Tuesday 23 April 2013

Skandal - Kesian Mustafa Ali...Dulu Suzana Kini Video Seks, Selepas Ini?

Sehingga saat ini, Datuk Mustafa Ali enggan bersumpah al-Quran menafikan beliau aktor utama dalam Video Seks yang dikaitkan dengan pemimpin penting PAS.

Dia juga masih tidak mengakui tetapi menafi secara mahu membawa kes Video Seks yang dikaitkan dengan beliau ke mahkamah.

Samanlah tu, jawabnya nak samanlah tu!

Tetapi sebelum Mustafa menyaman seseorang, dia dah kena saman oleh UMNO hari ini kerana menuduh parti itu bertanggungjawab mengendarkan video berkenaan.

Tunggu dulu….sebelum membaca selanjutnya, tenangkan fikiran dengan lagu ini:



Suzana ( Suzana ) gadis pujaan ku Suzana ( Suzana ) gadis idaman ku Suzana ( Suzana ) engkau pilihan ku Ku merana jikalau tak bertemu ( korus 1 ) Oh Suzana mengapa Wajah mu muram saja Tiada seindah bulan Tinggi di awan Oh Suzana mengapa Wajah mu muram saja Tiada seindah bulan Tinggi di awan Suzana ( Suzana ) marilah sayang adik Suzana ( Suzana ) marilah sayang kasih Suzana ( Suzana ) harapan ku hampa Ku derita jikalau tak bersua ( korus 2 ) Gembiralah Suzana Bila kita bersua Lupakanlah derita Oh Suzana Gembiralah Suzana Bila kita bersua Lupakanlah derita Oh Suzana Suzana ( Suzana ) senyumlah sayang adik Suzana ( Suzana ) dengarlah sayang kasih Suzana ( Suzana ) janganlah kau bimbang Cinta kita tak mungkin kan terhalang Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) Oh Suzana ( Oh Suzana ) 

Sekarang kita kenali dulu siapa Suzana seperti tajuk sebuah lagu Pop Yeh-Yeh 60-an nyanyian M Osman - yang saya maksudkan.

Dia ialah Suzana binti Embong dikatakan memiliki syarikat Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan balak tanpa tender daripada Kerajaan Pas Terengganu antara 1999-2004.

Mustafa yang ketika itu Exco Kanan adalah Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu dikatakan menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan itu kepada Suzana.

Apa kaitan Mustafa dengan Suzana?

Tidak ada penjelasan hingga kini!

Menurut sebuah blog, Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja syarikat  milik peniaga berbangsa Cina yang diperalatkan oleh 'Cina Wakaf Tapai' yang dikaitkan juga sebagai kroni Mustaffa.

Wakaf Tapai terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa waktu itu iaitu DUN Pengkalan Berangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan sememang tunduk kepada Mustaffa kerana walaupun Hadi sebagai Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan kerajaan negeri adalah Mustaffa.

Hadi yang juga Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu mempertahankan Mustafa dengan mengatakan pemberian kawasan balak kepada Suzana oleh Yayasan Terengganu adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga paling tinggi.

“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi…..” katanya kepada wartawan.

"Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.

Sedangkan kata sumber dalaman itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui proses tender terbuka," demikian kata blog berkenaan.

Banyak persoalan timbul selagi Mustafa tidak menafikan kes ini sama ada dia benar-benar terlibat atau tidak.

Pertanyaan juga timbul….apakah Mustafa ada hubungan dengan Suzana

 Syak wasangka pastinya ada apabila terkeluarnya Video Seks Seorang Pemimpin PAS baru-baru ini dan secara kebetulan wajah dalam video itu mirip Mustafa.

Sebuah blog mencabar Datuk Mustafa Ali:

"JIKA BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN…INILAH SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI PEMIMPIN PAS…"

Denak lagi disebut… Ada berani ke Mustafa sumpah menyebut nama Allah dalam kes balak ini?

Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Barisan Nasional Terengganu kelmarin sudah sudah bersumpah menafikan beliau terlibat dalam skandal balak.

Mustafa bila lagi? Dua sumpah tau….satu pasal balak dan Suzana dan kedua sumpah bukan jadi aktor dalam Video Seks…Selepas ini ada lagi?

TUNGGUUUUUUU

Skandal Balak - Ahmad Said Sumpah Dengan Nama Allah Nafi Terbabit

  
“Apa yang dikesalkan, saya juga turut dikatakan terlibat dalam rasuah berkaitan `skandal’ pengagihan balak, fitnah itu jelas tidak benar dan saya berani bersumpah pada majlis ini dengan lafaz, Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.”

Pengerusi Barisan Nasional Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said  mengejutkan tetamu pada satu majlis apabila  bersumpah dengan nama Allah menafikan penglibatannya dalam skandal balak seperti yang dituduh pembangkang.

Tegasnya beliau berniat hendak ke ceramah pembangkang pada waktu malam dengan membawa al-Quran untuk bersumpah menafikan tuduhan itu namun, tiada kesempatan waktu.

"Secara kebetulan pula, pada hari ini ada program SPRM, jadi saya bersumpah menafikan tuduhan itu, saya tidak takut kerana tidak buat, ambil duit dan sebagainya (seperti yang dituduh).

"Itu bukan cara saya (untuk cepat kaya). "Saya pernah disiasat selama tiga tahun setengah oleh SPRM...tapi tiada kes (bebas), sebab itu kalau mereka nak tuduh, saya tak bimbang, pergilah lapor kepada SPRM dan tunggu SPRM lakukan siasatan...tak perlu nak berdemonstrasi depan Wisma Iman untuk main politik,” katanya. 


Menteri besar melakukan sumpah itu ketika berucap merasmikan Majlis Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Pada ucapannya itu juga beliau berkata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu akan bersumpah menggunakan al-Quran sebaik sahaja BN membentuk kerajaan selepas 5 Mei ini sebagai aku janji tidak akan terlibat dengan rasuah dan pecah amanah.

Mengumumkan demikian, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata, malah kesemua penjawat awam di jabatan dan agensi kerajaan terutama yang melibatkan urusan tender juga akan berbuat demikian.

Ini bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ketelusan pentadbiran awam di Terengganu, kata beliau. Ahmad berkata, sumpah tersebut (akuan integriti - bagi calon bukan Islam) juga bertujuan menghentikan tohmahan dan fitnah pembangkang yang kerajaan rasuah, malah menjadikannya sebagai modal politik menjelang pilihan raya umum.

"Apabila kita buat (akuan bersumpah) ini, secara tidak langsung ia akan mengikat individu tersebut dengan Allah...jika dia buat juga, dengan manusia mungkin dia lepas, tetapi tidak dengan Allah,” katanya.

Friday 19 April 2013

Ku Li Tak Makan Dipujuk Untuk Sertai Pembangkang, Setia Dengan UMNO

"Rakyat sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat."
- Tengku Razaleigh Hamzah

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus berjuang dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan janjinya untuk membela rakyat tercapai.

Beliau menolak spekulasi yang menuduh beliau akan menyertai pembangkang khususnya Pas menjelang pilihan raya umum Ke-13, pada 5 Mei depan.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyertai parti pembangkang khususnya Pas dan akan tetap bersama Umno dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya

 "Perjuangan saya dalam parti ini bukan baru, malah sejak saya muda lagi sampai ke tua hari ini masih tetap bersama Umno," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di Gua Musang hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof.

Tengku Razaleigh yang diumumkan calon BN mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang berkata, niatnya berjuang dalam Umno dan BN adalah ikhlas untuk membela nasib hidup rakyat tanpa mengejar jawatan.

"Saya menerima untuk dicalonkan semula bertanding kerusi BN Parlimen Gua Musang kerana saya masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat serta keadaan diri saya masih sihat," katanya.

Semalam. beliau menyatakan yakin dapat mempertahankan kerusi kawasan Parlimen Gua Musang berikutan rakyat masih menyokongnya serta kepercayaan yang diberikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Perdana Menteri mahu saya terus kekal menjadi calon di Parlimen Gua Musang, dengan harapan saya menggunakan pengaruh saya bagi memastikan kemenangan BN di Kelantan," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Star di Gua Musang semalam.

