedah itu tidak mungkin reda hinggalah pilihan raya umum ke 13 nanti.




Di Terengganu pula, PAS dan PKR kini mula ‘menyinsing lengan’ gara-gara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang mahu ditandingi mereka.

PAS sudah menghalakan ‘meriamnya’ kepada PKR berkaitan siapa wajar bertanding di kerusi mana?


Pesuruhjaya PAS Terengganu menganggap pengumuman PKR untuk bertanding di 11 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen sebagai ‘terlalu awal’ pada ketika proses perundingan belum selesai.

Terengganu mempunyai 32 DUN (UMNO dan MCA menguasai 24 kerusi) dan 8 Kerusi Parlimen (6 BN dan 2 PAS).


Wajah PKR yang tamak dan tidak menghiraukan perasaan komponen lain sewajarnya menyedarkan penyokong PAS bahawa inilah wajah sebenar PKR.

Dengan parti seperti ini pun PAS terus mahu bekerjasama.

Sementara PAS yang juga ‘tamak’ dan bercita-cita tinggi menawan semula Terengganu berkeyakinan penuh dan meremehkan PKR apabila menyuarakan suara sumbangnya apabila mengatakan PKR perlu ‘mengukur baju di badan sendiri’.


 Apakah maknanya ini?


Jawapannya, jika belum menang atau memerintah lagi pakatan pembangkang sudah tidak sepakat, selepas pilihan raya, jika mereka menang, kerajaan yang dibentuk tidak akan stabil dan kelak akan menyusahkan rakyat.


Pandangan PAS terhadap kemampuan PKR begitu rendah sehinggakan hasratnya untuk hanya bertanding di 11 kerusi DUN dan 3 Parlimen sahaja diselar dan dikecam termasuk oleh Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi (gambar kanan) yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."


PKR diminta sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.


“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” kata Azman.


Malah, Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.


“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.


Kenyataan PKR itu dianggap membelakangkan kedudukan PAS yang begitu ‘kuat’ di Terengganu dan sewajarnya dalam perkara seperti ini PAS perlu dirujuk terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini.


Malah, pemimpin PAS di Terengganu menyatakan terang-terangan mereka terkilan dengan pendedahan PKR berkata, parti itu perlu memikirkan banyak perkara sebelum mendedahkan hasrat mereka kerana ia mungkin menimbulkan tanggapan kurang selesa terutama di kalangan petugas-petugas parti.

Thursday 1 March 2012

Anwar Rakus, Pentingkan Kroni – Shafie Afdal

“Saya masih simpan dokumen-dokumen itu (kawasan balak). Saya adalah barisan Pemuda UMNO ketika itu yang menentang perbuatan yang tidak bermoral itu...Malah Anwar juga mahukan konsesi balak di Sabah turut diberikan kepada ahli perniagaan dari Sarawak yang menjadi kroninya...” - Mohd Shafie Afdal
 
Naib Presiden Umno, Dato Seri Mohd Shafie Afdal kelmarin mendedahkan betapa rakusnya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkuasa.

Beliau mengingatkan ahli UMNO dan rakyat Terengganu supaya berhati-hati dan memberitahu rakan, sahabat, saudara terdekat dan semua ahli UMNO supaya mengetahui sifat sebenar Anwar.

Menurutnya Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan dan berkuasa, mengeluarkan supaya memberikan kawasan balak di negeri Sabah kepada kroninya.

“Saya masih simpan dokumen-dokumen itu. Saya adalah barisan Pemuda UMNO ketika itu yang menentang perbuatan yang tidak bermoral itu.

Malah Anwar juga mahukan konsesi balak di Sabah turut diberikan kepada ahli perniagaan dari Sarawak yang menjadi kroninya,” dedah beliau.

Siapakah kroni Anwar ketika itu?

Mohd Shafie sepatutnya mendedahkan dokumen yang ada padanya itu dan jangan hanya menyebutnya!

Berikutan itu beliau menyeru kepimpinan, ahli Umno dan rakyat Terengganu supaya jangan sampai lagi terlepas kuasa kepada pihak pembangkang dengan mengambil pengajaran atas penderitaan semasa kehilangan kuasa pada tahun 1999.

“Bagaimana sukarnya kita mendapatkan semula kuasa yang terlepas dan jagailah kuasa yang ada ini dengan baik-baik untuk membela rakyat,” katanya dalam satu perjumpaan dengan kepemimpinan Umno bahagian-bahagian di Kuala Terengganu kelmarin.

Beliau juga meminta supaya jentera penerangan parti dapat menerangkan kepada rakyat tentang bagaimana pemimpin pembangkang itu menyokong Israel dan pelbagai perkara yang mengancam kedudukan Islam sedang dilakukan pihak pembangkang.

Beliau meminta supaya semua barisan kepimpinan Umno di semua peringkat siap siaga untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang semakin hampir.
Kira-kira 200 orang kepimpinan Umno Terengganu hadir termasuk Ketua-Ketua Umno Bahagian dalam negeri Terengganu.