Friday 16 May 2014

Ahmad Said Berbohong, Pemimpin Liabiliti & Banyak Masalah?

"Prinsip PAS bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS....kita berpendapat Ahmad Said ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada."
 - Pesuruhjaya PAS, Satiful Bahri Mamat

Benarkah Ahmad Said pembohong dan pemimpin yang banyak masalah?

Apakah PAS sudah menjangka Datuk Seri Ahmad Said akan buat U-Turn dan kerana itu tidak menawarkan atau berunding apa-apa dengan beliau?

Dakwaan bekas Menteri besar itu kononnya beliau dipujuk menyertai parti itu dan dijanjikan jawatan menteri besar hanya sekadar mahu menunjukkan beliau 'ada harga' walaupun keluar Umno.

“PAS tidak ada apa nak tawar kepada dia. Kita tak ada duit RM14 juta nak tawar kepada dia. Kita tidak ada fail untuk angkat ke SPRM ke apa. Kita tak ada samseng nak pukul ugut dia.

"Beza di Perak dahulu, dia beli (wakil rakyat)," demikian tegas Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat ketika menafikan perkara itu berkata bekas menteri besar itu sebenarnya hanyalah berbohong.

"(Dakwaan dipujuk) ini nak tunjuk dia ada harga sahaja," katanya pada sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri semalam.

Prinsip PAS katanya, bersikap terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menyertai parti itu, namun langsung tidak berminat untuk memujuk rayu kepada Ahmad supaya menyertai PAS.

“Dalam isu ini, kita berpendapat Ahmad Said ini liabiliti, pemimpin yang banyak masalah, banyak isu, 'kluk-klek' pun ada.


"Kita memang sudah jangka dia akan buat U-Turn, ” katanya

Satiful Bahri turut menuduh ADUN Kijal itu berbohong apabila mengatakan bahawa PAS menawarkan jawatan Menteri Besar kepada beliau semasa beliau mengisytiharkan dirinya keluar Umno.

“Kita tak pernah menawarkan (apa-apa kepada) dia, sepatut yang menawarkan saya. Saya Pesuruhjaya PAS Terengganu, sayalah yang sepatutnya menawarkan.

“(sedangka) saya tak pernah bercakap dengan dia. Pimpinan tidak ada (berjumpa dengan dia), ahli yang gi jumpa di mana-mana, saya tak tahu.

“(sepatutnya) pemimpin yang akan bawa mandat, (kerana ini) bukan perkara kecil. Hatta, menawarkan kepada (dia untuk menjadi) ahli pun tak ada,”tegasnya.

Katanya, PAS adalah satu parti yang terbuka dan boleh menerima mana-mana individu yang memohon mejadi ahli.

Dalam sidang media semalam, Satiful berkata, sekiranya mereka yang memohon sebagi ahli cukup syarat, permohonannya akan diluluskan.

Namun begitu, dalam isu bekas Menteri Besar Terengganu yang meletakkan jawatan, dan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas, Ahmad Said adalah satu ‘liabiliti’.

“(dia) pemimpin yang banyak masalah. Isu (berkaitan dirinya) banyak. Ini yang berlaku di Terengganu, kita tak bawa ke (peringkat PAS) pusat lagi.

“Ini isu dalaman. Bahawa (sesungguhnya tawaran)itu bukan daripada PAS. Kita tak pernah ‘offer’ (tawar beliau) jadi ahli PAS. Dia ahli bebas,”ujarya.

Ahmad Said pada sidang media di kediamannya di Kijal kelmarin berkata, beliau ada didatangi wakil PAS yang mengajaknya bergabung dengan parti itu dan diberikan tawaran kekal sebagai menteri besar sekiranya bersetuju.

"Ya, (wakil PAS) ada datang (nak) kekalkan saya (sebagai menteri besar). Sebab itu saya tak nak dan kekalkan tiga (ADUN) walaupun ada lebih daripada itu (yang hendak keluar parti).

Kalau empat atau lima, PAS boleh isytihar tubuh kerajaan (baru), \" katanya.


Dalam pada itu, Satiful Bahri berkata, PAS akan memberikan kerjasama kepada Ahmad Razif dalam melaksanakan projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

PAS Terengganu sedia bekerjasama dengan pucuk kepimpinan baharu Barisan Nasional (BN) negeri demi kesejahteraan rakyat negeri itu khasnya dalam memberi kritikan yang membina.

Satiful Bahri berkata PAS Terengganu turut berharap Ahmad Razif  dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.

"Tahniah kepada Ahmad Razif atas amanah dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau dan PAS Terengganu sedia memberi kerjasama kepada beliau dalam memastikan kelancaran pembangunan di negeri ini.

"PAS Terengganu juga mahu beliau membuat penilaian semula terhadap projek pembangunan sedia ada, sama ada menangguh atau menghentikannya agar projek yang dijalankan itu benar-benar memberi manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Kuala Terengganu, kelmarin.

PAS bagaimanapun tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman di Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis kepemimpinan UMNO di negeri itu.

No comments:

Post a Comment