Tengku Razaleigh, 76, yang juga Pengerusi BN Gua Musang berkata pada mulanya beliau merasa mahu menarik diri daripada menjadi calon kerana menganggap usianya sudah tua dan hanya beliau seorang sahaja pemimpin veteran Umno yang bertanding.

Bagaimanapun disebabkan permintaan Perdana Menteri, beliau akan terus memikul tanggungjawab dengan harapan rakyat di Gua Musang terus memberi sokongan kuat kepadanya, katanya.

"Bukan saya sahaja, tetapi juga untuk tiga calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Paloh dan Galas.

"Mereka (rakyat) sudah merasai pelbagai pembaharuan dan kemajuan yang dilaksanakan kerajaan menerusi khidmat wakil rakyat BN terbabit. Kita juga boleh meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan apabila terus kekal mendapat mandat rakyat," katanya.

Pada majlis hari ini, Tengku Razaleigh berkata rakyat di kawasan itu masih memberi sokongan kuat kepadanya untuk terus memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ini dan berjanji akan memberi khidmat lebih terbaik bagi kemajuan rakyat.

"Terserahlah kepada penduduk sendiri untuk membuat penilaian mengenai segala khidmat yang dicurahkan selama ini dan mungkin selepas ini akan banyak lagi perubahan akan dilakukan untuk mencapai hasrat menjadikan Gua Musang bandar maju," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh menang dengan majoriti 4,394 undi mengalahkan calon Pas Zulkefli Mohamed.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen yang disandangnya kini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Tengku Razaleigh berkata, beliau turut menjangkakan yang positif terhadap tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Gua Musang untuk membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Mengenai kempen pada PRU-13, beliau seperti biasa akan menggunakan pendekatan sama yang digunakannya dalam pilihan raya-pilihan raya terdahulu.

"Saya akan bertemu dengan rakyat berdasarkan pemahaman dan keperluan," katanya ketika ditemui di sini, Khamis. Tengku Razaleigh berkata, beliau mempunyai jentera parti BN yang kuat dalam bersama-sama mengadakan kempen pada PRU-13.

"Orang-orang saya (jentera parti) akan turut sama menyertai mereka," katanya mengenai corak kempen beliau yang memperlihat kekuatan sepasukan bagi memenangi hati pengundi sekali gus membantu menyumbang kepada kemenangan BN.

Nyata fokus dan cara berhemah dalam berkempen oleh Ahli Parlimen yang paling lama berkhidmat sebagai wakil rakyat mulai 1969 menerima sokongan kuat rakyat terhadap corak kepimpinan di Parlimen Gua Musang.

Malah ketokohan Tengku Razaleigh sebagai pencetus pembangunan Gua Musang merupakan antara faktor utama kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

.

Thursday 18 April 2013

PKR Semakin Kantoi Di Terengganu, PAS Pula Tambah 1 Kerusi Parlimen, 2 DUN

 

Daripada www.hambali1.blogspot.com

PAS enggan melayan tuntutan daripada pemimpin tempatan mereka sendiri di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PAS Terengganu juga tidak melayan tuntutan PKR untuk bertanding di DUN Seberang Takir apabila ia menamakan calonnya yang pernah kalah, Zakaria Dagang. Ini bermakna, nafsu besar PKR untuk bertanding sekurang-kurangnya lapan kerusi DUN dan dua Parlimen tidak kesampaian.

Kali ini PKR hanya bertanding satu kerusi Parlimen iaitu di Kemaman dan empat kerusi DUN. PAS pula bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 28 bagi DUN.

Terengganu mempunyai 32 Dun dan lapan kerusi Parlimen, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini di mana sehingga Dewan Undangan Negeri dibubar, PAS memiliki satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN.

PAS hanya memenuhi tuntutan PKR untuk kerusi DUN Telemong, Permaisuri , DUN Bandar dan DUN Bukit Besi.

Bagi DUN Bandar ia akan diwakili Azan Ismail (gambar kanan)  N6: Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) (muka baru) N11: N21: Telemong - Narawi Embong (PKR) (muka baru).

Sementara di Bukit Besi (N25) pertandingan akan berlaku tiga penjuru apabila PAS turut menamakan calonnya muka baru Bukit Besi, iaitu Roslan Ismail selain Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR.

pakah ini bermakna PAS restui pertandingan tiga penjuru?

Atau apakah formula perdamaian di DUN Bukit Besi tidak mampu dicapai lagi?

Sebelum itu, tiga pemimpin PAS peringkat DUN Bukit Besi, DUN Bandar dan DUN Seberang Takir mengadakan satu sidang media, menyatakan hasrat mereka supaya calon-calon PAS dibenarkan untuk bertanding berdasarkan prestasi PAS yang lebih menonjol di DUN-DUN berkenaan.

Kelmarin, perselisihan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR begitu ketara di negeri ini dengan tindakan tiga wakil PAS itu mendesak PAS Pusat dan Perhubungan PAS Negeri meletakkan calon PAS di kerusi DUN Bandar, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Bantahan terhadap calon PKR di tiga-tiga kerusi itu dibuat oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Bandar, Ahmad Shah Muhamed; Bendahari MTD Seberang Takir, Mohd Nordin Mahmood dan Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Dungun, Naraza Muda yang turut mewakili suara di peringkat DUN masing-masing.

Bagi wakil DUN Bandar dan Seberang Takir, kedua-duanya berkeras dengan pendirian untuk menolak calon PKR kerana mendakwa potensi kemenangan lebih besar dengan meletakkan calon PAS, manakala wakil Bukit Besi, Naraza berlembut sedikit untuk menerima calon PKR sekiranya yang diturunkan itu diterima rakyat dan bukannya calon ‘bidan terjun’.

“Kami yang mewakili PAS DUN Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak supaya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membenarkan calon PAS bertanding, “ kata mereka.

Yang nyata bantahan itu tidak ke mana-mana kerana PKR akan tetap bertanding di DUN Bandar dan Bukit Besi, walaupun DUN Seberang Takir mungkin akan terus menimbulkan pertikaian.

Pada 15 Februari lalu PKR Terengganu berkata mereka bertanding di lapan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang berbanding tujuh kerusi pada pilihan raya sebelumnya.

Pertambahan satu kerusi itu dikatakan berlaku di peringkat DUN apabila lima kerusi yang dipertandingkan sebelum ini bertambah kepada enam kerusi, manakala Parlimen masih dikekalkan kepada dua kerusi.


Ketua Penerangan PKR Terengganu, Azlan Che Mat turut mendedahkan melalui sumber yang boleh dipercayai, bahawa pertambahan kerusi terbabit melibatkan DUN Bukit Besi.

Manakala di peringkat Parlimen, kata Azlan, PKR mungkin diberikan kerusi Parlimen Dungun dan Kuala Nerus. Pada PRU 2008, calon PKR di Terengganu bertanding dua kerusi Parlimen iaitu di Dungun dan Kemaman serta lima kerusi DUN iaitu Bandar, Seberang Takir, Telemong, Permaisuri dan Kota Putera, namun kesemua calon parti itu tewas di tangan calon Barisan Nasional.

Walaupun PAS Terengganu pada Rabu (17 April 2013) mengatakan akan menilai permintaan dari beberapa DUN yang mendesak supaya dibenarkan calon-calon PAS bertanding dalam di DUN terbabit pada pilihanaya umum kali ke-13 (PRU-13), ia bagaikan di muktamad oleh Hadi semalam..

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS negeri Terengganu Ariffin Deraman (gambar atas), berkata kelmarin pertikaian akan dibawa kembali ke meja perundingan dengan pihak PKR bagi memastikan tidak berlaku tidak berlaku sebarang pertindihan.

Beliau yakin, isu tersebut akan dapat diselesikan tanpa sebarang 'perbalahan' kerana menurutnya perkara tersebut boleh diselesaikan.

Katanya lagi, PAS Terengganu telah membuat keputusan dan menyerahkan perkara berhubung dengan pembahagian kerusi kepada pihak pusat dan calon-calon bagi krusi parlimen telah pun diselesaikan.

Kita akan ketahui kesan awal pertelingakahan ini esok apabila penamaaan calon ditutup dan di mana PAS serta PKR bertanding.

Apakah akan muncul calon Bebas dan pertanding sesame sendiri di kalangan mereka akibat tidak berpuas hati?

