Wednesday 7 May 2014

Ahmad Said Enggan Ulas Isu Pertukaran Menteri Besar Terengganu

Ahmad Razif disebut sebagai pengganti Ahmad Said.
"Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri."

"No Comment". (Tiada komen).

Demikian jawapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini apabila diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung Terengganu bakal menerima menteri besar baharu dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai dua nama anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang disebut laporan itu calon menteri besar baharu, Ahmad berkata terserah kepada penulis berita tersebut untuk membuat andaian.

"Biarkan dia," katanya yang ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Tasik Kenyir, di pulau berkenaan.

Akhbar itu antara lain menyebut Ahmad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tahun lepas, menandatangani satu surat yang bersetuju untuk mengetuai kerajaan negeri selama setahun sahaja selepas Barisan Nasional (BN) hanya memperoleh majoriti mudah 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Laporan mStar memetik sumber itu berkata Ahmad menandatangani surat tersebut yang turut mensyaratkan beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Terengganu kira-kira dua minggu selepas PRU13 pada 5 Mei.

Laporan itu menyebut Adun Seberang Takir yang juga Exco Datuk Abdul Razif Abdul Rahman dan Adun Air Putih Wan Hakim Wan Ahmad (kanan) sebagai calon menteri besar baharu.

Sumber dari Putrajaya berkata, Ahmad menandatangani surat persetujuan itu kira-kira dua minggu selepas PRU-13, 5 Mei lalu.

Surat sepanjang dua perenggan itu menyatakan Ahmad akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri selepas setahun dan pada tarikh yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri.

Akhbar itu menyebut, Putrajaya telah meminta dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk bersedia menghadapi rombakan yang dipercayai akan berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi di negeri itu.

Sumber berkata, proses pelantikan Menteri Besar baharu di Terengganu sedang dilakukan dan akan berlaku pada bila-bila masa antara 15 dan 18 Mei ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memberi tempoh selama setahun selepas PRU-13 kerana beliau mahu pemimpin tertinggi di negeri itu berundur secara baik.

Terengganu nyaris tewas pada PRU-13 yang lalu dengan BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding Pakatan yang memperoleh 15 kerusi. BN berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen di negeri itu.

Difahamkan nama Ahmad Razif dan Wan Hakim telah dikemukakan kepada Istana.

1 comment:

  1. Sekiranya UMNO mahu mengukuhkan kedudukan di Trg maka Razif adalah pilihan terbaik sbb beliau kuat agama, suka menolong rakyat tdk kira smada dari UMNO atau PAS, rekod masih bersih, bijak memimpin, dan tdk sombong. Sementara Hakim pula masih tdk dikenali ramai, namun rakyat Trg amat megenali bapanya Wan Mokhtar (bekas MB Trg) dan dendam kesumat rakyat trg masih belum padam lagi. Jaid sekiranya Hakim dipilih maka UMNO mestilah bekerja lebih keras lagi utk membuang sentiment buruk "Wan Mokhtar and the geng" yg tersemat pada seluruh jiwa rakya Trg. Tersilap langkah akan tumpas lagi UMNO di Trg.

    ReplyDelete