Wednesday 17 April 2013

Asal Bukan Ahmad Said...Yang Kantoi Carilah Jawapan Sendiri!!!

Oleh Panglima Gunung Tebu
 

Bahagian Ketiga

Yang nyata, slogan Asal Bukan Ahmad Said sudah tidak ada maknanya lagi! Yang kantoi ternyata bukan Ahmad Said!

Dah 'baham tanah'! Cubaan untuk menggagalkan Datuk Seri Ahmad Said tidak berjaya. Kumpulan itu jelas tidak berdaya kerana Ibu Pejabat UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Kuala Lumpur lebih tahu menilai yang mana permata dan yang mana kaca! Lagipun takdir Allah s.w.t. telah menetapkan begitu - Ahmad Said akan terus bertanding di DUN Kijal selain mengemudi jentera BN Terengganu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Menangislah walau keluar air mata darah sekali pun jika Allah tidak menizinkan doa dan cubaan sabotaj terhadap Ahmad Said itu, ia tidak akan berlaku. Maknanya kantoilah geng-geng yang cuba menjatuhkan Pengerusi BN Terengganu itu dalam pilihan raya kali ini.

Sama ada melalui Facebook, blog atau sms dan sebagainya, kempen kumpulan berslogankan Asal Bukan Ahmad Said tidak berjaya.

Kini pertanyaan disasarkan, apakah beliau akan terus menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei nanti.

Ia pastinya sukar dijawab oleh sesiapa pun.

Namun bagi Ahmad Said, soal beliau jadi MB atau tidak itu tidak penting ketika ini. Lagipun falsafahnya ialah 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'.

Bagi Ahmad Said, yang penting ialah BN menang lebih besar daripada PRU12. BN mahu menawan balik Parlimen Kuala Terengganu serta beberapa DUN yang dikuasai PAS selain mengekalkan 28 kerusi DUN yang dimiliki sekarang. Misi BN Terengganu ialah menang besar hasil sokongan rakyat untuk kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Kerana itu, BN Terengganu yang mematuhi tauliah calon yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat BN Pusat terpaksa menerimanya dengan tangan terbuka kerana calon-calon yang dikemukakan itu adalah calon yang boleh memenangkan BN.

Selepas penamaan calon di kediaman Rasmi Menteri Besar di Kuala Terengganu kelmarin, ada bersimpati dengan penyandang yang digugurkan.

Malah ada menyatakan rasa tidak puas hati kerana bekas wakil rakyat yang dianggap berjasa dan berpengaruh turut digugurkan seperti Datuk Rosol Wahid di DUN Ajil.

Malah ada yang mempertikaikan beberapa muka baru yang dilihat mereka sebagai pengganti di beberapa DUN yang pernah diwakili ’10 Budak Hitam’.

Siapa ’10 Budak Hitam’ itu?

Berdasarkan gambar di atas, ia menyatakan segala-galanya!

Ada soalan dikemukakan seorang wartawan kepada Ahmad Said ketika sidang media selepas pengumuman nama calon semalam.

Soalannya ialah apakah dengan pencalonan kali ini akan melenyapkan kumpulan ‘Budak Hitam’ berkenaan?

 Ahmad Said menjawab selamba: ‘Ada yang dikekalkan dan ada yang digugurkan. Yang penting BN Terengganu akan tetap utuh.”


Bagaimanapun ada kalangan bekas ‘Budak Hitam’ tetap kekal bertanding pada PRU13 ini termasuk Alias Abdullah di Alor Limbat, Wan Hakim Tan Sri Wan Mokhtar di Air Puteh , Ramli Nuh di Bukit Tunggal dan Pahemi Yusof di Jerteh. Ini bermakna bahawa tidak semua Budak Hitam gugur tetapi hanya 60 peratus.

Ada bertanyakan apakah ini kerja Ahmad Said?

Jawapan paling senang kepada pertanyaan itu ialah siapa tanda tangan surat tauliah. Apakah kali ini Pengerusi BN Negeri berkuasa penuh menentukan calon seperti ketika PRU 2004 dan PRU 2008?

Selain itu, ada faktor lain menyebabkan ada yang gugur khsuusnya di Parlimen Setiu, yang semuanya berubah kepada muka baru. Pencalonan untuk kawasan Setiu mengejutkan kerana perubahan terbesar apabila hanya Datuk Mohd Jidin Shafiee sahaja yang kekal tetapi beliau tidak bertanding untuk kerusi Parlimen sebaliknya bertanding di DUN Permaisuri.

Ini bermakna empat penyandang digugurkan di DUN Jabi, DUN Permaisuri, DUN Langkap yang sebelum ini diwakili bekas Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Asha'ari Idris dan DUN Batu Rakit diwakili bekas Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan, Khazan Che Mat. Kini muka baharu bagi kerusi Parlimen Setiu ialah Che Mohamad Zulkifly Jusoh serta Mohd Iskandar Jaafar (Jabi), Saberi Mohd Nor (Langkap), Bazlan Abdul Rahman (Batu Rakit) dan Jidin di DUN Permaisuri.


Mengulas mengenai perubahan di Setiu, Ahmad Said  berkata, perpaduan memainkan peranan yang penting bagi memastikan kemenangan BN.

Masih ingat dengan pemulauan Mesyuarat UMNO Bahagian yang ‘memalukan’ apabila sekumpulan pemimpin UMNO Bahagian memulaukan mesyuarat berkenaan walaupun yang hadir Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin? Iktibar daripada pencalonan untuk kali ini ialah, sesiapa juga yang cuba mensabotaj BN dan UMNO akan menerima padahnya.

Jika ‘Budak Hitam’ memulaukan Sidang DUN Terengganu dengan ‘SMS Ugut Bunuh’ sementara sekumpulan pemimpin Bahagian UMNO Setiu ‘memulaukan’ mesyuarat Bahagian UMNO Setiu, padah sebenarnya dirasai apabila pengumuman calon dibuat.


Ahmad Saidkah yang bertindak balas terhadap mereka?

Jawapnnya tidak. Ibu Pejabat UMNO dan BN mempunyai ‘otak yang mementingkan perpaduan dalam UMNO dan BN’.

Pepatah Melayu ada menyebut, ‘biar pecah di perut, jangan pecah di mulut’ dan jika pemimpin UMNO dan Melayu yang beragama Islam tidak mengindahkan ‘larangan sedemikian’ maka balasannya ialah jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.

Amat jelas kini ‘nila’ itu dibuang awal-awal agar tidak berlaku lagi atau wujud lagi kumpulan ‘Budak Hitam’ dan ‘kumpulan memencilkan diri daripada Mesyuarat UMNO Bahagian’ di masa-masa akan datang.

Jadi bagi sesetengah yang tidak terpilih mewakili BN kali ini, jangan cepat menuding jari. Tanya diri sendiri - mungkin mereka sendiri ada jawapannya.

Bersambung

PAS Tolak Calon ‘Bidan Terjun PKR’, Pertelagahan Belum Diselesaikan….

Tiga pemimpin mewakili ahli dan penyokong PAS dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menyuarakan hasrat, mendesak supaya pemimpin PAS negeri Terengganu dan pemimpin PAS Pusat membenarkan calon-calon PAS bertanding di kawasan terbabit.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masing-masing bergelut untuk mendapatkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu iaitu DUN Bukit Besi, DUN Bandar dan DUN Seberang Takir.

Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun lebih awal mengumumkan calon di empat DUN iaitu di Telemong (Narawi Embong), Permaisuri (Wan Mokhtar Wan Ibrahim) serta DUN Bandar (Azan Ismail) dan Bukit Besi (Mohd Shamsul Mat Amin) yang turut dituntut PAS.

Terdahulu tiga calon PAS yang berhasrat untuk bertanding di Bukit Besi, Seberang Takir dan Bandar mendesak PAS pusat dan negeri untuk mencalonkan mereka dengan alasan PAS boleh menang di situ.

Calon PAS yang dijangka bertanding di DUN tersebut ialah Naraza Muda (Bukit Besi), Mohd Nordin Mahmood (Seberang Takir) dan Ahmad Shah Muhamed (Bandar).

Naraza ialah Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Besi Muda, Ahmad Shah ialah Pengerusi MTD Bandar sementara Mohd Nordin ialah Bendahari MTD Seberang Takir.

Mereka menegaskan, ahli-ahli dan penyokong PAS menolak calon-calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diumumkan itu. Ini kerana mereka bersifat 'bidan terjun' kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera PAS.

"Kami yang mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dun Bukit Besi, Dun Seberang Takir dan Dun Bandar dengan ini mendesak supaya PAS Pusat dan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu membenarkan calon-calon dari PAS bertanding di kerusi-kerusi N.23 Bukit Besi, N.11 Seberang Takir dan N.14 Bandar.

"Kami menolak calon-calon dari PKR yang bersifat 'bidan terjun' kerana tiada gerak kerja dan hubungan dengan jentera PAS yang telah bertapak lama di Dun-Dun tersebut,"ujar mereka dalam satu sidang media yangg diadakan di pejabat PAS, di Jalan Sultan Omar dekat Kuala Terengganu semalam.

Menurut laman rasmi PAS Terengganu, Buletinonline, namun begitu, mereka menolak ia adalah suatu tindakan yang bersifat menentang keputusan yang telah diambil, memandangkan belum ada keputusan rasmi pengumuman rasmi dari kepimpinan PAS berkenaan kedudukan DUN-DUN terbabit.

Mereka juga menolak tanggapan, desakan mereka itu akan menimbulkan 'pergeseran' dengan PKR, kerana menurut mereka, sebagai ahli PAS yang menjadi salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, mereka berhak memberikan pandangan untuk dinilai oleh pimpinan.

"Ini hak kami sebagai pengundi........di DUN masing-masing itu kita boleh (suarakan), semangat demokrasi dalam PAS membenarkan kita ahli-ahli melontarkan sebarang pendapat, tidak timbul soal bercanggah (dalam Pakatan Rakyat),"

 "Kalau kami engkar selepas keputusan rasmi pengumuman calon dibuat, itu (baru boleh dikatakan sebagai) kami engkar dan kami membuat keputusan yang becanggah,"jelas Naraza.

Beliau berkata, tidak ada niat untuk menimbulkan perbalahan dengan PKR, tetapi pemimpin perlu menerima realiti yang berlaku setempat dan berharap pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat menerima desakan tersebut.

Sementara itu, Nordin Mahmud yang mewakili DUN Seberang Takir berkata, hakikat sebenarnya tidak ada satu pun ranting PKR dalam DUN tersebut. Dr Wan Azizah mengakui wujud pertindihan mengenai pengumuman calon di Terengganu. “Perkara tersebut masih dalam perundingan.

Kita hanya tunggu mandat daripada Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada majlis pengumuman penamaan calon empat DUN Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

Wan Azizah berkata dua lagi kerusi DUN iaitu Seberang Takir dan Kota Putera akan diumum dalam masa terdekat. PKR dan PAS mengadakan dua sidang media berasingan kelmarin masing-masing bertegas untuk menampilkan calon-calon parti mereka di tiga DUN tersebut.

Dalam pada itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan mengumumkan senarai calon hari ini.

Sunday 14 April 2013

82 Peratus Calon Barisan Nasional Muka Baru - Najib


Barisan Nasional (BN) menurukan 82 peratus calon muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) termasuk 49 peratus di peringkat kerusi Parlimen.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, daripada 82 peratus itu, 33 peratus akan diletakkan di kawasan Parlimen dan 49 peratus di kawasan Dun.

Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Kata Najib, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang BN kalah pada PRU 2008. Beliau menyifatkan senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) kali ini adalah yang terbaik pernah dibariskan dengan mengambil kira aspirasi rakyat mahu melihat perubahan.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.

"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN.

"Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

"Umno juga akan buat esok pagi, secara serentak... dan meletakkan 82 peratus calon baru berdasarkan kehendak rakyat," kata beliau selepas Majlis Penyerahan Surat Tauliah BN di PWTC hari ini.

Perdana Menterimengulangi gesaan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih agar terus memberi sokongan kepada parti bagi memastikan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 5 Mei depan.

Katanya, pemimpin-pemimpin yang tidak terpilih itu bukan bermaksud mereka tidak menyumbang, tetapi ia merupakan satu perubahan sebagaimana dikehendaki rakyat yang mahukan banyak muka baru ditampilkan.

Friday 12 April 2013

Asal Bukan Ahmad Said...3 Ahli Parlimen, 2 Exco Gugur!

Oleh Panglima Gunugn  Tebu

Bahagian Kedua 

Cerita Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memang hebat.


Menjadi tumpuan hinggakan blogger terkenal RBF turut mengulas: Kata RBF kelmarin, Di Terengganu pula desas-desus mengatakan MB, Datuk Seri Ahmad Said tidak dicalonkan telah kedengaran sejak seminggu lepas. Bagaimanapun Datuk Seri Ahmad Said telah menafikan perkara itu. Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia di Terengganu adalah yang paling kuat gosip kedengaran.

Macam-macam cerita dari Terengganu.... Gosip-gosip yang tersebar mengatakan seorang muka baru, yang juga seorang ahli perniagaan dari Hulu Terengganu, HA Zakry akan diletakkan bertanding di Dun Kuala Berang dan bakal dilantik sebagai MB Terengganu. 

Mengikut maklumat penduduk setempat, HA Zakry kini setiap hari giat pergi ke segenap kawasan dalam Dun berkenaan memperkenalkan dirinya dan menyatakan kepada orang ramai bahawa Datuk Najib telah mengesahkan kepada beliau sendiri yang beliau akan dicalonkan. Wow hebat....Kalau tak jadi kenyataan jangan pula sabotaj parti ya....Nantikan pergi beritahu orang ramai pula yang Datuk Najib suruh sabotaj.” 

Kita tidak tahu nujum mana yang dicari RBF sampai begitu jauh hingga ke Kuala Berang mencari calon Menteri Besar.

Sedangkan kalau duduk di lobi atau coffee house Primula pun untuk dapat 13 nama bakal Menteri Besar tidak susah.

Datang lima orang bawa tiga  nama setiap orang dah cukup…dah 15 nama Menteri Besar.

Kalau inilah gayanya, nanti pening kepala pihak yang akan ‘memperkenankan perlantikan Menteri Besar’ untuk memilih nama-nama berkenaan.

Habis kalau tak nak pening, kekalkan yang dah ada habis cerita. Akhirnya Ahmad Said juga yang terpilih?

Mengenai isu calon BN Terengganu, menurut Ahmad Said, ia sudah diselesaikan selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, oleh itu ia bukan lagi menjadi halangan dan kebimbangan kepada parti untuk bertanding.

"Senarai nama telah lengkap.Cuma tidak boleh nak beritahu lagi kerana takut saat-saat akhir ada pertukaran. Dalam politik ini, apa sahaja boleh berlaku kecuali bila serah, baharu isytihar kepada calon," katanya.

Orang ramai khususnya penyokong BN tidak wajar mempercayai khabar angin berkaitan calon yang bakal bertanding kerana ia boleh mengusutkan keadaan.


Apapun khabar angin dan ramalan ‘dukun pilihan raya’ tidak dapat disekat.

Senarai yang diedarkan kepada orang ramai oleh ‘tangan ghaib’ menyebut sekurang-kurangnya empat Ketua UMNO tidak bertanding. Ia termasuk Ketua UMNO Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said, Ketua UMNO Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan, Ketua UMNO Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafie, Ketua UMNO Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri. 

Ketua UMNO Bahagian yang bertanding ialah Datuk Seri Idris Jusoh akan bertanding di kerusi Parlimen Besut, Datuk Tengku Putera Awang di Dewan Undangan Kuala Berang dan Ketua UMNO Bahagian Marang dmempertahankan kerusi DUN Pengkalan Berangan.

Amat jelas sekurang-kurangnya tiga  ahli Parlimen akan digugurkan dan Ahmad Said sebagai Ketua UMNO Kemaman, langsung tidak bertanding dan automatik tidak menjadi Menteri Besar.

Ramalan-ramalan menyebut, bagi Parlimen Kuala Nerus, bekas Exco, Datuk Ahmad Razif akan bertanding di Kuala Nerus dan tempatnya di DUN Seberang Takir akan diambil alih oleh muka baru.

Sementara Parlimen Setiu akan diambil alih oleh bekas Exco, Khazan Che Mat, sementara Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Kemaman dan Dungun akan dikekalkan.

Bagi Parlimen Marang, Datuk Dr Abdul Latiff Awang akan kembali sementara pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Zubir Embong akan bertanding di Kuala Terengganu.

Sementara ramalan turut menggugurkan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Terengganu, Ashaari Idris (kiri) di DUN Langkap dalam Parlimen Setiu yang akan memperkenalkan muka baru.

Satu lagi DUN akan memperkenalkan muda baru ialah Batu Rakit.

Dua lagi kerusi DUN dalam Parlimen Setiu dijangka akan dipertahankan calon lama.

Di Besut, dua muka baru akan diperkenalkan di Hulu Besut dan Jertih. Seorang lagi Exco yang akan digugurkan ialah bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said (kanan) di mana tempatnya di DUN Teluk Pasu akan diambil alih oleh muka baru.

Yang disebut-sebut ialah Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamarul Amin selain seorang jurutera dikatakan akan bertanding di DUN BUKIT Tunggal.

Bagi DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu, dikatakan semuanya akan diperkenalkan muka baru termasuk di DUN Wakaf Mempelam, di DUN Ladang dan DUN Batu Buruk kecuali Datuk Toh Chin Yaw di DUN Bandar yang diwakili MCA.

Kawasan itu perlu terus diwakili kaum Cina menerusi penyandangnya bagi memastikan kebajikan mereka kekal terbela dan juteru itu, Ahmad Said berkata kaum Cina harus memberi sokongan padu kepada Toh yang juga Pengerusi MCA negeri, bagi menjamin suara kaum Tionghua terus diwakili pada peringkat kerajaan negeri.

DUN Bandar yang terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu-satunya kerusi tradisi yang ditandingi MCA di negeri itu.Pada pilihan raya umum 2008, Toh mempertahankan DUN Bandar dengan majoriti 1,142 undi mengatasi calon PKR Dr Abdul Manaf Che Mat.


"Kalau MCA kalah kerana orang Cina tidak beri sokongan, maknanya orang Cina tiada wakil. Ini bukan soal parti, ini soal wakil masyarakat Tionghua dalam DUN," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat Barisan Nasional negeri, di Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Beliau mengulas perkara itu susulan desas-desus bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan Azan Ismail yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota di Pahang, untuk menentang Toh pada pilihan raya umum kali ini.

Ramalan mengatakan untuk untuk Parlimen Hulu Terengganu, selain Tengku Putera yang akan berubah kerusi, seorang calon baru akan diperkenalkan di DUN Manir iaitu Yusuf Awang Hitam.

Di Marang, seorang muka baru akan diperkenalkan dan seorang muka lama akan kembali di DUN Alor Limbat dan Dun Rhu Rendang.

Di Parlimen Dungun, dua muka baru akan bertanding di DUN Paka dan DUN Sura sementara di Kemaman, disebut-sebut dua muka baru akan diperkenalkan iaitu Kamaruddin Ali, iaitu AJK Bahagian serta bekas wakil calon Ahmad Said akan bertanding di DUN Kijal sementara seorang muka baru di DUN Kemasik.

 (Nota ; Siapa Kamarudin Ali atau Din Bagla ini akan diulas pada sambungan akan datang)

Sama ada benar atau tidak benar ramalan berkenaan - lebih mengeruhkan dan memburukkan keadaan ialah apabila ada rangkaian umpamanya Kelab Penyokong DSIJ (Datuk Seri Idris Jusoh) di Facebook turut membuat ramalan.


Dengan rangkaian kelab yang mempunyai ahli terdiri daripada wakil rakyat UMNO, pemimpin UMNO, wartawan ia menjadi rujukan beberapa pihak, lebih-lebih lagi ‘nujum politik yang memihak’.

Maka lebih panaslah suasana dan kenyataan terbuka bahawa Terengganu akan mempunyai Menteri Besar baru seakan benar kerana ia datang daripada pihak yang ‘layak dipercayai’.

Sementara apa yang dipaparkan melalui rangkaian FB khususnya seperti daripada Kelab Penyokong DSIJ seakan benar belaka dan tiada yang tidak benar”!

Bersambung….

Video Seks - Mustafa Tidak Nafi, Cuma "Not Worth Commenting..."


Antara kartun mengenai kemelut melanda pemimpin PAS yang dikatakan terbabit dalam video seks.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak menafi apa lagi mengakui mengenai isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau.

Beliau turut enggan mengulas sama ada individu dalam video itu seorang pemimpin pembangkang dari Pantai Timur yang tersebar luas di beberapa laman sosial internet sejak kelmarin.

Katanya, beliau menyerahkan kepada peguamnya berhubung perkara itu. “Sudah... sudah, saya dah bagi tahu tak nak cakap apa-apa. Saya dah serah kepada peguam, itu saja.

Mustafa pada ceramah di Dungun semalam.
“Not worth commenting (Tidak berbaloi kalau saya bagi komen),” katanya lalu masuk ke dalam kenderaan sebelum beredar.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Markas Pemuda Pas Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka di sini malam tadi.

Terdahulu semasa ucapannya, Mustafa turut menafikan beliau akan meletak jawatan dalam parti Pas.

“Ada pula antara blog-blog yang kata saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung (Pas) kerana isu video ini. “Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung Pas lagi,” ujarnya.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, Pas tidak akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu penyebaran video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin parti pembangkang kerana menganggap ia sebagai fitnah.

Abdul Hadi berkata, beliau tidak mengambil serius dan tidak percaya dengan isu tersebut kerana yakin ia sengaja dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan pemimpin terbabit.

“Pas tak perlu bermesyuarat untuk bincang isu ini. Lebih baik kita guna masa untuk buat banyak lagi benda lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Rusila semalam.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan pemimpin kanan parti itu sebagai fitnah dan bukan masalah besar kepada PAS.

Beliau berkata perkara itu tidak serius dan pemimpin kanan PAS yang dianggap mangsa fitnah itu tidak perlu memberi penjelasan kepada parti kerana banyak lagi perkara lain yang perlu dibuat ketika ini.

"Kita (PAS) anggap itu satu fitnah...lagi lama dia siar, lagi pahala banyak dapat kepada dia (pemimpin itu). Kita yakin benda itu tidak benar dan dia siar, dia berdosa, biarlah dia siar lagi luas lagi banyak dapat pahala," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rusila sema;am.

Abdul Hadi berkata beliau hairan kenapa pemimpin terbabit menjadi mangsa kerana beliau bukanlah calon PAS untuk bertanding mana-mana kerusi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.

Katanya PAS berserah kepada Tuhan untuk memberikan petunjuk dan setakat ini, beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak yang bertanggungjawab membuat fitnah itu.
Dalam pada itu, Mustafa digosipkan tidak mahu bertanding lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) selepas tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat pada PRU 2004 dan 2008.

Mustafa turut tewas bagi perebutan kerusi Parlimen Dungun pada tahun 2004.

Sementara itu, polis Terengganu menafikan dua individu yang didakwa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan berhubung penyebaran DVD lucah yang dipercayai membabitkan seorang pemimpin kanan parti pembangkang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K Manoharan berkata sehingga kini masih belum ada tangkapan dibuat berhubung kes itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya dakwaan yang dikeluarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar dan sehingga kini pihaknya masih mengesan individu yang terlibat dalam pengedaran DVD terbabit.

"Ya kami mengesahkan telah merampas 16 keping DVD yang kononnya dikatanya mirip seorang pemimpin kanan parti pembangkang di Besut semalam.

"Pihak kami masih menjalankan sisatan berhubung penyebaran video berkenaan di Besut dan sehingga kini kami belum menahan mana-mana individu bagi membantu siasatan," katanya semalam.

Manoharan turut memberi amaran keras kepada individu yang menyebarkan khabar angin agar segera menghentikannya.



Semalam di Kampung Alor Lintang Besut, polis dilaporkan menemui 16 bungkusan yang mengandungi gambar dan DVD lucah dipercayai melibatkan seorang pemimpin kanan PAS.

Thursday 11 April 2013

Asal Bukan Ahmad Said...Siapa Akan Kantoi!


Oleh Panglima Gunung Tebu

Bahagian Pertama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian bagi PRU13 ditetapkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon ialah 20 April, kini .

Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan senarai calon parti komponen itu yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) selewat-lewatnya Selasa 16 April ini,

Pengumuman itu dijangka dibuat Pengerusi BN negeri selepas Pengerusi BN Pusat Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan senarai calon yang telah dimuktamadkan kepada mereka selewat-lewatnya Isnin ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, senarai calon BN mungkin diumum dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum penamaan calon pada 20 April ini.

Sebelum dibubarkan, komposisi Dewan Rakyat menyaksikan BN menguasai 137 kerusi, selebihnya DAP (29), Pas (23), PKR (23), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.

Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas. Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Di mana-mana juga di Terengganu kini, isu yang diperkatakan bukan berapa kerusi BN akan menang tetapi siapa akan menjadi Menteri Besar akan datang dan siapa bertanding di kerusi apa.

Hakikatnya pengumuman pembubaran DUN Terengganu sama hebatnya dengan khabar angin dan sms yang berlegar mengatakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Sejak lebih dua minggu lalu isu ini diperkatakan hebat di negeri ini. Sumber sms dan khabar angin itu ada yang tidak diketahui dan ada yang diketahui puncanya.

Pemerhati politik melihat isu ini sengaja ditimbulkan oleh kalangan pemimpin UMNO yang mahu Ahmad Said digugurkan selain ramalan pemimpin PAS.

Sesetengah pemimpin PAS cuba menangguk di air keruh dan orang yang paling suka mengadu-domba dalam PASseolah-olah perbuatannya DIHALALKAN ALLAH ialah calon DUN PAS Paka yang kalah pada 2008 itulah. Tidak ada orang lain dah...


 Yang penting bagi sesetengah pihak, orang baru dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru!

Jika dia terus bertanding, akan sukar untuk seseorang lain menggantinya. Kata mereka, sukar untuk menolak beliau jika Ahmad Said dibenarkan terus bertanding!

Sejak dua minggu lalu sama ada di Kuala Terengganu, Kemanan atau Besut, malah di Kuala Lumpur, banyak soalan dikemukakan, apakah benar Ahmad Said bertanding lagi.

Persoalan lain ialah, jika bertanding dan menang, apakah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan ‘berkenan’ untuk melantiknya semula?

Cerita mengenai Ahmad Said kekal atau sebaliknya sebagai Menteri Besar ini menjadi pertanyaan berdasarkan andaian dan cakap-cakap akhir-akhir ini:

1. Perlantikannya sebagai Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh dibuat hanya sebagai ‘sementara’ selepas Sultan Terengganu tidak berkenan dengan perlantikan Idris;

2. Perlantikan Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri kerana ‘kegagalan’ Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatukan UMNO Terengganu yang berkrisis. Ahmad Said dilihat mampu memainkan peranan itu untuk sementara sehingga selepas PRU-13;

3. Penglibatan anggota istana Terengganu dalam politik PAS dikaitkan dengan ‘restu istana Terengganu’ untuk melemahkan Ahmad Said selain sebagai ‘signal’ untuk beliau memikirkan mengundur diri;

4. Disebarkan berita kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak senang dengan Ahmad Said berkaitan pengumuman Menteri Besar itu mempertahankan kawasan minyak yang menjadi ‘sengketa’ antara Pahang dan Terengganu yang diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri;


5. Ramai kalangan Pegawai Tadbir Terengganu (TCS) tidak senang dengan cara Ahmad Said memperkenankan pelantikan, khususnya ke jawatan penting, khususnya orang yang ‘rapat’ dengan beliau;

6. Ada pihak atas dikatakan ‘tidak senang’ dengan Ahmad Said kerana berbelanja ‘ikut selera’ terhadap projek-projek yang dikatakan tidak akan mendatangkan keuntungan kepada kerajaan negeri seperti pembangunan Tasik Kenyir, Zoo Kemanan serta juga pembangunan Bandar Baru Kijal; dan

 

7. Ahmad Said dituduh melindung orang tertentu, khususnya ‘orang kesayangannya’ dengan cara menghantar belajar ke luar negara walaupun orang itu ‘dikatakan melakukan kesalahan tertentu’. 

 Pada satu majlis di Dungun malam Rabu (10 April 2013), Ahmad Said secara rasmi menepis cakap-cakap kononnya beliau digugurkan atau tidak bertanding pada PRU-13 ini.

Kenyataan beliau itu cuba melenyapkan khabar angin bahawa namanya tidak tersenarai untuk bertanding kali ini.

Namun khabar angin terus bertiup.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya DUN Sura itu, Ahmad Said berkata selain beliau mempertahankan kerusi, Kkerusi DUN Bandar akan dipertahankan MCA menerusi penyandangnya Datuk Toh Chin Yaw.

Pada masa yang sama Ahmad Said menggesa mereka yang tidak tersenarai agar memberi sokongan padu kepada semua calon Barisan Nasional (BN) Terengganu.

"Jika hari ini kita tolong orang lain, satu hari nanti orang lain pula akan sokong kita. Tidak bertanding bukanlah bermaksud karier politik seseorang itu tamat," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai senarai calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kali ini.

Ditanya mengenai komposisi calon dan penyertaan calon wanita, Ahmad Said hanya menjawab ringkas: "Tunggu sehingga pengisytiharan calon diadakan."

Sebelum itu, Menteri Besar berkata cakap-cakap politik beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah spekulasi dan khabar angin.

Pengerusi BN negeri itu menyifatkan adalah tidak logik jika beliau tidak meletakkan nama sendiri dalam senarai calon ketika bertemu Najib baru-baru ini.

"Ramai yang berfitnah-fitnah kerana kini adalah zaman sains dan teknologi dan dasar langit terbuka. Semua ada kemudahan, dan mereka tulis apa yang hendak dituliskan sehingga kadang-kadang tidak ada asas, maka itulah terjadi fitnah.

"Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM," katanya.

Beliau mengulas penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berhubung calon yang bakal bertanding pada PRU13 oleh individu tidak dikenali.'

Ahmad Said  bimbang penyebaran spekulasi itu boleh menyebabkan perselisihan sehingga parti menjadi lemah dan berpecah-belah.

Monday 8 April 2013

Tiada Sepakatan – PKR Umum Calon Sehari Awal Daripada PAS…

Oleh Pok Teh Bakap

Dilaporkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan nama calon PKR Terengganu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) malam ini.

Sementara PAS Terengganu akan mengisytiharkan secara rasmi calon-calon yang akan bertanding di Dewan Tok Guru, Rusila pada Khamis 11 April, jam 9 malam.

Ini bermakna PKR mendahului PAS, walaupun Terengganu ini pada dasarnya negeri ‘milik PAS’.


Amat jelas PKR dan PAS Terengganu seperti berebut-rebut untuk menyatakan ‘kawasan taklukan’ mereka dan sangat jelas pakatan pembangkang tidak akan dapat ‘bersatu hati’ sejak sebelum pilihan raya umum lagi.

Pengumuman oleh PKR itu akan dibuat sempena Jelajah Merdeka Rakyat dan akan dibuat di pekarangan Pejabat PKR Cabang Kemaman di Taman Jakar Jaya, Chukai. Ketua Penerangan PKR Cabang Kemaman, Alias Abd Majid berkata, semua penyokong Pakatan Rakyat (PR) termasuk Barisan Nasional (BN) dan Umno dialu-alukan hadir.

“Pada malam tersebut Datuk Seri Anwar juga akan sampaikan amanatnya yang terakhir sebelum bermulanya hari pengundian,” katanya.

Kata Alias, beliau percaya PRU 13 ini masa dan peluang terbaik bagi seluruh rakyat untuk melakukan perubahan kerana rakyat sudah lebih 50 tahun dibelenggu dengan cara pemerintahan ala Umno dan BN yang penuh penipuan dan rasuah.

“Semoga dengan kehadiran seluruh rakyat Terengganu pada malam tersebut akan memberi satu jawapan bahawa kali ini kita tukar dari BN kepada PR,” katanya.

Mudahnya analogi yang dibuat oleh Alias untuk menukar kerajaan BN tetapi berapa kerusikan PKR bertanding berbanding PAS? Isu yang menjadi pertanyaan ialah di manakah PKR akan bertanding?

Apakah PAS akan membenarkan mereka bertanding di kerusi yang dianggap ‘menang’ oleh PAS?

Apakah PKR hanya akan mendapat kerusi ‘bunuh diri’? Memanglah PKR optimis bahawa kerusi-kerusi PKR di Terengganu bakal ‘menghidupkannya semula’ apabila ia kalah di kesemua tujuh kerusi termasuk dua kerusi Parlimen pada pilihan raya umum lalu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menggambarkan bahawa tidak mustahil kerusi-kerusi yang ditandingi PKR pada pilihan raya akan memihak kepada calon parti itu sebagaimana pada Pilihan Raya Umum 1999.

“Di Terengganu masa 1999, memang tiada tanda-tanda langsung (pembangkang menang) dan secara tiba-tiba berlaku (peralihan kuasa politik) di negeri Terengganu disebabkan oleh perubahan minda rakyat Terengganu, dicampur dengan generasi muda yang celik teknologi maklumat,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media di Pejabat PKR sempena Pelancaran Van PRU13, di Jalan Pejabat, di Kuala Terengganu, pada 28 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Azan yang juga bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, keputusan tidak dijangka yang berpihak kepada pembangkang terutama di kerusi ditandingi PKR boleh berlaku berikutan perkembangan positif dan kesedaran rakyat itu.

“Isu berkenaan dengan kesedaran rakyat negeri Terengganu seperti kepentingan pembayaran royalti, saya rasa majoriti rakyat Terengganu juga mengharapkan satu imej baru akan wujud.

Saya rasa rakyat Terengganu telah memikirkan ‘caption’ untuk mewujudkan Terengganu baru,” katanya.

Selain isu kerusi yang dipertandingkan, Azan sendiri belum pasti bertanding di kerusi mana selepas beliau dipaksa melepaskan kerusi Parlimen Indera Mahkota.


Azan (gambar atas) dikatakan mengintai kerusi Parlimen Kuala Terengganu tetapi tidak mungkin PAS akan melepaskan mudah kerusi berkenaan yang kini disandang sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Mohd Abdul Wahid Endut.

Ada cakap-cakap Abdul Wahid akan melepaskan kerusi berkenaan untuk ditandingi Dr Syed Azman Syed Ahmad, namun segala-galanya belum pasti.

Akhir-akhir ini, ada cakap-cakap Azan akan diangkat menjadi calon PKR bagi DUN Bandar dalam Parlimen Kuala Terengganu dan ia semakin terserlah apabila banner-banner dan bunting yang meletakkan gambar Azan Ismail bersama-sama perkataan "Undilah PKR" dilihat di jalan-jalan utama sekitar Kampung Tiong dan di kawasan Losong.

Ada juga desas-desus yang menyatakan bahawa Azan akan dibawa bertanding di Parlimen Kemaman, namun berdasarkan kerja buat Azan yang dilihat lebih banyak berada di sekitar Kuala Terengganu, maka penulis melihat adanya asas sekiranya hendak dikatakan bahawa beliau akan dibawa bertanding di DUN Bandar.

Cakap-cakap juga menyebut Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Negeri Terengganu yang juga kerabat diraja Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah akan dijadikan calon PAS sama ada di DUN Batu Buruk ataupun di Parlimen Kuala Terengganu.

 

Utusan Malaysia Online pada 5 April lalu menyebut PAS memberi bayangan bahawa Pengerusi Amanah Terengganu itu bakal diletakkan bertanding mewakili parti itu bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Pengumuman secara 'rasmi' itu tidak sengaja dibuat Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ahli Dewan Undangan Negeri Ladang) ketika berceramah di Cabang Tiga pada malam 4 April.

Bagaimanapun, Raja Kamarul ketika ditemui pada majlis yang sama enggan mengulas berkenaan perkara tersebut dan memaklumkan beliau masih belum menerima tawaran secara rasmi.

Pun begitu, beliau mengakui akan mempertimbangkan tawaran itu jika benar PAS menawarkan beliau bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dipegang Abdul Wahid selepas  memenangi pilihan raya kecil pada tahun 2009.

Secara tidak rasmi begitulah (dicalonkan) tetapi saya masih belum terima apa-apa tawaran dan saya tidak mahu mendahului parti jadi, biar lah mereka umum dahulu. Ya,.. memang tawaran ada datang daripada PAS tetapi saya orang baru, Yang Berhormat terdahulu juga tidak tahu dapat bertanding atau tidak masakan saya yang baru akan dipilih," katanya.

Beliau menyatakan lebih selesa bergerak di bawah Amanah dan tidak tahu lagi secara rasmi bertanding atau tidak dan buat masa sekarang Amanah adalah platform beliau.

Sekiranya Raja Bahrin dicalonkan sebagai calon di Dun Batu Buruk, berkemungkinan besar wakil rakyat sekarang iaitu Dr.Syed Azman (gambar kiri) akan dibawa bertanding ke Parlimen Kuala Terengganu, kerusi yang pernah disandangnya pada tahun 1999.

Banner-banner gergasi yang dinaikkan di sekitar jalan utama di Kuala Ibai dalam DUN Batu Buruk dengan jelas memaparkan gambar Raja Bahrin dan Dr.Syed Azman dengan meletakkan slogan "Undi Pakatan untuk Pendidikan Percuma".

Amat jelas Azan akan menghadapi masalah pencalonannya di Kuala Terengganu kerana menurut Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, parti itu akan meletakkan calon dan bertanding di tujuh dari lapan kerusi parlimen dalam negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke-13.

Jika demikian, di manakah Azan akan bertanding?

PAS Tidak Berganjak, Satu Kerusi Pun Tidak Akan Dilepaskan...

Hadi menjawab soalan wartawan di Kota Sarang Semut semalam.
Pas Pusat mengesahkan tidak akan melepaskan mana-mana kerusi milik mereka untuk memberi laluan kepada rakan pakatan lain mendapat tambahan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Baca sekali lagi kenyataan itu?

Siapa nak rebut kerusi PAS? UMNO atau Barisan Nasional?

Tidak. Tidak. Tidak. Sudah pasti ia adalah PKR dan DAP. Tapi kenapa sehingga demikian PAS beri amaran?

Kata PAS dan parti sekutunya dalam pakatan pembangkang, isu calon dah selesai...

Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, tiada kerusi Pas dilepaskan, sebaliknya kemungkinan berlaku proses pertukaran kerusi antara calon parti dalam Pakatan Rakyat.

“Itu (kerusi Pas) tidak ada lepas melepas, kita tukar menukar (kerusi) itu adalah.

Proses pertukaran dapat disaksikan semasa hari penamaan calon, tidak boleh umum sekarang,” katanya kepada media semasa menghadiri majlis ceramah Pelancaran Manifesto PRU13, Pakatan Rakyat Kedah di Kompleks Pas Kedah, Batu 9, di Kota Sarang Semut.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik; anggota Jawatankuasa Eksekutif DAP, Dr Tan Seng Giaw dan Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusuf.

Sebelum ini, Pengerusi PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa memaklumkan Pengerusi Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR, Mohamed Azmin Ali akan membuat rundingan supaya Pas sedia melepaskan satu kerusinya atas semangat setia kawan rakan pakatan.

Wan Salleh berkata, mereka cuba berbincang dengan Pas supaya dapat memberi pertimbangan sewajarnya supaya melepaskan satu daripada mana-mana kawasan Pas di negeri Kedah kepada PKR.

Katanya, jika Pas sudi lepaskan satu kerusi pada PKR, kita juga akan bersedia untuk melepaskan kerusi kepada DAP bagi menyelesaikan kemelut pertembungan tiga penjuru antara PKR dan DAP seperti di kerusi Derga pada pilihan raya umum lalu.

Difahamkan di Kedah, sebelum ini berlaku perebutan kerusi melibatkan Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala kerusi Dun ialah kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Derga.

Pada pilihan raya umum lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi Dun menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi Dun Derga.

Manakala di Perak, Pas kawasan Bagan Serai mengumumkan tetap akan meletakkan calonnya di Parlimen Bagan Serai walaupun Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty di kawasan berkenaan.

Sementara itu mengulas mengenai calon, Abdul Hadi berkata, proses memuktamadkan senarai nama-nama calon sudah siap 99 peratus dan kini dalam proses peringkat penelitian terakhir untuk dikemukakan setelah mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulama.

“Kita lebih awal selesaikan nama calon berbanding Barisan Nasional, itu menunjukkan kita lebih cepat menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat bukan sahaja di kalangan parti masing-masing tetapi di kalangan rakan pakatan.

“Pas akan bertanding 76 kerusi Parlimen pada pilihan raya kali ini dengan 237 kerusi Dun seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau turut menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan kawasan bakal ditandinginya.

“Kita kena tunggu hari pengumuman, saya tidak boleh buat keputusan sendiri terpulang pada parti mahu letak di mana asal bukan bertanding di Singapura sudahlah,” selorohnya.

Sunday 7 April 2013

Nik Aziz - Jika Rasulullah Masih Hidup, UMNO Akan Tentang Rasulullah


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan sahaja mempertahankan dakwaan solat orang Umno tidak mendapat pahala, malah membuat dua dakwaan baru sekali gus menimbulkan kontroversi baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam ceramahnya pada majlis Prahimpunan Kelantan Hijau di Jeli, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, Nik Aziz mendakwa jika Rasulullah SAW hidup kembali, Umno juga akan menentang Rasulullah.

“Puak ini (Umno) kalau Nabi Muhammad (SAW) hidup balik, dia lawan,” katanya disambut sorakan penyokong Pas.

Sementara ketika merasmikan Majlis Pelancaran Projek Pawah Rusa Kelantan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar, di sini semalam, Nik Aziz menyatakan projek yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.

Nak Islam macam mana, dia (BN) tolak Islam. Dia (BN) buat masjid bukan kerana Islam… dia nak kontraktor (projek) je, di Kelantan ini nak kata banyak projek Pusat (Kerajaan Pusat), bangunan sekolah, hospital… semua Pusat buat, tetapi satu pun tidak beritahu harga sebenar,” katanya.

Pada 4 April lalu, dalam ceramah Nik Aziz di Kampung Jambu di sini, beliau mendakwa sembahyang orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu menolak Islam.

Menjelaskan dakwaan itu, Nik Aziz berkata, bukan sahaja penyokong Umno, malah ahli Pas yang riak dan bermegah diri menjalankan ibadah juga dianggap tidak mendapat pahala.

“Bagi orang yang menyokong Umno dikira tidak mendapat pahala. Usahkan Umno, sokong Pas pun, kalau sokong Pas, tetapi riak, bangga diri juga tidak dapat pahala.

"Orang Umno maknanya orang yang menolak Islam. Saya minta Melayu tolong terima Islam secara syamil, secara komprehensif… Apabila tolak Islam, maknanya tolak Allah.

Islam mari (datang) daripada Allah,” katanya.

Kata beliau, Pas menerima Islam kerana agama tersebut sempurna dan menyatakan bukan sahaja orang Melayu menolak Islam, malah terdapat masyarakat di Timur Tengah turut menolak Islam.

“Kita (Pas) menerima Islam, Islam ini serba molek. Tiba-tiba kita Melayu menolak Islam. Bukan Melayu sahaja, Arab pun tolak Islam yang menyebabkan sekarang timbul Arab Spring.

Kerana apa tolak Islam? Kerana habis tempoh? Nabi sampai kiamat Islam dia guna,” katanya.

Ketika ditanya mengenai manifesto BN yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam, Nik Aziz berkata, semua yang diumumkan itu mengarut kerana secara dasar Umno menolak Islam.

“Buatlah apa saja pun, asalkan tolak Islam, semuanya mengarut,” katanya.

Thursday 4 April 2013

Menang PRU-13, BN Terengganu Tambah Lagi Bantuan Kewangan

Gambar atas suasana di negeri Selangor dan gambar bawah ibu tunggal di Terengganu hadir untuk menerima bantuan.
 

Bertuahnya menjadi rakyat Terengganu!

Pengantin baharu yang berkahwin selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menerima wang bantuan RM1,000 manakala mereka yang menimang anak pertama pula diberi bantuan RM500.

Itu antara kandungan manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu yang akan diumum Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said dalam masa terdekat, bagi menghadapi PRU13.

Amnya BN Terengganu menjanjikan bantuan tambahan kepada rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya, kata Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad kepada pemberita, semalam.

Menurutnya bantuan kewangan tambahan itu dibuat berdasarkan pendapatan Terengganu yang dianggar RM2 bilion setahun.

"Walaupun kita akan menambah dana kewangan itu, manifesto BN Terengganu masih realistik dan menepati perumpamaan 'ukur baju di badan sendiri'," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai tambahan bantuan kewangan tersebut.


Setakat ini, Terengganu menyalurkan pelbagai bantuan kepada anak negeri termasuk Dana Bakti Remaja dan Dana Raya bagi meraikan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina dan Deepavali.

Kira-kira 95,000 remaja di Terengganu mendapat manfaat daripada Dana Bakti Remaja yang melibatkan peruntukan hampir RM24 juta pada tahun lepas.

Yahya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Terengganu, turut mengumumkan peruntukan antara RM100,000 dan RM200,000 kepada Jabatan Kehakiman Syariah bagi membela nasib ibu tunggal jika BN masih diberi mandat pada PRU13 nanti.

"Sebelum ini, peruntukan hanya disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), namun saya berjanji bantuan ibu tunggal akan disalurkan kepada jabatan ini nanti," katanya.

Yahya Khatib Mohamad mencuba skrin pada kaunter pembayaran pada majlis menyampaikan dana pendahuluan nafkah anak Jabatan Kehakiman Syariah, di Kuala Terengganu, semalam.

Pada 2011, Jabatan Kehakiman Syariah menerima RM700,000 daripada Maidam dan kerajaan pusat sebagai sumbangan nafkah bulanan kepada ibu tunggal yang diabaikan bekas suami.

Bantuan selama enam bulan itu perlu dibayar semula oleh bekas suami kepada jabatan untuk memastikan mereka menjalankan tanggungjawab kepada bekas isteri dan anak jika ada.

Bekas Pemimpin Tentera Terus Hina, Cabi Pemimpinj Khususnya Perdana Menteri

Mad Hashim pada satu sidang media.
Daripada OhSedapnya

Ketika demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin terasa, empat bekas pemimpin tentera yang diperalatkan pakatan pembangkang semakin biadab apabila menggunakan pentas-pentas ceramah bagi melemparkan penghinaan dan ungkapan kasar terhadap pemimpin-pemimpin negara.

Selain Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberi gelaran seperti 'bangang', 'bodoh' dan 'Najib Altantuya', mereka turut menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai sasaran dengan memberi gelaran 'nyanyuk' kepada negarawan itu.

Tindakan mereka ternyata tidak disenangi orang ramai apabila sebahagian hadirin yang mendengar ceramah anjuran pembangkang di Taman Semarak, di Gerik malam tadi, tidak memberi tindak balas atau respons setiap kali penghinaan tersebut dilemparkan.
 
Hadi
Tidak cukup dengan itu, empat bekas pemimpin tentera tersebut iaitu Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid (kiri) dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Khatab terus melemparkan tohmahan terhadap kerajaan.

Antara tuduhan yang dibuat ialah aset persenjataan dibeli pada harga yang berlipat kali ganda daripada sepatutnya, tidak secara tender terbuka, tidak mendapatkan pandangan daripada pegawai tentera dan pemberian komisyen pembelian kepada individu tertentu.

Namun, tidak seorang pun daripada empat bekas pemimpin tentera tersebut yang bakal menjadi 'calon payung terjun' pakatan pembangkang mengemukan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Sebaliknya hanya membuat tuduhan secara membuta tuli bagi mengelirukan rakyat.


Tidak cukup dengan itu, Abdul Ghafir (gambar atas) cuba memperbodohkan rakyat apabila membuat dakwaan bahawa perisikan polis dan tentera meramalkan bahawa pakatan pembangkang bakal menang pada PRU-13.

"Saya ingin menyatakan daripada ramalan polis dan perisikan tentera telah meramalkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU-13.

"Oleh kerana polis telah membuat ramalan, sudah tentu persediaan telah dibuat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang diupah naik motor, baling batu dan sebagainya," katanya.

Tindakan beliau itu dilihat sebagai strategi untuk menagih sokongan rakyat supaya pengundi pakatan pembangkang yang kononnya bakal menawan Putrajaya pada PRU-13.

Utusan Online